Kelahiran Dalam Air.. Orang Putih Bilang Water Birth..

Assalamualaikum.. Salam sayang untuk semua.. Lama juga aku tak update entry berilmiah dalam Cahaya Yang Riang Gembira.. Kalau Mohd Adziim baca yang ini, mesti dia akan kata, "Ini baru blog Cik Doktor.." =p

Entry yang ini tak adalah ilmiah sangat sebab aku pun bukannya reti atau hebat sangat.. Aku cuma sekadar pelajar perubatan yang masih ada lagi 3 bulan untuk menghabiskan sisa hidup seorang yang bergelar pelajar.. InsyaAllah.. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.. Apa yang boleh aku kongsikan mungkin sedikit pendapat atau pandangan yang aku dengar dari doktor-doktor aku atau melalui pembacaan.. =)



Pagi tadi aku duduk membaca berita dalam blog dan terpandangkan tentang Dr. Halina, isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang melahirkan bayi mereka beberapa hari yang lalu dengan menggunakan kaedah WATER BIRTH.. Lantas tergerak hati nak menulis tentang ini.. Aku mendengar tentang kaedah ini melalui seorang sahabat dan dia pula mendapat informasi ini dari seorang doktor aku di kolej beberapa tahun yang lalu, di mana beliau seorang Obstetrician wanita dari Iran, beliau menasihatkan jika kelak ingin bersalin, pilihlah kaedah bersalin di dalam air..

Kaedah tersebut sebenarnya sangat popular di negara Eropah dan kini Malaysia pun sudah mula menggunapakai kaedah ini.. Tapi ada negara-negara yang masih lagi belum menggunapakai kaedah ini disebabkan kajian yang menyokong tentang kebaikannya masih belum mencukupi.. Sejarah menunjukkan kajian tentang kaedah melahirkan bayi dalam air ini sudah bermula semenjak tahun 1960 an lagi..

Kelahiran dalam air atau WATER BIRTH sebenarnya adalah kaedah di mana si ibu yang mahu bersalin direndam ke dalam tab besar yang steril dan diisi dengan air suam.. Selalu yang aku baca, paras air selalu takat pinggang, kawasan bawah bahu dan tak adalah kita merendamkan satu badan dengan kepala si ibu ya.. Lemas pula nanti.. Ya tak..



Lebih kurang seperti di ataslah.. Antara kebaikannya menurut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan rasa sakit sebab ia bertindak seolah seperti pain relief dan juga mengurangkan risiko kecederaan atau trauma kepada bayi semasa proses kelahiran.. Air suam tersebut dikatakan menyerupai keadaan di dalam rahim.. Jadinya, ini satu kebaikan untuk bayi itu sendiri..

Untuk si ibu pula, doktor aku ada sebut, selain untuk kurangkan rasa sakit, cara bersalin dalam air ini juga sebenarnya boleh mengurangkan atau tiada langsung koyakan dan seterusnya mengurangkan keperluan episiotomy iaitu proses menggunting untuk melebarkan laluan kelahiran bayi.. Jadinya, dah tak perlu nak jahit-jahit dah.. Tapi menurut kajian, ini untuk ibu yang dah melahirkan lebih dari seorang bayi.. Jika bayi pertama, risiko koyakan lebih kurang sama jika anda melahirkan di luar atau di dalam air..

Teknik ini masih lagi terus dikaji dan cuba untuk dimajukan.. Mana tahu satu hari nanti, ianya dah jadi salah satu pilihan utama di Malaysia bagi ibu-ibu yang ingin melahirkan anak..


Overall.. Anda boleh tengok banyak video Water Birth di You Tube.. Ini juga boleh jadi satu cara untuk anda mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri.. Hey! Suami pun boleh join berendam sekali okay in most of the deliveries.. Sweet apa.. =)

Okay.. Till here.. Aku share satu video WATER BIRTH di sini dan sila tonton di bawah pengawasan ya bagi sesiapa yang tak berapa sesuai nak tengok lagi.. Gambar-gambar semua aku pinjam dengan Pakcik Google.. Moga ada manfaat.. Kalau ada salah silap, harap ditegur.. Heee.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

P / S : Baby tak lemas ke? Anda boleh tengok video ini untuk jawapannya..



Ulasan

Ibu Ammar berkata…
ok, faham dah, hehehe!
adrinaqamarina berkata…
nanti boleh try kan? ;)
Tanpa Nama berkata…
tak sanggup nak tgk video tu
NoraChan berkata…
nmpak creepy mase baby tu keluar... tp lebih tenang compared to normal method... huhuhu
Adziim berkata…
a'ah..kos apa cerita? xde gunting2 ni agak2 murah tak?
X ckup doktor lgi ni..biasanya org tak faham bru btul blog doktor, pkai istilah power2...haha
Unknown berkata…
brape kos bersalin cara water birth

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?