Apa Yang Si Gadis Tak Patut Dan Patut Buat Bila Jumpa Bakal Mertua Buat Kali Pertama

PERINGATAN : ENRTY INI ADALAH SEPARA SERIUS, YANG BAIK DIAMBIL DAN YANG KURANG ELOK DIGELAK SAJA.. PEACE!

Assalamualaikum.. Petang semua.. Eh! Petang nak masuk malam dah sebenarnya.. Sebelum aku keluar dan menuju ke Mid Valley malam nanti, aku nak langsaikan hutang entry ini khas buat adik angkat tersayang, Aerina Fazlin.. Permintaan khas dari dia meminta aku untuk menulis tentang do's and dont's saat pertama kali jumpa bakal pak dengan mak mentua..

Ecewah! Macam aku ada pengalaman saja kan.. Eh.. Ada ke? Abaikan sajalah.. This entry is not about me after all.. Jom tengok apa yang si gadis TAK PATUT dan PATUT buat bila jejakkan kaki pertama kali di rumah bakal pak dengan mak mentua..

First of all, bagi aku saat berjumpa orang tua pasangan masing-masing ini adalah saat yang dikira agak penting buat si lelaki mahupun si perempuan.. Saat inilah waktu dan ketika si lelaki dah meletakkan keyakinan pada diri dia dan juga si perempuan untuk diperkenalkan pada orang tua masing-masing.. Ianya macam nak perkenalkan dengan siapa kita berkawan sekarang, bagaimana orangnya, apa pandangan mak dan ayah kita, so on and so forth.. Ada orang kata, THIS PROCESS IS NECESSARY dan ada yang kata THIS IS NOT NECESSARY sebab nanti kalau tak jadi, apa kes.. Well, masing-masing ada pandangan tersendiri and it is something that we should respect..

Okay I guess we have done with our appetizer.. So lets enjoy our main course for this entry..

* * * * * * * *

APA YANG TIDAK PATUT DIBUAT???



1) BUAT BODOH

Seriously.. Jangan buat bodoh okay gegurl sekalian.. No response.. No expression.. No nothing.. Nanti confirm-confirm orang buat bodoh dekat anda balik.. Apa ayat-ayat yang dikeluarkan oleh ahli-ahli dalam keluarga tersebut, mana yang boleh kita respon, kita respon.. Mana yang patut kita senyap, senyaplah.. Mana yang lawak, gelaklah sikit.. Gelak comel-comel cukup dah.. Jangan gelak bahak-bahak.. Ingat! Sopan! Kita di rumah orang ya.. Dah balik rumah sendiri, nak gelak nak golek nak guling pun tak apa.. Eh yeke? =p


2) BUAT-BUAT

Ya! Ini juga penting dan tak patut kita buat bila jejakkan kaki ke rumah bakal pak dan mak mentua.. Jangan buat-buat.. Makna yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya adalah jangan pura-pura.. Kalau kata yang lebih sentap didengar, PLEASE, DON'T BE PLASTIC.. Orang boleh nampak samada anda buat-buat dan memplastikkan diri anda atau anda berpelakuan semulajadi.. Jadi plastik, anda agak-agak ada orang suka ke? =p



3) BUAT BISU ATAU BUAT BISING

Yep! Janganlah berbisu, membisu dan terbisu.. Macam mana nervous sekalipun anda, cakaplah sikit.. Wujudkanlah sedikit kemesraan.. Keh keh.. Tapi kalau tak membisu, janganlah pula membuat bising, cakap dengan nada yang kuat dan tak henti-henti.. But it depends.. Ada keluarga yang suka dengan orang-orang yang banyak cakap okay.. Tapi tapi tapi.. Macam mana suka pun, akan sampai tahap orang akan kata, "Eh kau tak penat ke cakap dari saat kau masuk sampai saat kau nak balik?" Hoho! Bersederhana saja..


* * * * * * * *

APA YANG PATUT DIBUAT?



1) BUAT KOTOR

Eh! Kau ajar ajaran sesat ke apa Cik Farhana.. Buat kotor dekat rumah orang, confirm confirm kau tak sempat nak melepaskan jejak kaki kedua, pintu utama dah tertutup selama-lamanya buat kau.. Hep!! Ini bukan apa, nak sampaikan sesuatu yang lain dari yang lain.. Ingat tak orang-orang tua pernah kata, KALAU KITA BUANG AIR BESAR dekat sesuatu tempat baru, maknanya kita akan kembali semula ke tempat tersebut.. Haha.. Chill!! Melawak kejap, takkan asyik serius.. Nama pun entry separa serius..


2) BUAT BISU ATAU BUAT BISING (Eh.. Macam samalah!)

Faham-fahamlah kot konsepnya.. Kita patut buat bisu bila kena buat bisu, buat bising bila patut buat bising.. Eh! Memang sama pun dengan yang di atas.. Haha.. Saja nak menambahkan point.. =p



3) BUAT APA YANG PATUT ANDA BUAT

Haaa!! Yang ini anda confirm faham.. Bila dah sampai rumah orang, anda buat saja apa yang patut dibuat mengikut batas-batas dan norma-norma kehidupan.. Ewah ayat! Sedaplah pula.. Sampai depan rumah, bagi salam.. Dah masuk, salam siapa yang patut.. Tanya khabar apa patut.. Duduklah kejap borak-borak.. Kalau rasa perlu masuk dapur seperti nasihat sesetengah orang, rajin-rajinkan diri bila di rumah bakal mentua, buatlah.. Yang penting, kita buat apa yang kita rasa patut buat.. Bak kata Apek dalam Jutawan Fakir, "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN" tapi aku ubah sikit, "BERTINDAK MENGIKUT SITUASI"..

* * * * * * * *

Okay.. Aku rasa cukuplah.. Setiap point aku yang di atas, banyak merepek saja.. Just for fun.. Kalau anda rasa, ada bahagian yang berguna, bolehlah diambil.. Kalau ikutkan aku, banyak lagi benda merepek yang aku boleh ajar.. Ekeke.. Tapi aku rasa entry macam dah panjang cecah langit..

Most importantly, jangan BUAT MAIN.. DON'T PLAY PLAY.. Meaning? Perkara macam berjumpa pertama kali dengan bakal pak dan mak mentua sebenarnya adalah penting juga.. Janganlah dibuat main.. Act cool, slumber but be serious.. Bagi seorang lelaki yang betul-betul bergelar lelaki, bukan senang-senang kot dia nak kenalkan seorang gadis kepada ibu dan ayahnya.. Gadis di sini as in someone yang dia rasa dia boleh mulakan some serious matters with, for example, lead a life together.. Kalau takat kawan-kawan, itu bab lain.. Totally different.. Betul tak wahai lelaki? =)



Aku mungkin bukanlah orang yang selayaknya bicara tentang benda sebegini.. Aku pohon maaf kalau ada yang tak betul, tak sesuai atau menyimpang jauh.. Aku bercakap sebagai seorang manusia yang berjantinakan wanita..


Once you set on your first step, then the next steps will be natural.. Bila anda jejak kaki pertama kali, langkah-langkah yang seterusnya anda akan tahu apa yang perlu anda buat.. For me, it will comes naturally.. Well.. It's just my 2 cents.. You may have your own thoughts.. Be free tapi jangan free sangat-sangat.. Hee.. Kata kunci dia, bersederhana.. Resam dunia realiti, kalau kita tak buat benda-benda yang membencikan, orang tak akan tak ada sebab, alih-alih nak benci kita, tak suka dekat kita.. Yang anda lihat kebanyakannya semua kisah drama.. Mungkin ada berlaku di dunia realiti, bila orang tanpa ada sebab tak sukakan kita, bencikan kita ataupun kerana sesuatu yang macam melibatkan darah dan keturunan.. Ada tapi mungkin tak banyak..

Plus, bagi aku, lelaki dan wanita masing-masing adalah filter pertama dan utama.. Kita kalau nak kenalkan seseorang yang kita rasakan kita ingin memulakan hubungan serius pada kedua orang tua kita, mestilah kita nak kenalkan yang baik-baik, perangai yang semenggah.. Barulah jumpa dengan kedua orang tua kita.. Jadi, susahlah bagi kedua orang tua kalau nak bantah atau tentang sekiranya pasangan yang dikenalkan oleh anaknya itu adalah seorang yang up to expectation dari segi budi pekerti, perangai dan lain-lain lagi.. Betulkan jika aku silap.. =)



Well.. My dessert for this entry, sebelum menyudahkan santapan kita pada hari ini, jangan terlalu memikirkan nasihat orang itu orang ini, anda kena buat itu anda kena buat ini.. Nanti nampak macam setiap pergerakan anda terbatas.. Hati anda tak berada di tempat yang sepatutnya.. Fikiran melayang fikirkan apa nak buat lepas ni, apa nak cakap, nak kena ke dapur ke tak, nak duduk bersila ke bersimpuh, nak minum teguk sikit-sikit ke teguk habis sekali nafas dan seribu satu macam bendalah.. Kalau boleh, semua nak kena jaga.. Yang penting, jadi diri sendiri saja.. Act natural and everything will flow naturally.. InsyaAllah.. =)



Hope dear Aerina Fazlin boleh dapat sesuatu dalam entry merapu kakakmu ini.. Haha.. Semoga yang terbaik saja untuk semua insan-insan di dunia ini.. Yang buruk datang dari kita dan yang baik itu datang dari Allah.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

Hizami Li berkata…
dah berapa kali jumpa mak mertua ni ?
:P
rhapsody LiN berkata…
theeee,,,,,thanks kakak ;))
farhana berkata…
Owwhhh..i like!
boleh dijadikan panduan ni =D
Tanpa Nama berkata…
haha. semoga berjaya aerina (eh!)`2
NoraChan berkata…
kalo ikut tips akak ni confirm leh jadi menantu nih... hahaha
mr.syazwan berkata…
perh x nah buat lg perkara ini

pi advice apa kata suruh mak mentua tgk cite korea kamu tu

haha

x pun buat gosip2

kehkeh
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
heheh...hari tu jumpa..awe buat malu jerk..heheh..eh malu betul sebenarnya
Miss Rara berkata…
Salam akak...=D
saya dah lama dok follow blog akak...and dah lama jugak dok peram soalan yang saya nak tanya ni..

akak doktor kan? saya ni 19 tahun, baru habis matrik bulan 4 hari tu..bulan 9 nanti masuk baru masuk uni..saya nak mintak pendapat akak pasai medik..saya mintak medik...dalam 8 pilihan, 6 saya letak medik, 2 saya letak farmasi...sebenaqnya dai dulu lagi saya macam berbelah bahagi..tapi sebab permintaan ramai ahli kuarga, saya letak medik ngan famasi..sebab dalam family takdak sapa jadi doktor lagi...minat tu memang minat sangat...ramai kata kalau amek medik, study teruk..saya tak kisah sangat nak study teruk..tapi, teruk sangat ka nak study medik?????

pastu..ermm..ada jugak tanya akak2 doktor yang lain..ramai yang macam menyesal amek medik sebab takda social life..waktu study tkada social life, waktu kerja pun lagila..betul ka?? akak menyesal tak amek medik??

hari tu ada ada bagitau kawan yang tengah amek medik kat jordon..cakap kat dia nak amek medik gak..dia cakap, 'janganlah hang amek medik..merananya hanya tuhan yang tau..kalau nak amek medik gak, please, prepare for the worst.."..hmm..betoi ka apa yang dia cakap tu?? teruk sangat ka? rata-rata student medik yang saya tanya nampak macam merana like hell..jadi saya tanya akak pulak la..

masalah saya satu ja..rasanya la..saya takut nak bedah and yang seangkatan dengannyalah..darah tu boleh gagahla..tapi saya paling takut waktu nak buat praktikal..waktu tgh blajaq ada ja kan praktikal??so apa pendapat akak untuk orang macam saya ni??? boleh ka amek medik walaupun minat tu ada??

dan apa pendapat akak pasai medik?? akak jawab bagi detail tau..saya memang perlukan penjelasan yang betoi..sebab esok ni nak keluaq dah esult uni..

akak emelkan ja jawapan akak kat saya punya mel..

thiraz92@yahoo.com

gadis buntu


ps : blog akak best sangat! saya suka! =D teruskan mengepost entri best n informative!
zulkbo berkata…
salam..
nasihat saya..
PASTIKAN anda
gosok gigi..
:)


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH
DAN KOMEN DI BLOG SAYA
DAN JANGAN LUPA DATANG LAGI
www.zulkbo.com

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?