Kami Kini Sedang Bahagia

Assalamualaikum.. =)


Ya ya.. Kami kini memang sedang bahagia.. Kami itu bukan berdua tapi bertiga.. Daripada bilik yang memenuhkan 6 orang dalam satu bilik, kami bertiga akhirnya diberikan satu bilik yang agak besar dan luas untuk dihuni bertiga..

Syukur tak terhingga rasanya sebab apa yang diingini selama ini tercapai juga.. Memang tak sia-sialah bersusah-susah dahulu dan sekarang dah boleh bersenang lenang.. Bukan susah apa, cuma dahulunya bilik itu agak tidak selesa untuk didiami berenam tapi disabarkan saja hati.. Terimalah! Dah cabaran namanya.. Tapi sekarang selepas 2 bulan lebih, dapat berita gembira ada kekosongan bilik.. Gembira tak terkatalah.. Gembira-gembira pun, penat juga nak ulang-alik turun naik tangga.. Rasa mcam dah longgar skru lutut aku.. 6 kali jumlah aku ulang-alik.. Phew!!


Hmmm.. Apa pun ini dah dikira macam satu bahagia juga ya tak.. 2 orang lagi rakan sebilik, kakak-kakak comel berdua pun riang tak terkata.. Macam kanak-kanak kecil.. Lihatkan betapa kami bertiga kini sedang berbahagia selepas kesulitan dan kesusahan.. Ekeke.. =)

Tapi sekarang baru bangun tidur.. Lepas sahaja Maghrib, terus tak sedarkan diri atas katil baru.. Pergh!! Terbaiklah tidur atas katil baru.. Dah hilang ngantuk, sekarang dah lapar.. Apa lagi, jom makan Maggi!! Haha..

Okay.. Sekian update bahagia yang pendek tapi tak pendek mana untuk anda semua dari saya.. Heee.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
masa belajar dulu aku pernah 1 0rang satu bilik yg cukup untuk 4 org. hehe
Adziim berkata…
masa belajar mmg...redha je la dpt bilik cmne..ngan keciknya.
@Adziim Haha. Orang dah bagi kan. Nak merungut pun rasa err bersalah pulak. Tapi merungutlah jugak. Haha.
mr.syazwan berkata…
WA WA WA bertambah ceria ye...

jgn sampai berdengkur ya
Unknown berkata…
kalu duduk ramai3..orang panggil bilik sardin.haha
@mr.syazwan Alamak!! Berdengkur dah. Haha. :p
@shark reborn Haha. Dah memang sardin dah pun. Tapi sekarang tak lagi. :)
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
awe dulu kat uum..satu bilik 2 orang jerk :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?