Koleksi Gambar Penuh Kasih Sayang Seorang Pencinta Kucing



Assalamualaikum.

Salam 2.30 pagi. Adoi. Nak tergelak aku bubuh tajuk bunyi pesen gitu untuk entry kali ini. Rasa nak buat lagi cheesy tapi takut orang muntah bila baca. Haha. Saja aku nak kongsikan minat aku yang baru mula bercambah awal tahun 2016 ini, tepatnya dalam bulan Februari. Bila mana adik aku telah berjaya memikat hati seekor kucing jalanan yang tengah bunting. Mulanya adik aku cuma bagi dia makan, tapi entah macam mana dia ikut balik, dan bersalinkan anak-anaknya depan rumah kami.

Aku sendiri namakan kucing pertama kami itu dengan panggilan Bella. Sebagai seorang penakut kucing, ambil masa 2 bulan jugalah untuk aku buang jauh-jauh rasa takut aku dan gantikan dengan rasa cinta. Ecewah. Walaupun cuma dapat jaga Bella selama 2 bulan lebih, itu dah cukup bermakna dan buat aku menangis seharian bila Bella tinggalkan kami semua.

Bella tinggalkan 4 ekor anak-anaknya dalam jagaan kami. Pada mulanya agak berat hati juga nak jaga, sebab fikirkan nak jaga kucing perlukan macam-macam, makanan lagi, pasir lagi, sangkar pula. Tapi entah macam mana benda itu berjalan dengan tanpa sebarang masalah. Dan sekarang anak-anak Bella pun dah masuk 5 bulan. Sekejap masa berlalu kan?

Dalam tempoh waktu itu juga, mak dengan abah aku telah mengangkat lagi seekor anak kucing campuran parsi + kucing kampung untuk jadi sebahagian dari ahli keluarga. Boboi meramaikan dan memeriahkan lagi suasana di samping Snow, Koko, Bubu dan Bella Junior. Dalam masa menjaga kesemua mereka, aku banyak membaca pasal kucing. Dari soal penjagaan, tumbesaran, pasir yang bersesuaian untuk buang air, makanan yang elok, sampailah sekarang keempat-empat ekor anak Bella tengah melalui fasa yang aku pun baru tahu lepas membaca info di internet, iaitu fasa "in heat", senang kata fasa nak mengawan.

Aiyak!! Pening kepala mula-mula fikir kenapalah 3 ekor yang betina asyik mengiau manja, bergolek-golek atas lantai, tertonggang tonggeng. Haha. Rupanya masalah hormon. Adoi. Baru duduk rancang samada nak spay / kasi atau tak. Memang satu pengalaman yang baru bila kita mula membela kucing. Sekarang baru aku faham, kenapa orang layan kucing mereka macam manusia, macam anak sendiri, adik beradik sendiri. Kalau orang tengok aku layan kucing, orang tentu ingat anak aku. Haha. Aku siap bawa ke hulu ke hilir kalau keluar rumah, drive ke kedai pun aku bawa. Manjakan mereka adalah satu kebahagiaan.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar dalam koleksi aku, tapi lain kalilah aku kongsikan. Kita tengok dulu apa yang ada okay. Selamat malam. Assalamualaikum.

Anak-anak Bella masa usia mereka 2 bulan. Ada empat semuanya. 
Nama dia Baby, kucing sepupu aku.

Bella kesayangan kami dan anak-anak.

Momen awal berjinak dengan dunia kucing.

Inilah Boboi. Paling nakal, paling comel dan paling macam budak-budak.

Kegemaran Boboi, tidur dalam litter box dia. Mak selalu bising sebab nak kena cuci kaki dia selalu.

Bubu belakang. Koko depan. Tak silap usia 3 ke 4 bulan.

Susah nak tangkap gambar kucing sebab mereka tak reti duduk diam.




Kontot. Kenangan terindah. Sesat dekat belakang rumah, terpisah dengan ibu dia. Kontot sakit, sempat jaga dia seminggu lebih. Sehari selepas lawatan ke vet, Kontot hembuskan nafas terakhir di usia 7 minggu. Sedih sangat.

Cinta pertama, Bella.

Snow.

Masa mereka berempat kecil-kecil, memang pening nak jaga. Pe'el macam-macam. Tapi paling seronok tengok time mereka tidur, kumpul sama-sama. Siblings love.

Ini Mr. Gray. Kucing kampung dekat rumah nenek. Majestic look sikit. Kalau dalam Lion King, dia ibarat Mufasa, ayah Simba.

Nama dia Snow sebab masa kecil bulu dia putih. Entah macam mana dah besar, jadi oren kecoklatan. Sempat tak tukar nama lagi? Haha.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T