Farhana Situ Sana Sini

Assalamualaikum.. Morning semua.. Isnin dah ya.. Rasa malas nak memulakan Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday and Friday.. Rasa macam nak Runaway.. Haha.. Sebaliknya, mood untuk menconteng sana sini di dalam blog adalah sangat berkobar.. Sambil mengetuk papan kekunci, mulut mengunyah jambu batu yang telah diawet.. Huh? Awet? Pelik sedikit pula bunyinya..

Kenapa tajuk Farhana Situ Sana Sini? Ingat Siti Nurhaliza ke apa? Haha.. Bukan apa, tajuk itu sikit lebih kurang macam nak gambarkan Farhana di situ, di sana dan di sini.. Kiranya nak story sikit apa yang berlaku di sekeliling Farhana.. Keh keh keh.. Apa yang nak dicerita dah tentu-tentu peristiwa 9 Julai 2011..

Aku seperti Kapten Atok, tak pernah menghadiri majlis tunang.. Ini kali yang pertama.. Lantas sebab itu, mood nak conteng pengalaman adalah sangat melangit tinggi.. Majlis perkahwinan pula, rasanya dah 2 kali aku pergi.. Memang tak banyak, sebab aku memang tak reti sangat nak bawa diri dalam majlis perkahwinan orang.. *APAKAH?* Majlis perkahwinan sendiri mungkin reti kot.. LOL!


Cuaca tengahari itu memang bagus.. Matahari memancar terik dan kadang redup berangin.. Nyaman saja rasanya.. Perjalanan dari Kota Tinggi nak menuju ke Kluang dengan jumlah rombongan sebanyak 10 buah kereta memang agak kompleks dan memeningkan.. Haha.. Sebab utamanya tak berapa reti jalan.. Boleh pula begitu ya.. Siap boleh sesat dan lewat tiba ke tempat kejadian.. Bila semua kereta dah sampai, para anak dara dan mak dara yang ada mula berjalan sambil memegang dulang-dulang berupa buah tangan.. Begitulah menurut wakil pihak lelaki.. Tema warna ialah SILVER HITAM.. Manakala di pihak perempuan, HIJAU jadi pilihan.. Berapa dulang? Maaf.. Tak sempat kira sebab excited terlebih..



Merujuk pada entry yang lalu, si kembar nama dunia blog aku, Farhana dah pesan siap-siap suruh angkat dulang.. Kata orang tua-tua, tak angkat dulang nanti lambat jodoh.. Aku apa lagi, ikut hati memang nak junjung semua dulang yang ada.. Kalau ada 11, confirm 11 aku angkut.. Tapi tangan ada dua.. Hehe.. Angkat sedulang sajalah ya.. Orang tua-tua pesan begitu bukannya apa, sebab nakkan anak dara supaya jangan malas sangat.. Tolonglah angkat barang apa patut.. Muafakat kan bawa berkat.. Agak-agak itulah sebabnya kot.. Kan?



Okay! Itulah dia dulang yang bertuah.. Dulang yang dipegang oleh si Cahaya Yang Riang Gembira.. Eh! Maaflah gambar pengangkat dulang tak berapa jelas.. Dia segan katanya.. Keh keh keh.. Buah-buahan yang terdiri daripada anggur, epal merah dan hijau, limau Sunkist, kiwi dan ceri.. Sambil pegang dulang, sambil tenung buah di dalamnya, perut pun berbunyi, tapi bibir tersenyum.. Heehee.. Aku tak pasti berapa kilogram dulang tersebut tapi sampai sekarang bahu dan leher aku sakit dan kejang.. Perghhh!! Inilah gara-gara orang jarang bersukan menggunakan tangan.. =.=


Oh.. Yang ini rama-rama dalam dulang aku.. Suka pula.. Okay dah.. Balik pada majlis kita ya, dah siap-siap letakkan dulang, aku pun duduk di tepi dan tak lama majlis pun bermula.. Pertama kali aku tengok "negotiation" antara wakil pihak lelaki dan wakil pihak perempuan.. Kata pembukaan, cerita pasal tujuan datang, berapa lama nak ikat, berapa wang hantaran nanti dan sekian sekian sekian.. Dang!! Perasaan aku ketika itu membuak-buak nak bertunang.. Nikah nanti-nanti dululah.. Haha.. Gila ini orang! =.=

Bila dah siap semua, sarung cincin dah, negotiate pun sudah, masa untuk isi perutlah ya tak.. Makanannya terbaik! Kenyang perut walaupun aku cuma makan kuih saja.. Konon diet! Sebabnya sebelum itu, ada makcik-makcik dan nenek-nenek saudara aku kata "Ana dah kurus sikit ya.." Fuh!! Terus ngada-ngada tak nak makan, terkebil-kebil tengok orang lain suap nasi berlaukkan ayam, daging, rojak dan macam-macam ada.. =.=


Last but not least, gambar kesukaan aku dalam majlis yang lalu.. Ditangkap dengan jaya dan candidnya oleh abah aku.. Haha.. Aku beri nama gambar ini, SEMBUNYI.. Sebabnya aku "disembunyikan" oleh mak aku dan adik sepupu aku.. Kira macam nampak tapi tak nampak.. Jelas tapi tak adalah jelas sangat.. Tak boleh tayang gambar jelas-jelas dah sekarang.. Bahaya wo!! =)

Pukul 5 lebih kurang, kami pun bertolak balik ke Melaka.. Penat memang penat.. Tapi best sebab berjaya peroleh pengalaman pertama.. Pengalaman itu sesungguhnya berguna di kemudian hari.. Siapa tahu kan? Wink wink.. ^_-

Cukup di sini sajalah ya.. Jumpa lagi di coretan dan lembaran lain.. Jaga diri dan selamat melalui weekdays anda dengan penuh semangat dan senyuman.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Sepanjang hari 9 Julai tersebut, aku telah menerima 3 permission untuk dipasangkan dengan si polan, si polan dan si polan.. Erti kata yang mudah, matchmaking lagi!! Hoho! 24 tak adalah tua mana pun kan? Relaks dululah.. Mahu menunggu.. Kalau ada, adalah.. Sesungguhnya DIA ada perancangan yang sempurna untuk kita.. =)


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum

kita paling suka bab makan tuh.... hehe cantik lah rama2 kat hantaran tu, unik sungguh ! ~
Tanpa Nama berkata…
ok. aku x mau pegi majlis pertunangan / pernikahan... biarlah aku x pernah pegi. takut teruja terus meroyan nak kawen
@♥ manje ♥ Waalaikumsalam. Kita pun suka bab makan. Suka giler. Haha. :p
NoraChan berkata…
akak bila pulak nih?? ngeehee..
mr.syazwan berkata…
hilang sudah rasa rindu serindu2nya

kat cik cahaya

=_=
PuanPepel berkata…
lmbtnya bulan 11....... hehe..
Adziim berkata…
ooo pergi tak ajak ye.
@the GirL Akak unknown status. Mungkin tahun ni, mungkin tahun depan, atau mungkin 5 tahun lagi. Haha. Cari cari dulu. :p
@cikpepel Wah. Bulan 11. Pejam celik je tu. :)
@Adziim Dah ajak dah! Dia yang sombong tak nak pegi. :p
Cikgu Fonik berkata…
salam,

banyak nye dulang, ada jambatan emas?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?