Filem Hindi: Rustom, Satu Lagi Karya Terbaik Akshay Kumar? | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Filem Hindi: Rustom, Satu Lagi Karya Terbaik Akshay Kumar?

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Wah tajuk. Haha. Teringin nak jadi wartawan, journalist, boleh tulis tajuk entry kebaboom gitu. Tapi tak tercapai hasratnya, tulis dalam blog pun bolehlah kiranya. Ya tak?

Okay, ini bukan review ya. Cuma sedikit perkongsian tentang satu lagi filem yang menarik perhatian aku. Aku terpikat dengan lagu dari filem ini pada mulanya selepas dengar di TV bulan lepas tak silap, lepas itu terus cari kalau boleh didownload, rupanya filem ini hanya akan ditayangkan pada 12 Ogos 2016. Maknanya dah 2 hari dah tayangan filem ini.

Filem bertajuk RUSTOM ini adalah sebuah lagi filem lakonan pelakon hebat kita iaitu Akshay Kumar. Kalau perasan, sejak kebelakangan ini, bukan saja Salman Khan, malah Akshay Kumar juga banyak terlibat dalam filem-filem box office yang bagus dan berkualiti. Contoh macam Airlift, Gabbar Is Back, Holiday dan beberapa buah filem lain.

Mungkin ke filem Rustom ini akan jadi sebuah lagi karya terbaik Akshay Kumar? Melihatkan IMDB ratingnya, 7.7 buat masa sekarang. Tengoklah lagi sebulan samada rating ini akan naik, turun atau jatuh gedebuk.


PLOT
Rustom (Akshay Kumar) who is a highly decorated Naval Officer who is married to Cynthia (Ileana D'Cruz). When Rustom was away on a trip, Cynthia and Vikram (Arjan Bajwa) come close and have an affair. Rustom returns and is furious to find out about the affair. He confronts Vikram, and kills him. When asked in court however he pleads not guilty. From this point out- the story takes a different turn for the best.

* * *

Sekali baca sinopsis, filem ini persis filem courtroom Akshay Kumar bersama Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra bertajuk Aitraaz. Filem ini menggandingkan Akshay dengan Ilean D'Cruz yang pertama kali aku tonton dia berlakon dalam filem Barfi. Sayangnya Rustom tak ada ditayangkan di GSC, kalau nak tengok pun kena ke Lotus Five Star di Mahkota Parade yang bersamaan juga dengan kemalasan nak pergi. Haha. Kalau nak tunggu download gambar cun, lambat sikitlah. Huk huk huk.


Apa pun, jom tengok trailer RUSTOM dan lagu yang jadi kegemaran aku dalam filem ini. Salam hujung minggu semua. Assalamualaikum.






0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.