Sensory Couple? The Girl Who Sees Smells? | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Sensory Couple? The Girl Who Sees Smells?

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Demam Teman Lelaki Upahan dah habis kan? Okay, sekarang sambung cerita drama Korea macam biasa eh. Walaupun sebenarnya, masih lagi duduk teringat kisah El dan Kyra Lydia. Ops!!

Okay, kali ini nak update drama yang menggantikan Hyde, Jekyll And I. Ya, drama yang berkisarkan multipe personality disorder itu telah pun menamatkan siarannya minggu lepas, dengan jumlah episod keseluruhannya, 20 episod.


Yup! Inilah drama baru yang dah pun memulakan tayangannya di Korea malam tadi. Drama ini ditayangkan di SBS, jadi nantikan kedatangannya di ONE HD lepas habis saja Hyde, Jekyll And I. Tajuk dia THE GIRL WHO SEE SMELLS a.k.a SENSORY COUPLE dan mungkin akan ada 16 episod. Macam-macam tajuk orang Korea jadikan drama sekarang ya. Dekat Korea sekarang, macam dekat Malaysia juga, kita sibuk adaptasi novel jadikan drama bersiri. Manakala dekat Korea sekarang, macam dah jadi trend, adaptasi web komik dan dijadikan drama bersiri.

Kalau dah namanya komik, mesti ada selit unsur fantasi. Itu yang buat orang tertarik nak menonton. Same goes to this series, THE GIRL WHO SEE SMELLS. Aku dah tengok episod 1, dramatik gila masa pertama kali heroin dia boleh NAMPAK BAU. Boleh bayangkan tak?? Bau daripada manusia pun boleh nampak okay!!! Haha.

P/S : RUNNING MAN pun buat cameo dalam episod pertama THE GIRL WHO SEE SMELLS okay.


Masa mula-mula drama ini di-offer kepada Suzy Miss A (merangkap kekasih hati Lee Min Ho), aku excited jugalah. Tapi memandangakan Miss A dah mula comeback mereka, jadi Suzy terpaksa tolak tawaran ini dan digantikan dengan Shin Se Kyung (Fashion King, Blade Man). Personally said, I don't like her at all. Tapi memandangkan storyline cerita dia yang best, plus dah lama tak tonton drama lakonan JYJ Yoochun, jadi aku tutup mata sajalah. Haha.

Tapi, lakonan Shin Se Kyung dalam drama ini agak bagus juga, ada kemajuan nampaknya. Good good!! Keep it up Se Kyung!! Hoho. Micky Yoochun anda semua dah biasa tengok dia berlakon kan, drama dia Rooftop Prince dan 3 Days selalu diulang tayang di ONE HD. Jom tengok sikit info pasal drama ini yang dipetik dari KOREANDRAMA.ORG.



Title: 냄새를 보는 소녀 / The Girl Who Can See Smells
Chinese Title: 看見味道的少女
Previously known as: 감각남녀 / Sensory Couple
Genre: Fantasy, Romance, Comedy
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2015-April-01 to 2015-May-21
Air time: Wednesday & Thursday 21:55



Synopsis
Based on the webcomic “Naemsaereul Boneun Sonyeo” by Man Chwi which was first published from 2013-July-23 via "cartoon.media.olleh.com".

3 years ago, Choi Moo Gak (Yoochun) lost his younger sister in the “BarCode Murder Case”. Since then he has become cold and insensible. Meanwhile, Oh Cho Rim (Shin Se kyung) miraculously survived in the same incident. Since then she had an amnesia, but also gained the ability to see smells.





Okay, selamat menonton bagi sesiapa yang decide nak tonton. Setakat ini, episod pertama nampak agak promising, harapnya momentum dia kekal. Storyline dah best dah. Okay semua, selamat petang. Jaga diri.

Assalamualaikum.


0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.