Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Dilwale! Dilwale! Dilwale! Best Sangat Ke Filem Shah Rukh Khan & Kajol?

Imej
SUBTITLE MELAYU DILWALE (MY OWN EDITING) [CREDIT PICTURES TO THE RESPECTED SITE. NOT MINE.] ^^ Assalamualaikum. [Maaf jika artikel ini terlalu panjang, skema dan membosankan.] *Kof*Kof* Berhabuk, tebal benar habuk sampai terbatuk-batuk tak sudah. Tak lama dulu, blog ini ada ruangan " REVIEW APA EH? ", niat hati kononnya ruangan untuk review filem-filem Hindi yang aku dah tonton. Kononnyalah! Tapi cuma berjaya rajin tulis untuk 3 filem sahaja dari berpuluh-puluh filem Hindustan yang aku dah tengok. After that, "go to the sea" orang kata. Haha. Kali ini, ada rajin sikitlah nak taip, katuk-katuk perkataan sebab dah puas tengok King Khan dan Queen Kajol dalam Dilwale. Okay, sebenarnya tak puas. 2 jam 35 minit rasa macam tak cukup. Patut buat drama bersiri 300 episod yang berdurasi 1 jam kan. Barulah meletop-letop. Kekeke. REVIEW DARI HINDUSTAN TIMES YANG MENGATAKAN DILWALE ADALAH EPIC FAIL, BACA DI SINI Sebenarnya dah demam Dilwa...

Life

Imej
Assalamualaikum. Can't believe, in a blink of eye, we are leaving November in just a few days. After that, we are going to December and after a month, say goodbye to 2015. What a painful and struggling year, but I tried doing anything within my reach to make it less difficult. Hoping for a much better year in 2016. By the way, already lost 9 kilos since Jom Kurus, the journey is still far, but I'm glad I'm doing it slow and steady, enjoying each and every moment. Million thanks to my coach @ my little brother. He did good in coaching me, for a 16 years old boy. Haha. Hmm. A lot has been happening lately. Happy occasion should I say. A few weeks back, our house got a not so surprise visit. Well, elderly called it "merisik". During that session, that they decided for an engagement ceremony to be held next week. Wow. So fast. Haha. During this period of time, I got mixed feelings. A feeling of an eldest child in the family, who happen to be a girl, a...

Kahwin Paksa

Imej
Assalamualaikum. Hurm. Hurm. Hurm. Panjang keluhan ya. Haha. Mana nak mula? Macam mana nak mula? Mulakan ajelah. Haha. Mengada!! Tengah duduk ramai-ramai dengan ahli keluarga, dengan mak abah, adik-adik, duduk borak-borak, buang masa. Tiba-tiba, sedar-sedar tangan kena tarik. Amboi!! Suka hati main tarik-tarik tangan aku nampak. Nak tak nak, terpaksalah ikut. Keluar dari rumah, tolak masuk dalam kereta. Amboi! Main kasar nampak. Benda cepat sangat berlaku, tak nampak sangat orang yang tarik tangan. Haha. Kereta dipandu laju gila. Tahu-tahu aje dah sampai dekat hotel 5 bintang. Keluar dari kereta, tengok pakaian dekat diri sendiri, eh, bila masa tukar baju cantik. Hahaha. Layankan sajalah Labu. Kita pun masuk dalam hotel, diarahkan masuk dalam satu ballroom. Buka pintu ballroom... Amboi. Ramainya orang. Satu muka pun aku tak kenal, tapi dari jauh nampak seorang lelaki, baju sedondon habis dengan aku. Tak kenal juga siapa. Tiba-tiba datang 4 orang perempuan mendekati...

Manusia

Imej
Assalamualaikum. Well well well. I'm on that mood to write again. Hurm. How I really miss those days of blogging. Idea kept pouring like water. But now?! Sigh. Okaylah, kita sambung dengan cerita asal kita. Tak payah asyik duduk mengenang sangat masa yang lalu. Sebenarnya aku baru pindah masuk ke rumah baru, dalam masa 3 bulan, dah 3 kali pindah rumah. Perghhh!!! Memang penat, fizikal dan emosi. Stress ooo!!! Yang pertama kali memang mendera, sebab rumah kami dulu di tingkat 3 yang tak ada lif, jadi kau bayangkanlah sendiri berapa kali kau nak turun naik tangga, angkut barang berat-berat. 2 hari baru settle bawa turun barang. Penat tak usah cakaplah. Hampir 2 kg juga berat aku hilang waktu itu. Haha. Berpindah randah sebanyak 3 kali, dan akhirnya seminggu yang sudah, rumah dah boleh didiami lepas renovation selama 3 bulan. Phew!!! Maka dalam masa berpindah randah, memang mak selalu hantar baju pergi dobi. Banyak ragam manusia boleh tengok dalam kedai dobi. Dan ada 3 ce...

Gerua - Buat Kau Mengidam Nak Jejak Kaki Di Tempat Yang Sama

Imej
Assalamualaikum. Pukul 2 pagi aku mengagau taip entri. Lama dah sangat hati meronta-ronta nak menulis, dah tulis, tapi terperam, jadilah bertimbun dalam draft segala macam perasaan hati yang merepek dan merapu. Haha. Kalau nanti-nanti, aku dah mula jejak balik kaki dekat hospital, mungkin lagi jarang-jarang agaknya aku update blog ini. Heh. Banyak gol yang aku set untuk aku capai, dan salah satunya jejak kaki tempat orang. Aku baru sudah tonton muzik video pertama dari filem baru Shah Rukh Khan dan Kajol yang bakal ditayangkan tak lama lagi bertajuk Dilwale. Lagu Gerua buat aku tonton lebih dari 10 kali. Walaupun aku hantu Hindustan, ini kali pertama aku tak tengok pun dekat hero dengan heroin, tapi sebaliknya aku terpegun tengok tempat-tempat cantik yang ada dalam muzik video Gerua. Iceland. Rasa macam terpegun gila, Subhanallah, cantik sungguh alam ciptaan Dia. Memang tahap mengidam nak jejak kaki tempat orang makin membuak-buaklah kan. In shaa Allah, suatu hari nanti, ...

Wait Or Walk Away?

Imej
Assalamualaikum. It's been a while. I got so many things to say, but I don't know where to start. Here goes a story about that feeling that has been bothering for quite some time now. And yesterday, that feeling makes me want to write something here. Hmm. You know that feeling of liking someone? It's liking but not yet going into loving. Yesterday I read a status that was shared by someone I like. A status from Dr. Bilal, stating that "Your future spouse has already been chosen for you by Allah. It doesn't make sense to cry over someone who doesn't belong to you." It kinda gives me a wake up call, like it was meant for me somehow. I've been liking this someone since few years back that I known him. Because he used to always be there for me. A good chit chatting partner I should say. Time goes by and I really wonder how I've come to like this person. That entry that he wrote in his blog during my birthday in 2011, really make me feel cl...

Terima Kasih MARA!! Pengurangan Berjaya!!

Assalamualaikum. A few days back, I received a call from MARA regarding the status of my education loan that I received from MARA to complete my medical studies in UniKL RCMP - University Malaya. At that time, it was around 2006, MARA still had this education loan scheme called "Skim Pinjaman Cemerlang (SPC)", and I was fortunate to be able to receive that. (Sekarang tak silap, MARA dah tak ada dah skim begini, dengar ceritalah) Tahun 2012 aku graduate. Jumlah keseluruhan pinjaman pelajaran MARA untuk biayai kos perubatan adalah 300k. Mengikut syarat dalam perjanjian SPC, jika berjaya tamatkan pengajian, tanpa apa-apa masalah, pelajar cuma perlu membayar 1% dari jumlah keseluruhan pinjaman. Walaupun agak lambat sedikit aku membuat permohonan pengurangan pinjaman tersebut, tapi nasib aku baik. Aku cuma perlu buat permohonan online (e-conversion), hantar beberapa dokumen, dan tunggu lebih kurang 6 bulan untuk mendapat keputusan pengurangan. Samada dapat 1%, 5%, 15%...

I Have A Lover, Drama Korea Terbaru Dari Penulis Drama Popular Scandal Dan Sparkling

Imej
Assalamualaikum. Entry ini kira warming up, sebelum kita mula tulis entry yang lebih bersifat serius dan personal. Haha. Lama dah tak cerita pasal drama Korea kan? Okay, kali ini kita cerita tentang satu drama terbaru (satu cukuplah eh), yang memang baru sangat, sebab dekat Korea malam tadi baru tayang episod yang pertama. Drama bertajuk I HAVE A LOVER itu merupakan hasil penulis yang mana drama-drama beliau pernah hot dan mendapat award juga respon yang bagus. Drama  Sparkling / Twinkle Twinkle  ini memang hot masa waktu ditayangkan dulu tahun 2011. Kapten Atok pun pernah recommend drama ini, jadi aku pun sedutlah dari hard disk beliau. Lagi satu drama yang juga popular ialah drama yang bertajuk  Scandal : A Shocking and Wrongful Incident  yang ditayangkan pada tahun 2013. Kali ini, 2015, beliau kembali lagi. * * * * * Jom usha sikit sinopsis I HAVE A LOVER di bawah. SYNOPSIS I HAVE A LOVER Do Hae Kang ( Kim Hyun Joo ) involved in a m...

70% Hilang

Imej
Assalamualaikum!!!  Kum! Kum! Kum! Saja bagi effect echo lebih sikit. Maklumlah, rumah dah lama tak ada orang, tuan rumah pun hilang. Haha. 2015 menyaksikan fasa-fasa kerunduman seorang blogger bernama Cahaya Yang Riang Gembira. Setelah hampir 6 tahun bergelumang dalam dunia penulisan alam maya, akhirnya blogger tegar ini jatuh tersembam gara-gara kemalasan, kemalasan dan kemalasan. Hoho. Layout blog dah berapa banyak kali tukar, punyalah semangat pindah rumah baru semua, konon berkobar semangat nak menulis semula. Tapi sampai ke sudah, haram. Rindu zaman kegemilangan 2010, boleh tulis sampai 400+ entry setahun. Maklumlah, zaman itu ramai "penyeri" dunia maya. Uhuk uhuk!! :p Well, a lot of things happen. Even though not so significant, but it means thing to me. I'll update it later on, maybe? Haha. Sepanjang hampir 2 bulan tak menulis di sini, blog ini dah kehilangan hampir 70% visitor. Yup!! Nak menangis rasa. Maklumlah, blog personal. Apa yang kita ada, c...

Jatuh Cinta Habis Dengan #HidayahMuRamadan

Imej
Assalamualaikum. Salam kedua Ramadan. Apa macam? Puasa okay? Alhamdulillah kalau semuanya baik-baik, okay-okay saja. Okay, kan dah janji nak update selalu blog yang dah lama dibiarkan bersawang ini kan? Jadi, tergerak pula tangan nak update tentang satu dama baru yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 ini. First of all, aku jarang layan drama Melayu. Selalunya aku download dan simpan saja. Ada masa ada mood baru tengok. Tapi kali ini, lain pula ceritanya. Drama ini ditayangkan pada hari Selasa hingga Khamis, pukul 10 - 11 malam. Ikutkan hati, nak suruh TV3 tayang Isnin sampai Jumaat, lagi best. Haha. Tapi memang aku tak sempatlah nak follow jadual rancangan ini yang sebenar dekat TV, so aku akan download dan tonton. Konon nak simpan dulu, ada masa baru tengok. Sekali tengok episod pertama terus melarat follow sampai episod latest. Senang kata, memang dah jatuh cinta habis dengan HidayahMu Ramadan. Drama bulan Ramadan memang best-best kan selalunya? Kredit gambar kepad...

Resepi Orang Bujang Ketika Bulan Puasa - Ayam Dan Taugeh Saja!

Imej
Assalamualaikum. Terlebih dahulu, ampun maaf dipinta andai ada segala salah dan silap selama mengenali diri kita. Esok kita dah pun menginjakkan kaki di bulan Ramadan, syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Jom sama-sama kumpul amal dan pahala. Yang mana buruk, kita buang. Yang mana dah baik, kita jadikan lagi terbaik. Jom kita! :) Lama kan tak menconteng? Oleh kerana esok dah mula puasa, kita publishlah entry yang dah lama diperam sebenarnya. Masih lagi berstatus bujang Ramadan kali ini, walaupun tinggal dengan mak, tapi kadang-kadang masak jugalah. Praktis katanya. Sebab utama aku kongsikan resepi yang mudah gila ini kerana kedua-dua inilah adalah makanan kesukaan aku. AYAM dan TAUGEH!!! Kalau ada 2 jenis makanan ini pun bagi aku dah cukup. Pandai-pandailah ubah nak masak apa jenis lauk. TAUGEH GORENG 1 mangkuk taugeh yang dah dibuang ekor 1/2 biji bawang besar @ 3 sudu besar bawang yang telah diblend 2 ulas bawang pu...

Terkilan

Imej
Assalamualaikum. Amboi. Lama tak update satu apa pun, diam seribu bahasa, tapi sekali update terus "TERKILAN" ya. Haha. Okay, I'm serious. Perasaan aku sekarang adalah sangat-sangat terkilan. Semenjak dua menjak ini kalau buka Facebook, akan nampaklah isu-isu semasa dunia perubatan yang senior-senior aku, kawan-kawan aku kongsikan. Tak lama dulu, gerakan anti vaksin, dan sekarang orang sibuk duduk bertelagah soal natural birth. Maksud natural birth adalah proses kelahiran yang tidak melibatkan medical intervention, contoh macam tidak menggunakan ubat bius, tiada episiotomi, tak ada semua benda alah vakum, forsep, malahan juga C-Section. That is natural birth. Masing-masing cuba pertahankan pendirian masing-masing, tapi yang paling buat aku tertarik dan teringat sampai sekarang, adalah komen seorang rakan kepada senior aku, seorang doktor, dia katakan "Natural birth tidak digalakkan sebab kita bimbang kalau ada komplikasi yang bakal berlaku. Macam mana ka...

Tonton Avengers : Age Of Ultron Di AEON Bandaraya Melaka?

Imej
"There is one path to peace. Their destruction." Assalamualaikum. Remembering the entry that I wrote 3 years back (Ouh! How time flies!), dated in 2012, a memory that I shared with my siblings, getting an opportunity to watch The Avengers and we left the theater in awe. The show was GREAT!! And now, it's already 2015.  We've been waiting for this since the day that we stepped out of the theater after watching The Avengers. (Ouh! Exaggerating much!) And finally, Marvel's Avengers - Age Of Ultron is coming to your cinema this 23rd April. It's been quite some time since I visit the cinema for a movie, don't have the mood to mingle in the society, nafsu mati. Huh. But luckily, I give myself a break for this. Lol! I booked the show on 24th April, again watching with my dearest siblings, I just love a siblings day out. Can't wait to scan the code and sitting with a popcorn in my hand watching the BIG GREEN GUY , again. Haha. Ouh yeah. And t...

Budak Baru a.k.a New Houseman Dari Megat Sharizal

Imej
Assalamualaikum. Filem pendek bertajuk Newbie (Budak Baru) arahan Megat Sharizal ini, dah 2, 3 kali aku ulang. Kisah seorang doktor muda (houseman) yang baru memulakan kehidupannya sebagai seorang houseman. Ahh!! Memori datang menyinggah pula tiap kali menontonnya. Kalau anda nak tahu, houseman ini, walaupun hakikatnya kita telah berhempas pulas menghabiskan 5 tahun pembelajaran, otak pun penuh berisi ilmu perubatan. Tapi bila saat dia mula berpijak dalam dunia pekerjaan, dia ibarat seorang bayi yang baru lahir. Saat pertama kali pijak kaki masuk dalam wad, pandang senior-senior houseman yang masing-masing sibuk, dengan harapan ada yang berpaling, senyum dan mungkin yang baik hati akan tolong kita kenal selok belok dunia yang baru ini. Kita cuma mampu terpinga-pinga dan membontoti mereka. Bila nak ambil darah, pasang branula, buat blood culture, terkulat-kulat juga. Haru dengan macam-macam botol yang penutupnya ada macam-macam warna. Heh. Kuncinya, ringankan mulut bertanya dan...

[Review #TemanLelakiUpahan] Unforgettable!!!

Imej
Assalamualaikum. Tajuk entry kita hari ini agak klasik ya, sekilas pandang gitu. Since few years back, banyak karya-karya novel tempatan kita diadaptasikan ke drama mahupun filem. Ramai yang mengkritik penghasilan novel-novel seperti ini dan mengatakan tajuk mereka merapu dan isinya entah apa-apa. Malah mengandungi banyak pengaruh buruk. Well, sebagai seorang yang pernah gilakan novel suatu ketika dulu, prinsip aku dalam membaca adalah, aku baca apa saja. Setiap darinya, kalau tak banyak pun pasti ada sedikit pengajaran yang boleh kita ambil. Orang kata, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Kritikan yang diberikan pada penulis biarlah membina dan bukan menjatuhkan. Biar mereka ada ruang untuk baiki, supaya novel-novel mereka akan datang lebih berevolusi. Seriously, I don't know why people love to bash when you can talk nicely. Percakapan kita, attitude kita, menggambarkan siapa kita. A reminder to me as well. Eh, balik semula pada kisah Teman Lelaki ...

LoveSimplyIrresistible : Homemade Kek Yang Sedap, Murah Lagi Bombastik Di Melaka

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Ahad. Pagi yang indah ini marilah kita bersama menjamu mata dengan melihat kek-kek yang cantik, lagi mengiurkan ya. Haha. Sebenarnya dah lama sangat aku nak publish entry ini, tapi tak habis-habis lagi menulisnya. Haha. Aku nak kongsikan pengalaman aku beli homemade kek. Oh ya, untuk penduduk Melaka saja. Bangi pun tak silap aku dah ada, resepi yang sama, cuma tukang bake dia orang lain-lain. Aku memang kalau dah tahap malas, tambah pula teringin mengidam nak makan macam-macam, aku akan survey sampai dapat apa yang aku nak. Sama jugalah seperti kes pencarian kek ini. Kononnya mengidam nak makan RED VELVET, RAINBOW CAKE, VICTORIA SANDWICH. Jadi mulalah mencari di Instagram, dan akhir sekali berjumpa dengan yang berkenan di hati. Adik ini tuan punya Instagram LoveSimplyIrresistible, nama dia Fatin Syazalina. Tak sangka rupanya junior sekolah menengah aku. Apa yang best, ada macam-macam kek. Yang biasa, yang premium, cup cake. Dan dia sedia terima ...