Gerua - Buat Kau Mengidam Nak Jejak Kaki Di Tempat Yang Sama | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Gerua - Buat Kau Mengidam Nak Jejak Kaki Di Tempat Yang Sama

Leave a Comment

Assalamualaikum.

Pukul 2 pagi aku mengagau taip entri. Lama dah sangat hati meronta-ronta nak menulis, dah tulis, tapi terperam, jadilah bertimbun dalam draft segala macam perasaan hati yang merepek dan merapu. Haha. Kalau nanti-nanti, aku dah mula jejak balik kaki dekat hospital, mungkin lagi jarang-jarang agaknya aku update blog ini. Heh.

Banyak gol yang aku set untuk aku capai, dan salah satunya jejak kaki tempat orang. Aku baru sudah tonton muzik video pertama dari filem baru Shah Rukh Khan dan Kajol yang bakal ditayangkan tak lama lagi bertajuk Dilwale. Lagu Gerua buat aku tonton lebih dari 10 kali. Walaupun aku hantu Hindustan, ini kali pertama aku tak tengok pun dekat hero dengan heroin, tapi sebaliknya aku terpegun tengok tempat-tempat cantik yang ada dalam muzik video Gerua.

Iceland. Rasa macam terpegun gila, Subhanallah, cantik sungguh alam ciptaan Dia. Memang tahap mengidam nak jejak kaki tempat orang makin membuak-buaklah kan. In shaa Allah, suatu hari nanti, jika berkesempatan.

Oh ya, penyanyi kegemaran aku pinjamkan suara dia untuk Shah Rukh Khan dalam lagu Gerua ini. Suara Arijit Singh memang jadi buruan sekarang. Dan lagu Gerua, hmm, thumbs up. Best!!! Dengar jangan tak dengar, tengok jangan tak tengok.

Selamat malam. Assalamualaikum. 



0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.