Kahwin Paksa
Assalamualaikum.
Hurm. Hurm. Hurm. Panjang keluhan ya. Haha. Mana nak mula? Macam mana nak mula? Mulakan ajelah. Haha. Mengada!!
Tengah duduk ramai-ramai dengan ahli keluarga, dengan mak abah, adik-adik, duduk borak-borak, buang masa. Tiba-tiba, sedar-sedar tangan kena tarik. Amboi!! Suka hati main tarik-tarik tangan aku nampak. Nak tak nak, terpaksalah ikut. Keluar dari rumah, tolak masuk dalam kereta. Amboi! Main kasar nampak. Benda cepat sangat berlaku, tak nampak sangat orang yang tarik tangan. Haha.
Kereta dipandu laju gila. Tahu-tahu aje dah sampai dekat hotel 5 bintang. Keluar dari kereta, tengok pakaian dekat diri sendiri, eh, bila masa tukar baju cantik. Hahaha. Layankan sajalah Labu. Kita pun masuk dalam hotel, diarahkan masuk dalam satu ballroom. Buka pintu ballroom...
Amboi. Ramainya orang. Satu muka pun aku tak kenal, tapi dari jauh nampak seorang lelaki, baju sedondon habis dengan aku. Tak kenal juga siapa. Tiba-tiba datang 4 orang perempuan mendekati, "Haaa!! Majlis dah mula baru sampai. Ini majlis sambut menantu, nak sambut kau, tapi kau pula lambat datang. Tak baca ke buku panduan?"
Aku garu kepala ajelah. Sambut menantu? Sambut aku? Buku panduan? Tapi siapa mereka? Tiba-tiba aku disapa dari belakang. Wanita separuh umur itu bahasakan dirinya mak, tapi nada percakapannya memang garang. "Dah sedia nak buat persembahan atas pentas? Dalam buku panduan kata apa? Lagu nasyid kan? Mak tahu, kejap lagi kamu dengan suami kamu naik pentas, berduet nyanyi lagu nasyid."
Adoi!!! Dah bertambahlah kebingungan. Bingung tak habis lagi, dah kena nyanyi lagu nasyid atas pentas pula dengan lelaki yang bergelar "suami"??? Apa weh? Apa ini semua? Tengah aku blur kepala otak, ada orang tegur aku. Eh!! Encik suami. Hahaha.
Dia tanya, "Dah kenapa? Nak lari? Awak jangan lupa, awak dah kena jual dengan geng mafia, saya yang beli awak. Awak dah tak ada tempat nak lari. Mulai hari ini, awak kena jaga saya elok-elok, dan saya akan jaga awak elok-elok."
Mak aih. Familiar dialog. Tiba-tiba bunyi kuat dekat telinga. Eh! Alarm berbunyi pula time macam ni. Aiseyyy. Potong betul. Maka bangkitlah dari katil dengan gelak untuk diri sendiri dan menuju ke bilik air untuk ambil air sembahyang. Subuh weh Subuh!! Sudah-sudahlah bermimpi.
=.=
Menyesal layan Tuan Anas Mikael sampai 6 episod sekaligus. Tengok, apa dah jadi. Budak tua bangka umur 28 berangan pasal kahwin ala novel. Zzz. Last aku tengok drama adaptasi novel yang buat aku melekat adalah Teman Lelaki Upahan. Tak sangka selepas sekian waktu, Tuan Anas Mikael pula ketuk pintu hati aku. Hahaha. Dah janji tak nak layan, terlayan jugalah. Bukan apa, tak nak momokkan diri dengan soal kahwin, kahwin paksa, kahwin kontrak, arrange marriage, kahwin ekspress, macam-macam jenislah sekarang wujud dalam novel. Haha.
Tapi apa pun, cubit diri sendirilah. Berhenti berangan. Umur dah berapa weh. Haha. Okay, sampai sini. Selamat malam. Mimpi indah. Assalamualaikum.
Ulasan
Haha. Kebarangkalian nak jadi real tu tipis. Kekeke. Mimpi je la boleh. Hahaha. :P