Tau Fu Fah

Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Sekarang sementara segala fungsi Networked Blog dah disable dari berkongsi terus ke Facebook, bolehlah tulis entry bertimbun-timbun dan merapu-rapu. Entah, rasa macam nak merepek dalam tulisan. Haha. Bila dah disable, automatik tak ramailah yang datang menjenguk.

Ini makanan aku malam tadi. Dek kerana cuaca terlalu panas di Melaka ini, sampaikan nak tidur pun basah lencun tilam, aku pun bukalah peti ais. Ikut hati nak aje tidur dalam peti ais. Fuh! Sejuk! Dalam duduk selongkar aku ternampakkan Tau Fu Fah yang dibeli di pasar malam petang semalam. Apa lagi, terus rembat satu.

Nikmat dapat makan Tau Fu Fah sejuk begini dalam cuaca panas. Seronok tekak dan badan. Dulu mak selalu buat Tau Fu Fah sendiri di rumah, tapi bila dah menginjak usia, mak pun dah malas nak buat agaknya sebab tak ramai orang dalam rumah aku yang makan Tau Fu Fah ini. Cuma aku dan abah saja yang gemarkannya.

Dan aku lebih prefer air gula biasa berbanding gula melaka ataupun pandan. Kejap lagi boleh rembat Mc Flurry Horlicks yang ku beli tadi pula. Haha. Sejukkan badan. Sampai sini saja. Selamat berhujung minggu semua. Assalamualaikum.
:)


Ulasan

amirulfaiz berkata…
Oh, mak boleh buat tau fu fah, ada berniaga ke?
Tanpa Nama berkata…
waw...nice.....sebotol sprite bleh melegakan sy....hihihi...

ThroughMyRetina
@amirulfaiz Tak adalah. Selalu mak buat untuk kami semua makan. Buat untuk sendiri je. Heee. :D
@Anonymous Cik retina ni. Kejap ada kejap hilang. Haha.

Mesti tengah melepak sambil duduk minum sebotol sprite ni kan. Haha.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?