Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Lontong Tak Makan Tapi Lontong Goreng Makan. Gedik Kan?

Imej
Assalamualaikum. Pertama-tamanya sekali, gambar-gambar di bawah BUKANLAH kepunyaan aku. Keempat-empat keping gambar makanan yang menyelerakan di bawah aku ambil dari GOOGLE IMAGE. Ada gambar yang dah ada watermark, ada yang tak ada. Walau apa pun, kredit gambar kepada tuan punya blog dan terima kasih daun keladi. Saya pinjam ya. :) Dek kerana entry ini penuh dengan gambar makanan enak jadi eloklah kiranya ianya dipublish ketika sahur. Dah lepas waktu sahur, jangan mengada-ngada nak tatap bagai tercongok tengok blog Cahaya Yang Riang Gembira ya. Babab kang!! Terliur nanti siapa yang susah. Ayam penyet sudah, kerang bakar sudah, mee goreng sudah, segala macam dessert juga sudah, kali ini targetnya adalah LONTONG GORENG. Sebagai orang Johor, aku sendiri tak makan lontong sebenarnya. Boleh layan sesuap dua tapi nak tatap dan hadap semangkuk, memang tak dapatlah. Walaupun begitu, dihati tetaplah Johor, kini dan selamanya. Ecewah! Dan biasalah, aku memang selalu...

Kisah Pencuri Yang Malang Di Petang Hari Di Bulan Ramadan

Imej
Assalamualaikum. Ini kisah yang hangat lagi panas dan fresh keluar dari oven. Haha. Al kisahnya, bangunan rumah aku yang berada di tingkat 3, memudahkan untuk nampak keadaan sekeliling. Maklumlah, high ground orang kata. Kekeke. Dan bangunan rumah aku berdepan dengan asrama pelajar IPPM. Dalam pukul 3 lebih tadi, aku perhatikan ramai benar pelajar berkumpul di depan pintu masuk asrama. Seperti ada sesuatu saja. Kebetulan ada kereta polis dan juga ambulans yang datang bersama siren neno nenonya. Mak pun lantas SMS abah yang pejabatnya dekat saja dengan kawasan asrama semata-mata nak bergosip. Kelas mak dengan abah bergosip di petang hari kan. Rupanya ada pencuri telah masuk ke asrama perempuan. Amboi! Bulan Ramadan syaitan kena ikat, kau pula nak gantikan yang kena ikat tu ya. Tak elok sangat tau!! Dengar cerita ada pelajar yang ternampak kelibat si pencuri dan si pencuri terkejut lalu menggelabah lari dan cuba untuk turun dari tingkat 3 menggunakan pokok di belakang as...

Bahasa Lelaki Bahasa Wanita : Susah Ke Nak Faham?

Imej
Assalamualaikum. Tahukah anda bahasa lelaki dan bahasa wanita adalah berlainan dan berbeza sekali? Bahasa ini hanya boleh difahami atas landasan yang dinamakan persefahaman, toleransi dan terus terang. Sebab itu wujudnya buku WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS. Aku sendiri baru baca separuh buku tersebut, memang merangsang minda dan pemikiran bila membaca buku tersebut. Buat kita tertanya, berfikir dan angguk faham. Koleksi gambar di bawah aku ambil dari drama Lee Soon Shin Is The Best Episod 40. Wah! Ada 10 episod lagi. ^^ Scene ini cukup untuk jelaskan bahasa lelaki dan bahasa wanita berbeza. Inilah juga yang kadang-kadang buat aku pening kepala. Haha. Kita faham lain, tapi sebenarnya dia kata yang lain. Kita cuba sampaikan sesuatu, tapi dia pula tak faham tersirat di sebaliknya. Heh. Payah kan? Dah sifat wanita begitu, hatinya mudah tersentuh. Bila seseorang lelaki terlalu baik padanya, automatik kepala otak dia akan mula keliru, kenapa dia t...

Kad Raya Pengganti Diri

Imej
NAK DAPAT DUIT RAYA? MUDAH SAJA JIKA ANDA KAKI ONLINE. CUMA SIGN UP, SHARE DAN CLICK. Assalamualaikum. Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-13 kita berpuasa, macam mana dengan pengisian hari anda selama 12 hari ini? Bagi aku, masih banyak lagi lubang sana sini, perlu lebih giat lagi untuk mengisi hari-hari dalam bulan Ramadan ini.   Dan rasanya sudah ada juga kita-kita yang menjenguk pasaraya dan membeli kad raya. Masa ini adalah time-time posmen sibuk menghantar kad raya ke destinasinya. Hmm. Orang kata kad raya dah semakin pupus, orang sudah terbiasa dengan kemajuan teknologi. E-Kad, ucapan raya melalui SMS, Facebook, blog dan sebagainya. Orang merasakan kad terlalu leceh. Perlu pilih lagi, perlu tulis lagi, perlu sampul surat lagi, perlu setem lagi, perlu pos lagi dan lagi dan lagi. Jadi kita sekarang lebih selesa mengambil jalan mudah, dengan menggunakan sebaik mungkin kemajuan teknologi yang ada. Aku suka kad raya. Aku suka baca. Baca dari tulisan. Tulis ayat ...

Resepi Maggi Goreng Mudah Serta Cepat Untuk Orang Bujang Yang Malas Masak Dan Nak Jimat Duit

Imej
1)  RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG YANG NAK JIMAT 2)  RESEPI MUDAH SARAPAN PAGI ATAU MINUM PETANG 3)  RESEPI PENCUCI MULUT YANG ENAK 4)  RESEPI MUDAH BIHUN GORENG 5)  RESEPI MAKANAN RINGAN ATAU KUDAPAN 6)  RESEPI KERANG BAKAR BERCILI BERSAMA KUAH KICAP PEDAS 7)  RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA 8)  LASAGNA YANG TAK BERAPA CUN TAPI BOLEH TAHAN SEDAP 9)  RESEPI SARAPAN PAGI MERANGKAP PEMANIS MULUT YANG PELIK 10)  RESEPI PAPRIK AYAM YANG RIANG BERGEMBIRA MUDAH DIMASAK SEDAP DIMAKAN 11)  PEMANIS MULUT CHEESEKUT OREO / STRAWBERRY RIANG GEMBIRA 12)  AISKRIM OREO HOMEMADE Assalamualaikum. Amboi amboi amboi. Ewah kemain panjang tajuk dia nak bubuh. Tak boleh panjang lagi ke Cik Farhana? =p Aku kongsikan entry kali ini atas sebab few keywords yang landing ke blog ini dan mencari RESEPI ORANG BUJANG. Maka, sebagai seorang yang bujang lagi trang tang tang, selayaknya aku berko...

Kau Kau Kau!

Imej
Assalamualaikum. Credit picture to Ayat-AyatCinta.Net Pernah tak rasa begini. Tercekik, nafas tersekat, tersangkut. Macam ada yang nak keluar tapi tak boleh keluar. Macam ada yang tersepit dan tak boleh terlepas. Macam ada yang tarik kau ke sana tapi kau tetap nak tarik ke sini. Macam itulah. Itu rasa yang dialami dalam fasa ini. Entah fasa apa pun tak tahu. Daripada kau kau kau, rasa nak panggil jadi awak awak awak. Daripada kau kau kau, rasa nak tukar sebut kamu kamu kamu. Tapi "awak" dan "kamu", selalu tersepit. Tak pernah berjaya terlepas bebas. Kau kau kau memang buat kau rasa kamceng. Tapi awak awak awak buat kau rasa manis. Dan kamu kamu kamu buat kau rasa nak sengih sentiasa.  Lalu tampar diri sendiri sebab terusan tersengih. Tapi "awak" dan "kamu" tak pernah lagi menang dengan "kau". Adakah takkan pernah menang? Atau belum masanya lagi nak menang? *sengih sendiri* Assalamu...

#2 Selepas Berbuka (Ayam Penyet Riang Gembira) : Resepi Dua Dalam Satu

Imej
1)  RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG YANG NAK JIMAT 2)  RESEPI MUDAH SARAPAN PAGI ATAU MINUM PETANG 3)  RESEPI PENCUCI MULUT YANG ENAK 4)  RESEPI MUDAH BIHUN GORENG 5)  RESEPI MAKANAN RINGAN ATAU KUDAPAN 6)  RESEPI KERANG BAKAR BERCILI BERSAMA KUAH KICAP PEDAS 7)  RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA 8)  LASAGNA YANG TAK BERAPA CUN TAPI BOLEH TAHAN SEDAP 9)  RESEPI SARAPAN PAGI MERANGKAP PEMANIS MULUT YANG PELIK 10)  RESEPI PAPRIK AYAM YANG RIANG BERGEMBIRA MUDAH DIMASAK SEDAP DIMAKAN 11)  PEMANIS MULUT CHEESEKUT OREO / STRAWBERRY RIANG GEMBIRA Assalamualaikum. Alahai. Terlambat nak tulis entry. Gara-gara melayankan Beto Kusyairy dalam slot Cerekarama tadi. Arman. Drama arahan Murali Abdullah. Apa yang buat aku melekat sampai 2 jam bukan saja watak utama cerita ini, tapi juga watak jahat di dalamnya, Soffi Jikan. Walaweh! Memang kasi sengat punya. Haha. Comel sangat lak...

#2 Sebelum Berbuka : Jadi Ke Tak Jadi, Dia Tetap Akan Jadi

Imej
Assalamualaikum. Lagi setengah jam nak berbuka. Ah! Kalut sungguh hari ini, gatal sangat nak cuba resepi yang tahap kompleksnya pada petala ketujuh, mana tak kalut. Gambar yang diambil pukul 4 petang tadi pun, baru sekarang sempat aku kongsikan. Ini edisi yang sebelum berbuka. Macam biasalah, selepas berbuka baru kita tayang wajahnya. Masakan yang aku cuba belajar kali ini tak adalah susah mana pun, cuma agak leceh dan ada banyak variasi resepi. Jadi nak tak nak, kenalah pilih berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Resepi ini aku sedut sana sikit sini sikit, maka jadilah seperti yang di atas. Bak kata mak aku, jadi ke tak jadi, makanan itu tetap akan jadi. Kah kah kah. Mendalam sungguh maknanya. Improvisation. Fleksibel. Itu yang penting bila di dapur. Mak aku yang ajar. Hehe. Okay, sampai jumpa lagi dalam entry selepas berbuka. Jaga diri semua dan selamat berbuka. Assalamualaikum. :) #1 SEBELUM BERBUKA : MISTERI DI SEBALIK ALUMINIUM FOIL

Just Another Random Post

Imej
Assalamualaikum. Hmm. Hari ini hari yang agak malas. Jadi bila orang tengah malas, kita bikin makanan yang malas-malas sajalah. Haha. Sambil jamah-jamah kek batik yang dibuat lepas berbuka tadi, sambil layan filem Korea yang bertajuk Miracle In Cell No. 7. Entah untuk yang keberapa kali pun aku tak pasti. Tapi yang pasti, tiap kali aku menontonnya, aku perlukan sekotak tisu, untuk air mata dan untuk hingus yang meleleh. Aiseyyy!! Sedih ooo!! A story about an intellectually handicapped father and his daughter. Even though the storyline is quite common but it's really worth watching. Sampai sekarang pun terasa kesedihannya. T_T Mata pun dah layu, esok nak bangun sahur lagi. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

#1 Selepas Berbuka (Kerang Bakar) : Bakar Jangan Tak Bakar

Imej
RESEPI KERANG BAKAR RIANG GEMBIRA DI SINI Assalamualaikum. Amboi. Mengular kekenyangan semua ya lepas berbuka dan berterawikh. Mata aku pun dah mula kelayuan selepas menjamu selera. Sebelum berbuka tadi aku kongsikan entry tentang masakan untuk hari pertama puasa. Berdebar juga aku, takut kalau-kalau tak menjadi dan tak sedap. Maklumlah bulan-bulan puasa mana boleh nak merasa. Tapi orang kata, agak-agak. ^^  Alah! Orang kalau tengok aluminium foil pun dah boleh agak masakan apa ya tak. Tak adalah misteri sangat. Heh! Dah tentunya sesuatu yang bakar jangan tak bakar. Ikan bakar ke, kerang bakar ke, pari bakar ke dan macam-macam lagilah yang boleh bakar dan dibakar. Dan kalau dah masak makanan yang berunsurkan bakar, dah tentulah kena ada kuah untuk dicecah. Iya tak? Mula-mula aku agak keliru juga, samada mahu buat air asam atau sambal kicap pedas, tapi selepas bertanya pada mak, dan memandangkan ahli rumah aku tak berapa minat air asam, jadinya aku buatlah samb...

#1 Sebelum Berbuka : Misteri Di Sebalik Aluminium Foil

Imej
Assalamualaikum. Hari pertama kita berpuasa. Jam sekarang sudah pun menunjukkan jam 5.42 petang. Ramadan kali ini, aku ada banyak target yang ingin dicapai. Mahu khatam Al Quran dan mahu belajar paling tidak 10 jenis masakan (persediaan masa hadapan). Hihi. Dan hari pertama puasa ini, pertama kali aku belajar masakan ini. Tak susah mana dan bahannya pun sangat simple. Tekak terasa nak makan benda-benda bakar. Bau pun dah ala-ala macam restauran (ini kes dah tak ada orang nak puji). Jadi, daripada membazir duit ke restoran, baiklah kita masak sendiri di rumah. Betul tak? Jadi, apa misteri di sebalik aluminium foil di atas? Nantikannya selepas berbuka. Haha. Okay semua. Nak sambung kerja apa yang patut. Selamat berbuka ya. Jaga diri. Assalamualaikum. 

Tired

Imej
Credit picture to this site Assalamualaikum. Esok dah puasa ya kita. Cepat benar masa berlalu. Tak terasa ianya meninggalkan kita begitu saja. Hari ini hari cuti tapi penatnya hari ini, tak boleh nak kata apa. Selepas menjalani prosedur MRI dan NCS, hari ini adalah harinya aku berjumpa dengan doktor. Dek kerana semua sakit yang aku ada sekarang daripada masalah kaki, masalah tulang belakang dan masalah saraf tangan adalah bukan di bawah bidang kuasa Neurology, maka aku sekarang hanya berada di bawah follow up Jabatan Ortopedik saja. Dan aku terpaksa menunggu lagi 2 minggu pula untuk berjumpa dengan pakar ortopedik. Sakit dah tak terkawal dek ubat yang ada, menguji sungguh kekuatan. Apa yang boleh buat, rendam kaki dalam air sejuk. Dan yang paling aku tak sangka, menerusi follow up pagi tadi aku disahkan juga mengalami CARPAL TUNNEL SYNDROME . Patutlah tangan aku terasa lemah dan kebas selalu. Haaaa!! Ini akibat komputer yang terlalu lama!! Zaman study dulu lagi hebat...

Cinta Bersaiz XXL

Imej
Assalamualaikum. Salam petang Ahad. Hari bermalas-malasan sebelum datangnya Isnin. Macam biasa, masa yang terluang aku guna untuk membaca. Selaluya jika novel, aku lebih tertarik untuk membaca sesuatu yang sangat dekat dengan aku, yang boleh aku correlate dengan perasaan sendiri. Samalah juga dengan novel karya Aliesha Kirana ini yang diberi tajuk CINTA BERSAIZ XXL . Memang bila baca novel ini, aku gelak, aku nangis, aku terasa sebab aku pun merasakan apa watak utama novel ini rasa. Nur Adeeba Addin, seorang gadis bersaiz XXL yang hidupnya berubah apabila Hadif Harith yang tidak dikenalinya sudi memperisterikannya biarpun dia menganggap dirinya gemuk dan tidak menarik. Bermulalah kisah cinta selepas nikah Nur Adeeba Addin yang mempunyai sifat sangat merendah diri, kurang keyakinan dan kepercayaan pada diri.  Ianya sesuatu yang semulajadi, bila kau rasa diri kau gemuk, tak cantik, akan ada satu perasaan yang menjejaskan keyakinan, yang mana orang yang tak merasakann...

Jam Dunia

Imej
Assalamualaikum. Jam dunia. Sebenarnya, saya isteri dia. Eh! Tetiba masuk drama TV tajuk novel. Haha. Sebenarnya applikasi ini dinamakan World Clock. Seronok walau hanya tengok peta dunia. Rasa macam satu langkah ke destinasi impian. Korea, Switzerland, Perancis, Maldives. Malam ini moga mimpi indah. Mimpi jelajah destinasi impian selama sebulan dan seorang diri. Tentu mencabar. The unknown other half? Pulau Perhentian, impian itu dari dulu, kini dan selamanya. Reserve khas buat the unknown other half. Haha. Selamat malam. Assalamualaikum. :)

Agak-Agak

Assalamualaikum. Semenjak dua menjak, entry kita banyak pasal sakit, penyakit. Entry makanan, masakan, nyum nyum macam lama dah tak ada. Jadi kali ini, jom rendang bersama Chef Gordon Ramsay. Aku tertonton video di atas selepas seorang rakan berkongsikannya di mukabuku. Imej Gordon Ramsay dalam kepala otak aku padam begitu saja selepas menonton video ini. Seriously funny. And, ada dirty jokes di dalam ini. Kurang manis sedikit. Ish!! Video ini memaparkan macam mana Gordon Ramsay belajar masak rendang dari Aunty Aini. Gigih Gordon nak tahu berapa sudu itu, berapa senduk ini. berapa lama nak tumis, berapa banyak nak bubuh dan berapa berapa berapa. Kononnya dia mahu resepi lengkap supaya dia boleh ingat. But tell you what, Aunty Aini ajar Gordon, tak ada sukatan, berapa lama itu dan ini, cuma AGAK-AGAK. Sebenarnya AGAK-AGAK adalah prinsip terbaik yang boleh kita pegang bila sentuh bab-bab masakan. Bagi aku, dengan prinsip agak-agak, lagi banyak kita belajar. Aku tak...