Emotional Sunday: Terima Kasih Pun Dah Cukup? | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Emotional Sunday: Terima Kasih Pun Dah Cukup?

4 comments
Assalamualaikum.

Hujan oh hujan. Sedap betul cuaca bila time time hujan ni. Lagi sedap bila berbungkus dengan selimut kan? Haha. Dah Ahad dah, emotional Sunday pula tu. Haha. Esok kang Monday Blues pula, tak gitu? Hmm. Biasalah, bila buat perkara membuang masa seperti marathon drama Korea, kau akan alami macam-macam simptom pelik.

Senyum seorang diri, mengekek tiba-tiba, menangis teresak-esak, marah dan geram. Wow!! Senang kata semua jenis perasaan ada. Sebab itulah emotional Sunday. Maaf pada yang tak memahami simptom "orang marathon drama Korea". Kekeke.


Emosi jugalah tonton Beautiful Gong Shim a.k.a Pretty Ugly. Baru habis episod 14. Walaupun suka watak hero utama, tapi entah kenapa rasa macam nak bagi penumbuk pun ada. Hormon seorang penonton kot.

Rasa macam sama dengan apa yang aku lalui. Kisahnya hero utama kita sentiasa ada di sisi heroin kita tak kira susah ke senang, selalu kejar heroin sana sini, senang cerita memang mana heroin pergi, si hero mesti ada. Mula-mula si heroin biasa-biasa sajalah, tapi lama kelamaan hati dia terpaut dengan si hero yang selalu ada untuk dia, selalu tolong dia, selalu naikkan semangat dia, selalu buat dia senyum masa dia sedih. Dan bila si heroin dah suka dekat hero, luahkan perasaan pada hero, si hero pula menjauhkan diri, sepi menyepi. Haha. Memang tipikal drama Korealah kan. Tapi, entahlah...


Tersentuh terguris sikitlah hati, sikit saja okay, tak banyak pun. Yalah, orang yang selalu tanya khabar kita, selalu gurau dengan kita, selalu kacau kita, bila kita tersuka tanpa sengaja dekat dia, dan ketahuan dek si dia, tiba-tiba dia menyepi, hilang, tak ada lagi tanya khabar, tak ada lagi usikan dan gurauan. Itu pasal terasa hati sikit.

Orang kata, kalau tak suka, biar ditolak elok-elok. Tapi aku tak nak tahu pun, perasaan tersuka tanpa sengaja aku ini ditolak ke apa ke. Sikit pun aku tak nak tahu jawapan dia. Hmm. Cuma cukuplah kalau dia faham kenapa timbul rasa begitu pada diri aku, teringin juga bila orang appreciate perasaan kita. Bukan bermaksud menerima atau menyambut rasa kita, cukuplah dengan "Terima kasih"? Kot? Haha.

Merepek lagi eh aku pagi-pagi buta begini? Haha. Adoilah. Apa pun, berterima kasihlah pada mereka-mereka yang selama ini menyayangi anda. Okay? Wah gitu bunyi nasihatnya kan. Okay, sampai sini. Assalamualaikum.



4 Comments Here:

Hanis Amanina berkata...

sebab apa hero jauhkan diri? tak selesa?

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Hanis Amanina Kalau dalam drama ni hero dia jauhkan diri sebab tak bersedia lagi nak drag heroin dalam hidup dia yang kompleks, yang dia sendiri pun belum tahu hujung pangkal. Gitulah ceritanya. Hihi.

P/S : Nasib hero bukan letak dinding friendzone. Haha. :P

Hanis Amanina berkata...

@Farhana Cahaya Riang

oh yee, hero dalam gambar kat atas tu ada dalam latest episode Doctors ke? yang nak suicide terjun bangunan tu?

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Hanis Amanina Haha. Yup2. Dialah yang nak terjun bangunan tu. Cameo dalam drama Doctors.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.