Mari Kita Happy Happy

Assalamualaikum..

Jumaat nak habis dah.. Macam tu saja cuti hari pertama aku berlalu.. Apa aku buat eh? Aku tengok Alphas.. Berdebar lebih siap jerit-jerit tengok cerita ni.. Aku tonton drama Annissa.. Tapi baru 2 episod.. Orang dah habis episod akhir dah semalam.. Haha.. What a life of a medical student.. =p

Entry ini adalah update happy happy gelak-gelak.. Malas tulis panjang-panjang sekarang.. Nak dengar satu lawak jenaka? Sebenarnya ini lawak dari sebuah website Cina tapi aku translatekan jadi Bahasa Melayu.. Aku harap tak jauh lari apa yang aku translate ni..

* * * * *

Satu hari, Danny dan ayahnya baru saja pulang ke rumah setelah keluar berjalan seharian.. Tiba di rumah, Danny berkata pada ibunya..

DANNY : Ibu, ayah kata Danny tak ada adab..

IBU : Kenapanya?

DANNY : Masa dalam kereta tadi, Danny tak beralah dan berikan tempat duduk untuk aunty tu..

IBU : Betullah.. Budak kecil kena belajar adab sopan.. Kenapa Danny tak beralah dan bagi aunty duduk?

DANNY : Tapi.. Masa tu Danny tengah duduk atas riba ayah..

IBU : Grrrr.. (sambil jeling si ayah)



Kesimpulannya, budak-budak memang innocent.. Dan innocent itu comel.. Bila duduk hapy happy ni, aku teringat ada seorang kawan conteng di dinding Muka Buku aku dan kata, "Betullah kan Fana, luar nampak macam happy, tapi dalam hati kau siapa yang tahu kan.."

Yeah.. Hanya Allah yang tahu.. Till here peeps.. Take care and Assalamualaikum..

=)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kalau aunty tu lawa lagik
aku sebagai bapa danny akan hepi
Nur Farah berkata…
ahahahha.. tak pasal2 bocor rahsie.. ;p
ch!natsu berkata…
yeah innocent itu mmg comel.. hehe~
Adziim berkata…
Kalau aku jadi karakter si ayah...aku buat muka tak bersalah. muahaha
Ibu Ammar berkata…
sabar je citer...


luar mesti nampak Hepi... mesti.

dalam kena control, kalau hati sedih muka cepat tua.. :p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?