Apa Sebenarnya Rasa Disebalik Buah Yang Berkhasiat Bernama Avokado?
Assalamualaikum.
Avokado? Ke avocado? Sejam aku duduk fikir nak bubuh avokado ke avocado, nanti kalau bubuh avokado orang kata skemanya, bubuh avocado kena kecam suka campur bahasa Melayu dengan English. Hahaha. Zaman sekarang memang cepat orang kecam mengecam kan? Zaman dunia di hujung jari, memang bahaya dan ngeri. Sekejap saja dah jadi viral sedangkan kesahihannya belum tentu lagi pun.
Eh! Merepek sekejap. Biasalah, dah tua-tua otak senang hilang konsentrasi, sekejap fikir benda ini, sekejap nanti nak fikir yang itu pula. Geleng kepala tengok diri sendiri. Haha. Balik kita pada cerita avokado, teringat masa mula belajar eat clean, eat healthy. Kononnyalah nak eat clean kan, macam-macam bendalah aku gali, aku baca, forum fitness sana sini aku join, macam-macam aplikasi kesihatan aku install dalam telefon. Tapi kesannya begitu slow dan steady. Kalau lumba lari dengan siput pun agaknya siput sampai dulu.
Dan salah satu yang wujud dalam kamus eat clean and healthy adalah buah avokado. Memang selalulah tengok buahnya, dalam kepala otak dok fikir betapa masamnya buah ini siap terkenyit-kenyit mata. Maklumlah rupa dia dah ala-ala kedondong sikit. Bila orang dah sibuk kata buah ini bagus untuk dimakan semasa sedang diet, aku pun cubalah beli 3 biji. Mahal juga eh, sudahlah buahnya cinonet. Alahai.
Aku siap belajar lagi macam mana cara nak potong si avokado ini. Sambil duduk potong dan korek keluar isinya, mata aku dah terkenyit-kenyit membayangkan kemasamannya nanti. Bila pegang dekat tangan, auwww, agak oily buahnya. Struktur dia macam ada lembik-lembik sikit, terus aku terbayang kiwi. Dah habis potong, maka bermulalah episod terkujat, terpesona yang hadir dengan penyesalan. Adoiii! Menyesal aku beli 3 biji.
Tak reti nak describe macam mana, rasa macam lemak gila dan muak sangat. Semenjak dari hari itu, aku tak kenal lagi dah siapa dia avokado ni. Cukuplah sekali. Tsk tsk. Tapi mungkin aku saja yang pelik, sebab aku tengok ramai juga suka makan avokado. Ada yang buat salad, ada juga minat buat smoothie, lagi satu apa benda nama makanan orang putih tu, Guacamole ke apa. Memang popular dia ni.
Sebab apa dia popular, sebabnya dia adalah buah yang kaya dengan khasiat. Dan elemen yang paling popular adalah kandungan lemak baik yang ada dalam diri dia. Selain dari segala macam vitamin dan mineral yang juga tinggi kandungan dalam avokado. Sebab itu ianya jadi antara buah utama bagi mereka yang nak mengamalkan makan makanan yang sihat.
Hmm. Aku mungkin akan cuba rasa lagi, tapi tak pastilah bila. Lidah aku masih belum boleh lupa kenangan berlemak dalam mulut dulu. Mungkin satu hari nantilah. Anda semua, suka makan avokado tak?
Assalamualaikum.
:)
Ulasan