[Review #TemanLelakiUpahan] Unforgettable!!!

Assalamualaikum.

Tajuk entry kita hari ini agak klasik ya, sekilas pandang gitu. Since few years back, banyak karya-karya novel tempatan kita diadaptasikan ke drama mahupun filem. Ramai yang mengkritik penghasilan novel-novel seperti ini dan mengatakan tajuk mereka merapu dan isinya entah apa-apa. Malah mengandungi banyak pengaruh buruk.

Well, sebagai seorang yang pernah gilakan novel suatu ketika dulu, prinsip aku dalam membaca adalah, aku baca apa saja. Setiap darinya, kalau tak banyak pun pasti ada sedikit pengajaran yang boleh kita ambil. Orang kata, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Kritikan yang diberikan pada penulis biarlah membina dan bukan menjatuhkan. Biar mereka ada ruang untuk baiki, supaya novel-novel mereka akan datang lebih berevolusi. Seriously, I don't know why people love to bash when you can talk nicely. Percakapan kita, attitude kita, menggambarkan siapa kita. A reminder to me as well.

Eh, balik semula pada kisah Teman Lelaki Upahan kita, banyak dah merapu. Haha. Aku tak follow sangat pun drama bersiri ini dekat tv, sebaliknya aku download setiap episod dan marathon aku pun dah bermula malam tadi. 


Aku tak nak sentuh bab plot atau isi cerita Teman Lelaki Upahan, sebab semua orang pun tahu jalan ceritanya kan. Lagipun, sambutan untuk drama ini memang agak hangat dan trending di Malaysia. Bagi aku, Azma Aizal Yusoof memang genius. Buah tangan dari beliau kebanyakannya memang tak pernah mengecewakan. Respect dengan kecekalan semangat dia, bangun dari saat gelap dia dulu dan explore sesuatu yang he is good at. I want to have that spirit, able to squeeze through hardships in life and become someone better. Heee.

Drama Teman Lelaki Upahan ini boleh dikatakan salah satu drama yang berjaya diadaptasi sebab selalunya peminat novel akan complaint yang produksi drama adaptasi don't do justice to the novel. But, Teman Lelaki Upahan, rata-rata orang dekat luar sana memang dah jatuh cinta dengan drama ini. 

Aku, memang tak baca lagi novel coretan Azura Rasiddin ini, jadi aku tak dapat nak kata mana lagi best. But for me, it doesn't matter novel best ke drama best ke, ianya dua elemen yang berlainan. Satu pembacaan, satu tontonan. Apa yang kita boleh dapat dari membaca, mungkin kita tak dapat dari menonton. Sebaliknya jugalah apa yang kita dapat dengan menonton, kita tak dapat melalui pembacaan. Well, just my 2 cents. 


Actors and actress line up untuk drama ini memang perfect. Dari teraju sampailah supporting, they are good with their job. Awalnya dulu, ramai juga aku dengar, tak yakin dengan drama ini boleh jadi best, tak suka hero heroinnya. So now. have your opinion changed? Heee. 

Personally, aku rasa Ungku Ismail dengan Elizad adalah pelakon underrated. These 2 people got incredible talent in acting but kita jarang dapat tengok mereka jadi teraju utama drama / filem. Masa aku tonton Sutun dan kenal Ungku Ismail, I really hope that he can be a "frequent hero" for our local dramas one day. Dan sekarang, Isnin sampai Ahad boleh tengok dia jadi hero dalam Teman Lelaki Upahan dan Terlanjur Mencintaimu. Anda semua boleh nampak macam mana dia bawa watak EL, hidup sangat. And acting dia, sempoi. Elizad pun sama, selama ini dia banyak mainkan watak supporting actress dan ada kalangan penonton yang mungkin tak berapa sedar comeback dia, but now she has proven herself to be a highly talented actress. Kyra Lydia, phewww!!!

For me, drama Teman Lelaki Upahan deserve a round of applause. Personally, I love this piece of project. Supporting actors and actresses are incredible in their own way too. Especially Sis Fazlina and Bro Azhan Rani. Looking forward for more projects of these talented people. Drama Teman Lelaki Upahan, memang "hidup". Aku jarang nak review pasal drama Melayu, tapi sebab ianya tengah hangat, jadi biarlah aku join sekali kehangatannya dan give my 2 cents.

Okaylah, sekian komen dari saya yang agak malas menulis pagi ini. Erk?! Salam Jumaat semua dan selamat berhujung minggu ya. Jaga diri. Assalamualaikum.


P/S : Satu juta liter air mata habis merembes dari episod 24 sampai 28. Hahaha. Melampau kan. Kekeke. Tapi memang touching habis. Tsk tsk.


Ulasan

farhana berkata…
Stuju...Azma Aizal Yusoof is da best! Ramai plakon yg naik bila blakon drama yg dia arahkan. Mcm ada magic touch and drama dia xmcm drama. Very natural.

Selalu memang xlayan sgt slot pkul 7 ni, sekali dah terjatuh cinta dengan El n Kyra. 5/5 punya drama. I loike! :)
bz the witch berkata…
sy pun tak pernah baca novelnya. Tp drama ni memang best sangat. Suka je dekat El dan Kyra. Tak tinggal satu episod pun. Lepas drama ni habis terus hilang mood nak tengok drama lain dah...

Sy ingat telemovie sutun tu, babak sutun bagi bunga kat ungku Ismail tu. tp paling ingat telemovie dia jadi ustaz Arman dan bergandingan dengan sharifah Amani. Ada satu drama dia best, drama bulan puasa...entah tajuk apa kat tv3 dulu. Rambut ungku ismail panjang sampai bahu. Hensem gile dia dlm tu.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?