Tempat Baru Seharusnya Semangat Juga Baru

Assalamualaikum.. Satu.. Dua.. Tiga.. Tarik nafas hembus perlahan-lahan.. Aku jejak lagi kaki ke sini.. Sungguh tak disangka.. Tapi kali ini bukan untuk seminggu mahupun 10 hari tapi lebih dari itu.. 6 bulan yang akan datang ini, di sinilah aku..

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5 dan selamat sampai di bumi baru ini tepat jam 7.. Tak adalah letih mana pun.. Tapi hati masih lagi di rumah, sampai di tempat baru pun dengan rasa sedih dan berat hati.. Ahh!! 2 minggu cuti adalah tidak mencukupi!! :(

Dalam hati ada sedih sebab dah tinggalkan Ipoh yang aku duduk hampir 5 tahun.. Tempat baru ini pun tak berapa selesa, maklumlah dah terbiasa duduk di rumah sewa dan ada bilik sendiri.. Tapi di sini, bilik ini dikongsi bersama 5 orang sahabat lagi.. Tak apalah.. Lihat pada bahagian positifnya, tak adalah sunyi dan keseorangan.. Belajar pun boleh belajar sama-sama.. Ya tak?


Kalau diikutkan hati yang tak ada semangat dan malas memanjang, memang boleh hancur musnah binasa.. Terpaksa jua dikuatkan hati, pandang ke depan dan lihat hidup dari kaca mata positif.. 6 bulan Farhana.. Pejam celik pejam celik dah selesai.. Fokus fokus!!

Tapi untuk malam ini saja, boleh tak aku nak menangis? Sincerely speaking, aku tak selesa di sini.. Sebelum ini aku juga beriya-iya tapi bila dah sampai dan nampak depan mata, OH!! RASA NAK MENANGIS WEH!! Huhu.. Apakan daya, sabar sajalah wahai hati..


April hingga November.. Semoga hati ini mampu menerima Kolej Ibnu Sina dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup aku di sini.. Ahh!! Aku tak sangka aku akan kembali semula hidup di Kuala Lumpur selepas aku tinggalkannya 5 tahun dulu.. Pusat Asasi Sains pernah jadi momen gembira dalam hidup aku.. Harapnya yang ini akan jadi begitu juga.. Kalau mungkin bukan hari ini, esok, mungkin lusa..

Selamat malam semua.. Selamat memulakan Isnin anda.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : Nasihat orang padaku, "Ini ketentuanNYA, jalan hidup untuk kita.. Mungkin Allah nak dekatkan kita dengan orang yang kita sayang? Tiada siapa yang tahu, kecuali DIA.." Aku hanya senyum.. Senyum terus.. *Hati rasa dekat*




Ulasan

Adziim berkata…
Uuuu..dah jadi orang kl sekarang.
Nangis, pinjam bahu 5 kawan tu.
ch!natsu berkata…
farhana di ppum? lets meet up..!!
oh sgt rindu kwn2 bloggers.. huhu..
chin is back..!! wink2~
@Adziim Hahaha.. Tak mau jadi orang KL ler.. Tak LIKE!! Hahaha.. =p

Semua bahu dah tidur.. Akak kena merayau jap satu blok ni sume cari bahu.. =p
@ch!natsu Haha.. Jom jom!! Lama tak nampak cik Mimi kita.. :)
Jard The Great berkata…
aku dulu berdua.. kini berseorangan. meh. meh.. ku boleh pinjamkan bahu. =)

ehhh... dah ada kat KL rupanya. hehehe. gud luck doktor. moga hati kental.

tunggu kerja bergaji barul eh nikmati hidup di bilik sendiri. skang kena bertabah.
aNiS aNiSa berkata…
eh3...farhana dk kolej 6 ek??

best apa dk um,,huhu

sy bdak um gk..

enjoy2 ya..jgn sdey..=)
cik chinta berkata…
tape2..nti klo sy g kl..sy temankan ek..jgn cedih2 lg ye..nt x cumel
Atok Jiwang berkata…
Dah dekat ngan org yg disayang pun nk sedih juga ... :)
@Jard The Great Meh jard, bahu hang. Dekat dah ngan umah hang ni. Haha. Tu laa. Skarang belajar untuk tabah.
@aNiS aNiSa Memang best dok UM.. Tapi.. Keadaa yang sekarang ni je tak berapa nak best. Heee. :p
@cik chinta Okay.. Akan terus comel. Heeee.. :)
@Atok Jiwang Walaupun dah dekat, tapi Melaka tetap satu jam setengah dari KL. Dan bukan sebelah rumah. Huuuuu. :(
Ibu Ammar berkata…
eh. kat UM plak 6 bulan?.. bleh la jumpa hehehehehe

gudluck k!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T