Manusia Berubah
Assalamualaikum.. Salam Ahad untuk semua.. Cuaca yang redup di bumi Melaka, selepas agak lama bumi Melaka ini panas tak berhujan, rasa ingin tidur sepanjang hari.. Aktiviti di saat ini selain lepak bersama keluarga, minum petang, sambil-sambil mendownload sebuah filem cinta dari Thailand.. Selepas pengalaman menonton Crazy Little Thing Called Love a.k.a First Love, aku secara tak sengaja menyimpan minat untuk menonton lagi karya-karya cinta dari Thailand.. Kebetulan ada kawan yang cadangkan aku untuk menonton Bangkok Traffic Love Story, sebuah filem cinta keluaran tahun 2009.. Harapan semoga ianya mendatangkan bunga-bunga cintalah ya dalam hati.. =)
Dah hampir seminggu di Melaka, ada lagi seminggu lebih sebelum pulang ke Ipoh.. Misi yang akan aku mulakan, atas dorongan dan bantuan dari mak dan makcikku, adalah misi menurunkan berat badan secara SERIOUS dan BETUL-BETUL juga TAK MAIN-MAIN.. Hoho.. Sasarannya adalah dalam masa 6 bulan, badan mesti dah susut dan kecut juga mantap!! Haha.. Harap sangat aku kuat semangat.. Maka untuk itu, aku telah bertemu dengan seorang businessman yang kacak, jambu lagi kurus segak bergaya iaitu Adik Herbalife kita.. Pertemuannya adalah pada petang tadi, lebih kurang dalam jam 3 bertempat di Puteri Resort Melaka..
Ikutkan, hari Jumaat lepas Joe telah menawarkan pada aku untuk join aktiviti Herbalife selama 2 hari 1 malam di Puteri Resort, tapi atas sebab tertentu dan faktor segan dengan Joe, jadi aku tak dapat menghadirkan diri pada hari Sabtu.. Maaf Joe!! Kita masih kawan lagi walau selama 30 tahun kan? Ekeke... Jadinya, pertemuan hanya pada hari Ahad, iaitu untuk membeli Herbalife dan menjadi ahli saja.. Okay okay!! Siapa-siapa rasa nak makan Herbalife, bolehlah calling-calling aku.. Ekeke.. Berbusiness pula kita ya.. =p
Kali terakhir bertemu dengan si dia ini ialah lebih kurang 8 atau 9 bulan yang lalu.. Lama juga dah tak jumpa.. Satu ayat Joe yang paling MENGANCAM tadi, "Cik Hana nampak lain" Keh keh keh.. Ya ya!! Betul sangatlah apa kata Joe.. I KNOW I HAVE PUT ON SO MUCH WEIGHT!! Makin stress sebab nak habiskan final year, makin banyak aku makan..
Manusia berubah.. Betul tak? Dalam arus masa, perjalanan dunia, sikit tak banyak pun pasti ada yang berubah.. Fizikal malah juga emosi.. Lama tak jumpa, ada yang makin berisi, ada yang makin mengecut, ada pula yang jadi makin pendiam dan pemalu.. Tak mustahil juga jadi seorang yang banyak cakap sampai berhenti pun tak tahu.. Kerana masa, manusia berubah.. Kerana makan, manusia berubah.. Kerana kasih, sayang dan cinta, manusia berubah.. Kerana wang juga, manusia boleh berubah.. Moga apa pun yang berubah, biar berubah itu ke arah kebaikan dan bukan ke arah sesuatu yang melingkupkan..
Hurrmm!! Banyak juga masa yang dah berlalu jika dicongak dan dikira.. Entah kenapa, rasanya ada yang berubah.. Mungkinkah kita boleh tahu samada seseorang itu sudah mula menyayangi kita? Apakah gerak hati kita benar atau selalunya itu mainan perasaan semata? Kita rasa dia mula sayang kita tapi hakikatnya, mungkinkah rasa itu cuma sekadar kita yang rasa? Entahlah.. =p
Salam petang Ahad untuk semua.. Selamat berhari Isnin juga.. Jaga diri.. Assalamualaikum..
HEART SPEAKS : Biar berapa lama jari mencongak mengira, biar berapa jua detik pun dah berlalu, biarlah walau ianya sedetik lebih, sayang itu tetap jua ada.. MAK!! SAYA SAYANG "DIA" MAK!! =)
DI KALA PENUH KETAKUTAN, DENGAN BADAI KEHIDUPAN..KU BERSYUKUR, ADANYA KAMU..- Dugaan buat kita jadi makin dewasa kan? -=)
Ulasan
aku pun tengah on diet ni. nak kurus. nak kurus tapi tanak ambik apa2 produk macam herbalife.
manusia berubah, kdg2 terkesan dengan persekitaran. =)
Hampir semua doktor perempuan yang aku jumpa ada guna produk Herbalife ni.
:p
*poyo je ayat ni. haha
perubahan tu kalau baik untuk diri sendiri dan orang sekeliling, apa salahnya kan akak?
makin stress nak final ni, ag rasa nak makan jugak laaa.
duh.
citer first love tu rina dah tengok! haha. nak try citer bangkok traffic tu pulak la.
ps* akak nanti kalau ada citer thai lain, rekemen pada rina tau~~~
good luck to us! =)
Manusia berubah. 100% true!
Okay. Nanti akak suggest lagi kalau ada. :)
kenapa bila lagi stress lagi kuat nak makan ek...? heee.. aniway good luck la dik ye...