Attitude Huh?

Assalamualaikum.

Ehem ehem. Teringat satu kisah yang buatkan aku tergerak nak tulis pasal "Attitude Huh?". Ala-ala Kareena Kapoor dalam Khabi Khushi Khabi Gham pula. Ianya situasi yang selalu aku nampak dan lalui zaman bekerja dulu, cumanya ketika itu ianya macam dah kebiasaan bila lihat situasi seperti itu. Yalah, kita kuli saja pun, nak cakap lebih nanti jadi lain pula. Kita dengarkan sajalah apa yang boss kita bebel. Hmm. Tapi, bila kali ini ahli keluarga sendiri yang laluinya, buat aku fikir-fikir semula, buat aku sedar sesuatu, dan buat aku buka mata. Oh. Rasa bersalah pula bila difikirkan semula.

Attitude ini aku sendiri pun tak pasti nak labelkan sebagai apa. Kerek? Berlagak? Pandang rendah pada orang? Tak reti hormat orang? Atau kurang diajar? Aku tak marah pun, cuma aku rasa sedih bila wujudnya lagi sakit "attitude" begini dalam masyarakat.


Nak dijadikan cerita, adik aku dah berapa hari sakit perut campur pendarahan sikit-sikit, maka dia pun buatlah lawatan ke hospital. Bimbanglah kan takut apa-apa jadi. Pesakit ini ada 2 golonga. Satu yang jenis suka bertanya untuk dapatkan kepastian, satu lagi pula jenis yang diam hanya menurut saja. Barangkali takut kena marah agaknya. Huhu. Aku ada juga kongsikan dengan adik aku serba sedikit ilmu O&G yang masih segar dalam kepala aku, tentang pendarahan di awal kehamilan, tentang sebab-sebabnya, dan macam-macam lagilah. Bukan apa, supaya adik aku adalah sedikit general knowledge. Maka dengan berbekalkan sedikit ilmu itu, dia pun bertanya pada doktor, "Adakah ini disebabkan masalah uri?"

Doktor pula dengan kereknya menjawab, "Awak tak payah cerita pasal uri, itu dah masuk 20 minggu baru cerita balik." Ayat ini boleh menjadi ayat yang informatif jika distrukturkan semula dan nada penyampaiannya diubah. Dah dengar begitu, terus terbantut adik aku nak tanya soalan lain. Haha. 

Sebenarnya situasi sebegini tak cuma wujud dalam dunia perubatan, malah ada di mana-mana pun, selagi wujudnya golongan manusia begini. Golongan yang merasakan ilmu dia lebih, dan dia memperkecilkan usaha orang lain untuk memahami sedikit sebanyak ilmu yang dia ada. Tak salah pun kita perjelaskan apa yang merunsingkan fikiran pesakit, jangan diperolok-olokkan soalan dia walaupun pada pandangan kita, kita rasa ianya soalan bodoh, soalan yang tak patut tanya pun. Hello!! Kita mungkin tahu ianya soalan tak munasabah sebab kita belajar tentang itu, tapi orang awam tak tahu menahu tentang itu, jadi tugas kita untuk perjelaskannya supaya dia faham.

Contoh macam kes di atas, masalah uri ini kita akan pandang serius selepas 20 minggu. Sebabnya diawal kehamilan, fetus terlalu kecil, dan kedudukan uri akan sentiasa berubah-ubah, jadi tak perlu dirisaukan sangat. That is one way to explain. NICELY!
:)


Tak semua doktor begitu. Cuma ada golongan minoriti yang berperangai begini. Aku sendiri kenal ramai doktor-doktor pakar yang sangat berlemah lembut bila jelaskan tentangkan kondisi pesakit, sampailah si pesakit faham situasinya. Dan doktor-doktor pakar inilah yang dihormati ramai orang.

Alah. Luar dari dunia perubatan pun mungkin ramai yang melalui situasi begini. Kita ada sikit-sikit ilmu tentang sesuatu perkara, kita cuba nak berdiskusi untuk lebih faham dan tambah lagi banyak ilmu, sebaliknya usaha kita itu diperkecilkan oleh orang yang arif dalam bidang itu, yang tahu serba serbi. Pernah kan? Ya, macam aku cakap, golongan ini wujud walaupun cuma segelintir. Kalau boleh, kita janganlah menambahkan lagi bilangan yang dalam "segelintir" itu.


Hormat itu kita boleh dapat dengan cara kita pun hormat orang. Tak perlu berbicara sinis, tak perlu ada nada berlagak, tak perlu semua itu. Tak ke mana pun. Ingatlah balik, macam mana kita mula dari kosong tanpa ilmu dulu, sampai kita dah ada ilmu seperti apa yang kita ada sekarang. Kongsilah. Kongsi baik-baik. Nanti mak marah.

Heee. Bebel sampai sini sajalah. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?