LoveSimplyIrresistible : Homemade Kek Yang Sedap, Murah Lagi Bombastik Di Melaka | " Cahaya Yang Riang Gembira "


LoveSimplyIrresistible : Homemade Kek Yang Sedap, Murah Lagi Bombastik Di Melaka

4 comments
Assalamualaikum.

Salam pagi Ahad. Pagi yang indah ini marilah kita bersama menjamu mata dengan melihat kek-kek yang cantik, lagi mengiurkan ya. Haha. Sebenarnya dah lama sangat aku nak publish entry ini, tapi tak habis-habis lagi menulisnya. Haha.

Aku nak kongsikan pengalaman aku beli homemade kek. Oh ya, untuk penduduk Melaka saja. Bangi pun tak silap aku dah ada, resepi yang sama, cuma tukang bake dia orang lain-lain. Aku memang kalau dah tahap malas, tambah pula teringin mengidam nak makan macam-macam, aku akan survey sampai dapat apa yang aku nak. Sama jugalah seperti kes pencarian kek ini. Kononnya mengidam nak makan RED VELVET, RAINBOW CAKE, VICTORIA SANDWICH. Jadi mulalah mencari di Instagram, dan akhir sekali berjumpa dengan yang berkenan di hati.

Adik ini tuan punya Instagram LoveSimplyIrresistible, nama dia Fatin Syazalina. Tak sangka rupanya junior sekolah menengah aku. Apa yang best, ada macam-macam kek. Yang biasa, yang premium, cup cake. Dan dia sedia terima tempahan untuk macam-macam occasion. Customer service tip top. Senang berurusan dengan adik manis ini. Selalunya order 5 - 7 hari awal, bank in dan selesai.

Aku order 3 biji kek mini yang setiap satunya berharga RM 20. Victoria Sandwich memang pergh!! Red Velvet aku jenis sukakan yang punya rasa cream cheese yang kuat, yang ini pun not so bad. Rainbow cake dia lagi perghhh!! Tak sangka mak aku pun berkenan dengan rainbow cake dia. Haha. Tak rugilah beli. Harga berpatutan, sedap memang sedap.

Eh! Ini bukan iklan berbayar, cuma saja nak kongsikan kegembiraan dan kepuasan hati seorang pelanggan. Ecewah. Aku dah 2 kali beli kek dengan, dan aku memang puas hati. Okay semua, selamat menjamu mata. Good day. Assalamualaikum.


P/S : Kek yang paling aku teringin nak cuba, Nutella Hazelnut. Ada rezeki lebih bolehlah cuba. Heeee. ^^









4 Comments Here:

Tanpa Nama berkata...

Assalam kak bley bg nama n no tel adik tu x? sy nk order kek fondant yg sdap utk mjlis tunang..

FarhanaDr berkata...

@ANONYMOUS

Waalaikumsalam.
Nama dia Fatin Syazalina, tapi panggil Niena.
Ini nombor dia - 0199991455

Unknown berkata...

Dye duduk area mane

FarhanaDr berkata...

@UNKNOWN

Dia duduk di Bukit Serindit. Dekat dengan TNB.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.