Terima Kasih MARA!! Pengurangan Berjaya!!

Assalamualaikum.

A few days back, I received a call from MARA regarding the status of my education loan that I received from MARA to complete my medical studies in UniKL RCMP - University Malaya. At that time, it was around 2006, MARA still had this education loan scheme called "Skim Pinjaman Cemerlang (SPC)", and I was fortunate to be able to receive that. (Sekarang tak silap, MARA dah tak ada dah skim begini, dengar ceritalah)

Tahun 2012 aku graduate. Jumlah keseluruhan pinjaman pelajaran MARA untuk biayai kos perubatan adalah 300k. Mengikut syarat dalam perjanjian SPC, jika berjaya tamatkan pengajian, tanpa apa-apa masalah, pelajar cuma perlu membayar 1% dari jumlah keseluruhan pinjaman. Walaupun agak lambat sedikit aku membuat permohonan pengurangan pinjaman tersebut, tapi nasib aku baik. Aku cuma perlu buat permohonan online (e-conversion), hantar beberapa dokumen, dan tunggu lebih kurang 6 bulan untuk mendapat keputusan pengurangan.

Samada dapat 1%, 5%, 15%, 50% atau kena bayar kesemuanya. Memang berdebar menunggu, maklumlah banyak jumlah pinjamannya. Dalam masa yang sama, aku teruskan pembayaran setiap bulan (walaupun kadang tertunggak) mengikut jadual yang diberi oleh pihak MARA. Tak banyak pun, setiap bulan bayar RM100 / RM150. Jumlah keseluruhan yang dah terbayar hampir mencecah RM3500, tiba-tiba dapat panggilan dari MARA.

Syukur Alhamdulillah, permohonan diluluskan. Aku cuma perlu bayar 1% saja pinjaman pelajaran tersebut. Maknanya, dalam 3k saja. Antara berita baik yang aku dapat setelah sekian lama. Huhu. Syukur sangat. Terima kasih pada MARA kerana menaja pembelajaran saya selama 5 tahun lebih sampailah saya mendapat ijazah perubatan saya.

Terima kasih MARA.

Assalamualaikum.

Ulasan

alam kubur berkata…
assalamualaikum...izinkan sy ambil gmbar puan post berkaitan resepi popcorn utk projek saya..sy akan remove water mark tu..smg Allah sahaja yg mampu membalas budi puan...
@ALAM KUBUR

Waalaikumsalam. Rasanya saya tak pernah post entry berkaitan popcorn. Anyway, it's okay. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T