70% Hilang | " Cahaya Yang Riang Gembira "


70% Hilang

3 comments
Assalamualaikum!!! Kum! Kum! Kum!

Saja bagi effect echo lebih sikit. Maklumlah, rumah dah lama tak ada orang, tuan rumah pun hilang. Haha. 2015 menyaksikan fasa-fasa kerunduman seorang blogger bernama Cahaya Yang Riang Gembira. Setelah hampir 6 tahun bergelumang dalam dunia penulisan alam maya, akhirnya blogger tegar ini jatuh tersembam gara-gara kemalasan, kemalasan dan kemalasan. Hoho.

Layout blog dah berapa banyak kali tukar, punyalah semangat pindah rumah baru semua, konon berkobar semangat nak menulis semula. Tapi sampai ke sudah, haram. Rindu zaman kegemilangan 2010, boleh tulis sampai 400+ entry setahun. Maklumlah, zaman itu ramai "penyeri" dunia maya. Uhuk uhuk!!
:p

Well, a lot of things happen. Even though not so significant, but it means thing to me. I'll update it later on, maybe? Haha. Sepanjang hampir 2 bulan tak menulis di sini, blog ini dah kehilangan hampir 70% visitor. Yup!! Nak menangis rasa. Maklumlah, blog personal. Apa yang kita ada, cuma pembaca setia. Nak harap datang dari enjin carian, memang berapa kerat sajalah. It's okay. Aku akan berazam untuk kembalikan semula 70% yang hilang itu.

Lain kali tulis lagi. Tata. Assalamualaikum.



3 Comments Here:

Hanis Amanina berkata...

welcome back, sis! :)

hanisamanina.com

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum..

boleh aktif balik nie... dan teruskan berkarya..

mselim3

Belang Tarung berkata...

2010 adalah zaman kegemilangan blogger semua hahaha...ramai dah server not found

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.