[Moon Lovers - Scarlet Heart: Ryeo] Tak Boleh Panjang Lagi Ke Tajuk Drama Korea Ini?

[ALL PHOTOS CREDITED TO KOREANDRAMA.ORG]

P/S : Written this in the morning, cause we are concentrating for the final babeh!! All the best Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!

Assalamualaikum.

Tajuk aku pun tak pasal-pasal jadi panjang kan. Aiseyyy. Drama Korea terbaru ini asalnya menggunaan nama Moon Lovers, lalu digantikan jadi Scarlet Heart Ryeo, tapi mungkin mereka sayang nak buang nama Moon Lovers, maka dicantumkan kesemuanya jadilah MOON LOVERS - SCARLET HEART: RYEO. Tapi percayalah bila dah masuk saluran ONE mesti tajuk dia pendek gila. Haha.

Drama ini dah dapat perhatian semenjak tahun lepas lagi walaupun belum lagi mula penggambarannya. Ada banyak sebab, mungkin juga pengaruh IU, atau mungkin juga EXO-L yang seronok gila sebab dapat tengok Baekhyun dalam drama saeguk. Haha.

Drama ini adalah sebuah drama adaptasi dari China bertajuk Scarlet Heart yang dilakonkan oleh penyanyi kegemaran aku masa kecil-kecil dulu iaitu Nicky Wu a.k.a Wu Qi Long. Drama ini mendapat sambutan di China sampaikan ada season 2. Perggghhh!! Kalau dibaca pada sinopsis, pada aku nampak biasa-biasa saja.

Kisah seorang wanita di zaman moden, ditarik kembali ke zaman lama, dan terperangkap di antara politik istana melibatkan beberapa orang pewaris, yang juga merebut cintanya. Manakala season 2 pula menceritakan kisah setelah perempuan itu kembali ke zaman moden, di situ dia bertemu dengan si hero dalam versi zaman moden, tapi tidak mengenalinya. Alah. Macam drama genre fantasi, reincarnation, lebih kurang begitulah sinopsisnya.


Kita tunggulah samaada drama ini sehebat seperti yang digembar-gemburkan. Adakah penonton akan kecewa dengan drama adaptasi ini walaupun dibarisi ramai pelakon hebat. Oh ya, drama ini juga bagi aku ibarat macam pencuci mata jugalah, sebab flower boys drama Korea ramai yang berlakon dalam drama ini. Contoh macam Kang Haneul, Jisoo, Hong Jong Hyun, Nam Joo Hyuk, Baekhyun, oh lagi satu, hero kita Lee Junki. Haaa. Mahu taknya cuci mata sepanjang 20 episod ditayangkan. Hahaha.

Drama ini akan mulakan tayangan sejurus selepas drama Doctors habis. Rasanya minggu depan Doctors dah habis, jadinya minggu lagi satu drama ini akan bersiaranlah.



Title: 달의 연인 – 보보경심: 려 / Moon Lovers – Scarlet Heart: Ryeo
Chinese Title: 月之戀人-步步驚心:麗
Early Title: 달의 연인 / Moon Lovers
Previously known as: 보보경심 : 려 / Scarlet Heart: Ryeo
Genre: Fantasy, Historical, Romance
Episodes: 20
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2016-Aug-29 to 2016-Nov-01
Air Time: Monday & Tuesday 22:00



Synopsis
This drama is based on Chinese novel “Bu Bu Jing Xin” by Tong Huawhich was originally published online in 2005 on Jinjiang Original Network. The novel also adapted into the chinese television series “Scarlet Heart” which was aired in Hunan Broadcasting System (HBS) from 2011-Sep-10 to 2011-Sep-29 and also “Scarlet Heart 2” which was aired in Zhejiang STV (ZJTV) from 2014-Apr-22 to 2014-May-07.

This drama was fully pre-produced before airing which is a departure from the live-shoot production format that characterizes most Korean dramas. The Filming Began on 2016-Jan and completed on 2016-June-30. The series will be simulcast in China.

The story set up in the early of Goryeo regime. Hae Soo (IU), a 25 year old girl from modern era got transported back to Goryeo dynasty and got trapped in the conflicts and struggles between princes of Wang’s House. There, she falls in love with Wang So (Lee Joon Ki) who makes other people tremble with fear.



Okaylah. Nah. Sebelum drama ini mula tayang, cuci-cuci matalah dulu tengok posternya okay. Haha. Till here. Selamat malam.

Assalamualaikum.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?