Hari Ini Ahad.. Esok Hari Isnin..

Assalamualaikum.. Ya ya.. Betul betul.. Hari ini Ahad.. Esok hari Isnin.. Dan tak lupa semalam adalah hari Sabtu.. Memandangkan cuma ada aku dan seorang lagi rakan yang tinggal terkontang-kanting di asrama Kolej 12, dek kerana bosan dan tak reti menghadap jalan di Kuala Lumpur, maka kami berdua pun memecut keluar dari Kuala Lumpur untuk mencari makan, malam semalam.. Tak jauh mana pun, 20 minit dari Kuala Lumpur.. Tempat yang dituju, Bandar Baru Bangi..

Sengaja memilih tempat yang aku arif, walaupun sebenarnya tak adalah arif sangat.. Berbekalkan 2 tahun pengalaman tinggal di Bandar Baru Bangi, iaitu lebih kurang 10 tahun yang lepas, kami pun meredah malam, mencari tempat makan yang best.. Sebelum pergi, sempat aku Google tempat makan apa yang best.. Tak banyak mana aku sempat Google, cuma sempat baca entry pasal Yati Ayam Percik dan Tupai-Tupai.. Masuk saja Tol Bangi, ikutlah signboard dan menuju ke Seksyen 9.. Cari punya cari, last-last kehilangan Seksyen 9.. Haha.. Akhirnya, landing di Kompleks PKNS.. Makan di Restoran Cempaka Rimba dan beli barang keperluan sikit, terus bertolak balik.. On the way balik, terjumpa denga Yati Ayam Percik.. Haha.. Jalan-jalan malam hari memang best!!

Cadangnya, malam ini nak menuju ke Kajang pula.. Bangunan Sate Kajang Haji Samuri yang paling besar itu.. Teringin makan Satay.. Nyum nyum!!


Jalan ke sana ke mari, enjoy makan itu enjoy makan ini, semuanya simptom menangani stress yang terlampau.. Masa makin dekat, macam-macam perasaan semua orang dah mula rasa.. Saat-saat genting dan terakhir seperti sekarang ini, laluinya bersama rakan-rakan tersayang adalah yang terbaik sekali.. Walau tak dapat kikis seratus peratus perasaan yang pelik-pelik dalam diri, paling tidak dapat bikin hati tenang sedikit.. Sesungguhnya, kita tak tahu apa yang bakal terjadi esok.. Cuma kita boleh "live for today", dan untuk esok, kita boleh "we'll dream for tomorrow"..


Miracle don't happens everyday.. But I do hope, there will be a miracle.. And for whatever that may happens, thanks to Allah for everything.. Guys and girls.. Lets pray.. =)

Have a great day ahead.. Take care readers.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Buat yang menduduki peperiksaan final, selamat berjuang menamatkan pelajaran.. All the best ya.. =)


Ulasan

farhana berkata…
Eh.pernah duduk Bangi ya? Area mana? Bangi memang heaven dgn makanan la....really like it =D
n I had a nightmare at restoran Rimba walaupun makanan at situ sedap.

Ohhhh i feel u dear. Saat2 final year ni memang super sadis =( Max every seconds with ur beloved friends.
farhana berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Farah berkata…
semalam baru makan sate.. ehehehe..

selamat makan makan sist.;p
zulkbo berkata…
salam..
kalau makan satey kajang
jangan lupa tapaukan saya..
:D
ieda berkata…
huuhu dah lama x makan satay kajang .. kata org satay disana dah x beshhhh yer ker dikk huuh
aNiS aNiSa berkata…
da submit suma asgment ka??

kita kt sini berjaga siang mlm siapkan asgment huhu

bestnya dy...len kali nk p mkn ajak la sama..hehe pantai permai ja..xjauh mana...wat2 xmalu ekekeke

latest entry : Best View~
Cikgu Fonik berkata…
salam,

wah tupai pon boleh di makan sekarang ni ye.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.