It's Me
Assalamualaikum.. Salam pagi Sabtu semua.. Hari ini secara rasminya aku mengupdate blog dengan rasa tenang tanpa debar dan getar dalam dada.. Ecece.. Sehari dua ini, ingin menulis blog sepuas-puasnya, melepaskan segala resah dan tekanan dalam kepala dan jiwa.. Biar lepas, biar campak, jauh-jauh..
2 minggu lamanya.. 21hb Mac 2011 sehingga jejak 1 April 2011, berlangsungnya peperiksaan profesional pelajar perubatan tahun akhir.. Ini yang menentukan jalan selepas ini, doktor atau masih lagi pelajar doktor.. 5 komponen perlu dilalui dan sememangnya bukan mudah.. I should say, life as a medical student, took half of my life away.. Phew!! Komponen lain tak berapa teruk stressnya, tapi komponen yang terakhir yang aku lalui 2 hari lalu, betul-betul buat aku jatuh terduduk.. Aku jadi terlalu fragile.. Akhirnya aku gugur juga.. Sebelum mula melangkah masuk ke dewan peperiksaan pun, aku dah mula menangis sampai mata bengkak.. Sungguh aku rasa lemah semangat tatkala itu, kepala aku kosong tiba-tiba dan aku jadi terlalu rapuh.. Walhal tak masuk lagi ke dewan peperiksaan.. Entah kenapa dengan aku..
The last part was tough.. Tapi sekarang, menangis sampai mata buta pun tak ada guna, semua dah selesai.. Aku dah buat apa yang aku mampu, selebihnya aku berserah, moga jalan aku dipermudahkan.. =)
Malam semalam keluar bersama sahabat-sahabat tercinta selepas 2 minggu berhempas pulas duduk di dalam bilik menghadap buku.. Niatnya mahu makan dan kami menuju ke Mid Valley.. Entah kenapa, menapak masuk saja ke dalam Mid Valley, emosi aku menjunam, mood aku ke laut.. Semenjak dua menjak ini, hati dan jiwa aku memang gila rapuh.. Apa-apa sajalah aku ini.. Tambah lagi dengan lautan manusia yang terlalu ramai dan macam-macam kerenah, betul-betul buat aku muak.. Maaf kawan-kawan atas sikap aku.. It's just that I hate seeing a lot of people.. Aku tak suka tempat yang terlalu ramai orang.. Harap nanti, siapa yang jadi encik suami aku, bukan kaki jalan shopping complex di hujung minggu.. I have no problem with shopping complex, cuma aku ini pelik, tak suka "ramai orang".. Haha.. =p
Pukul 10, jejak pula ke Old Town White Coffee Pantai Dalam.. Haaa!! Tempat ini okay.. Orang pun tak ramai.. Duduk pun tenang sambil borak hati ke hati dengan girlfriend-girlfriend tersayang.. Macam biasa, order makanan kegemaran aku, HALF BOILED EGG!! =)
*Tapi aku tak pandai nak buat telur separuh masak.. Sepenuh masak bolehlah.. =.=
Motif gambar? Terpenjara!! Entahlah, deep down, aku rasa perasaan aku macam terpenjara.. Ada yang simpan tapi tak lepas, nak lepas pun tak boleh nak lepas.. Faham tak perasaan yang begitu? Macam sembelit weh.. Hoh!! Seksa..
Hah!! Lagi satu.. Ramai duduk tanya dan korek kenapa banyak betul cinta-cinta dalam entry aku.. Aku tengah bercinta ke? Eh kejap.. Aku tanya diri aku sendiri.. Farhana.. Adakah kamu sedang dilamun cinta? Hep!! Opah dah tua dah.. Takkan dilamun cinta kot.. =p
Ekeke.. Alah korang semua, saja-saja nak usik aku eh.. Dah lupa ke aku bekas Doktor Cinta Luar Biasa? Walaupun sekarang dah bersara, tapi cinta-cinta memang dah jadi makanan ruji dalam coretan jiwa aku.. Tak ada maknanya bercinta-cinta kalau calonnya pun tak ada, cuma aku suka cakap pasal cinta, sebab bagi aku cinta ada kuasa tersendiri.. Sebut tentangnya saja, seperti ada rasa sesuatu meresap dalam diri.. Tak kiralah, cinta apa pun, pada manusia, pada mak ayah, pada adik beradik, pada rakan-rakan dan tak lupa pada Allah.. Cinta itu satu perkataan yang ada kuasa magika yang sangat besar.. Itu sebab aku suka cakap pasal cinta.. =)
Kata Rahul Khanna, kita hidup sekali, mati sekali, kahwin sekali, jatuh cinta pun sekali.. Ianya jarang berlaku untuk kali kedua.. Tapi, dia tak tahu apa yang mungkin akan berlaku pada masa depannya, ternyata, ada benda yang boleh berlaku dua kali.. Hee..
Hati aku pun ada satu.. Dan muat untuk satu penumpang sahaja.. Eh!! Ingat senang ke nak lupa penumpang hati kita? Saat ini, mungkin aku pun berfikir, kita hidup sekali, mati sekali, kahwin sekali dan jatuh cinta sekali.. Menolak sebarang kemungkinan wujudnya kedua kali.. Tapi masa depan, tak ada siapa yang tahu.. Apa pun jadi, cinta tetap hidup di mana-mana.. Walau kita rasa, dalam hati kita, ianya dah mati, tapi di sekeliling kita ianya tetap ada.. Love is refreshing.. Ngee.. :D
Seronoknya dapat menulis panjang lebar, lepas apa dalam hati.. Lama tak merasa perasaan begini.. Selamat berhujung minggu semua.. Tata.. Jaga diri okay.. Assalamualaikum..
LOVE SPEAKS AGAIN : Smile.. Sebab aku baru selesai tonton Kuch Kuch Hota Hai malam semalam.. Untuk yang entah keberapa puluh kali.. =)
Ulasan
http://aleen26.blogspot.com/2011/04/anda-sanggup-terima-orang-yang-dah.html
yep! medical life tak semudah yang dilihat, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul~
akak, senang nanti, kalau nak shuping, suruh dye tempah satu mall tu untuk beberapa jam dan akak boleh shuping puas3 tanpa ramai orang! thehe.
u know what? even rina suka citer hindustan tapi rina tak penah tengok kuch3 hota hai sampai habis even orang cakap tu best. mungkin sebab tak pernah ada chance nak tengok sampai habis kot~
But, i know all my friends can do it, including u dear =)
Ohhh..madah cinta itu sungguh mendalam. I like it so much.