For Whatever That May Happen, Stay Cool And Stay Cute..

Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Semoga ceria dan senyum selalu di pagi Isnin.. Jangan ada Blues Blues di pagi Monday okay.. Masa sentiasa berjalan ke depan, macam mana kita duduk ber-Blues, mengenang itu ini, merisaukan itu ini, masanya tetap akan tiba.. Cuma perasaannya, lama atau kejap..

Jadinya apa kata, cer-senyum cer-senyum macam kanak-kanak riang di bawah.. Kalau boleh ukir senyum paling lebar di pagi Isnin ini, macam senyum kanak-kanak comel berbaju merah putih itu.. Cer-perhati cer-perhati.. Comel bebeno awok nengoknya.. =p

Malam semalam, seperti yang dirancang, tercapai juga hasrat menjejakkan kaki ke bandar Kajang.. Cuma tak sempat menjenguk sekolah tercinta, SMK Convent Kajang saja.. Kali ini pergi berlima, memecut keluar dari Universiti Malaya dalam pukul 9 lebih.. Seriously, aku suka jalan-jalan malam hari.. Tambah lagi kalau bukan aku yang memandu, lagi aku suka.. Duduk dan perhati keliling dalam sejuk air-cond kereta.. Fuh!!

Tempat yang dituju, macam yang dah disebut semalam, Restoran Satay Kajang Haji Samuri yang bersebelahan dengan Stadium Kajang dan berhadapan dengan Balai Polis Kajang.. Hari Ahad, seperti yang dijangka, memang ramailah orang.. Tambah lagi beroperasi sampai pukul 1 pagi.. Eh!! Aku tak tengok pun ABPBH malam semalam okay.. Cuma dengar saja dalam kereta.. Bila hati debar, cuak, risau semua ada, tengok rancangan apa pun tak tertarik, makan apa pun tak rasa kenyang.. Seriously!! =p


Okay.. Ini adalah hasil bukti projek malam semalam.. Makan 10 cucuk satay.. 5 daging dan 5 ayam.. Tak kenyang pun.. Kalau ikut standard, boleh makan lebih lagi.. Tapi dah kata perasaan cuak penuh dalam diri, makan 10 pinggan nasi pun belum tentu rasa apa-apa.. Ekeke.. =p

Eh.. Kejap!! Rasa macam kejam pula sebab letak gambar lidi-lidi satay dan timun saja.. Tapi kira okaylah, ada seorang Atok letak gambar resit pembelian satay saja.. Lagilah kejam.. Tak patut betul.. Aiyoo.. =p

Okaylah.. Aku letak 2 cucuk satay untuk jamuan mata semua ya.. Sincerely speaking, rasa Satay Kajang Haji Samuri memang dah banyak beza dari yang aku pernah makan dulu-dulu.. Tak nak komen lebih-lebih, nanti takut kena saman.. Ouch!! Tapi terima kasihlah apa pun, sebab meleraikan kemengidaman saya.. Ekeke..

For dear boys and girls, for whatever that may happen, stay cool and stay cute.. Ingat!! Aku sayang korang semua.. Tiba-tiba rasa haru rasa sebak.. Dah 3 hari tak menangis, please be strong dan jangan mula menangis lagi.. Senyum!! =)

For dear readers, love you too.. Sorry coz I still can't find time to pay a visit to your blog.. I'm really sorry.. Truly sorry.. Take care peeps.. Have a great weekdays ahead.. Assalamualaikum.. =)




HEART SPEAKS : Kelmarin tengok filem Haq yang abah sedut.. Bosan weh!! Tapi penemuan yang membuka mata, ada DSP Razlan.. Lama tak nampak beliau.. HAI ATOK!! Keh keh keh.. =p



Ulasan

PCL berkata…
satay kajang 10 cucuk ..banyak tu..tu dulu la skrg ni dah semakin mengecik saiz dagingnya...waduh..bole tambah lg tu..

@PCL
adrinaqamarina berkata…
ari tu rina balik, merengek kat abah nak makan sate. pusing satu negeri jugak la cari sate sebab banyak kedai sate tutup. bukan setakat 20 cucuk rina makan. lebih lagi. haha. lepas tu, perut rasa nak kebabom dengan sate. thehe.
Cik Rimau berkata…
lamenye xmakan satay.. nak jugak.. (kuat nangis eh?? hehe)
Atuk yg suka baca novel cinta berkata…
wooo ... ngata atuk erk. len kali pelawa ler atuk makan satey sekali. sure kenyang punyer ... :)

eh !! enchem nyer DSP Razlan tu kan ?? ... he he he

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?