Isteri Kepada Kapten Azahari

Assalamualaikum.. Hai hai semua.. Ingat lagi tak entry DIA SEORANG PILOT? Kapten A yang menjadi sebutan Cik Farhana itu.. Hari-hari dengan Kapten A, tak pernah lekang dari bibir.. Auwww!! Rindu Kapten A sangat-sangatlah.. Meh datang dekat meh.. Nak bagi tahu siapa nama Kapten A yang sebenar..


Ya ya.. Nama beliau Kapten Azahari.. Panggilan manjanya Abang Arie.. Seorang pilot yang terbang ke sana ke mari.. Ke Perth.. Ke Amsterdam.. Setiap kali fly, tak pernah dia lupa bawa ole-ole pulang untuk yang tercinta.. Ada patung koala, ada rantai.. Minta bunga tulip saja tak pernah dapat.. Sampai hati Abang Arie..

Masa mula-mula kenal, memang asyik gaduh.. Tiap kali jumpa, gaduh.. Sampaikan ada gelaran Mamat Tiga Suku untuk Abang Arie.. Sebagai balasannya? Minah Sewel jadi panggilan.. Kejam betul Abang Arie.. Bila dah mula berkawan, gaduh-gaduh tetap ada.. Tapi bukan gaduh cakar-cakar, tapi gaduh manja-manja.. Eh!! Tidak!! Bukan pasangan tapi sebagai kawan yang baik..

Itulah dia.. Kapten Azahari.. Abang Arie.. Tapi orang yang dicintai beliau bukanlah Cik Cahaya Yang Riang Gembira.. (Gila perasan aku, tulis macam jatuh cinta dengan aku kan.. Haha..) Nama gadis bertuah yang menjadi pilihannya adalah Nurul Iman.. Mereka bersahabat baik, dan bila mereka perlu dikahwinkan, seperti ada kejanggalan sebab tiada cinta.. Tapi pengakhirannya mestilah gembira.. Kini mereka bahagia dengan sepasang anak kembar.. (INI PART YANG PALING AKU JELES!! ANAK KEMBAR WEH!!)


Inilah dia, penangan buku inilah, yang aku habiskan dalam masa sehari.. Gegeh ke tak gegeh.. Cinta 3 Suku karya Herna Diana.. Lama dah aku tak baca novel sebenarnya.. Novel terakhir aku adalah dari Hlovate iaitu Aa + Bb.. Lama tak merasa jalan-jalan dalam dunia cinta novel.. Overall, novel ini best.. Sebab lawak kot aku rasa.. Tak henti-henti aku sengih dari awal sampai akhir.. Daripada 5 bintang, aku bagi 4 bintang sebab bikin aku senyum terus dari awal sampai akhir pembacaan.. =)

Yang paling melekat dalam hati aku tentang novel ini, punya elemen yang sama dengan karya Hlovate yang aku baca tak lama dulu.. Nak tahu apa?



Haa.. Apa macam? Sweet kan? *gelak guling-guling* Dalam novel Cinta 3 Suku pun, heroin dia BERPERANGAI KARTUN juga.. Memang banyak betul dialog-dialog yang menyatakan perangai kartun si Nurul Iman.. Aku yang baca hanya mampu sengihlah saja, sengih sampai naik lenguh otot pipi aku.. Rasa macam dah kejang dan asyik senyum saja.. *Kartun tak aku? Haha..* =p


Makanya isteri kepada Kapten Azahari adalah Nurul Iman.. Bukan pakwe siapa-siapa, semuanya Nurul Iman yang punyaaaa!! Haha.. Manalah muat nak sumbat Kapten A ke, Abang Arie ke dalam hatiku yang satu saja ini.. Hati dah terisi dengan yang satu itu saja.. Hey!! Ingat senang ke nak keluarkan dari dalam hati? Aku dah lekat dengan gam gajah okay.. Super setia tahu!! Hee.. When the time comes, if it is meant to be, then I believe, it is meant to be.. Jadi, buat masa ini, simpan sajalah dulu dalam hati diam-diam, kemas-kemas.. For me, it goes like this..


Ya Allah.. Andai perasaan ini benar, KAU kekalkanlah ia di dalam hatiku.. Kau hadirkan jua perasaan yang sama itu di hatinya.. Moga satu hari nanti, dengan izinMU, ianya pasti bersemi.. Tapi andai ianya bukan seperti yang KAU ingini, aku redha andai perasaan ini luput dari diriku ini..

Selamat menjalani hari-hari anda ya kawan-kawan.. Jaga diri elok-elok.. Jangan nakal-nakal.. Sayang semua.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : A is for ... For what? A is for A.. Apa lagi kan? =p

Ulasan

Gieyana berkata…
nmpak mmg best novel nie..dh lama giler akak x bc..kalau skali bc mmg stick terus kan..
mr.syazwan berkata…
perh sinopsis cinta 3 suku mcm best je

tpi kureng sikit nak baca novel..

huhuhu

mungkin nnt di buat filem mungkin
NoraChan berkata…
hahaha,.. novel rpenye.. igt kn bakal abng ipar... hahaha
nora berkata…
hye sissssssssss...
dah lama xdrop komen sini.b'z.ni dh habis praktikum dah

=)
nak beli nvel ni la....
@Gieyana Saya tengok novel jugak laa kak.. Ade je yg novel saya kena amik masa 2,3 bulan.. Sampai setaun pon ada nak abeskan.. Haha.. =p
@mr.syazwan Best.. Lawak dia tu yang best.. Sempoi je.. Baca pon asik senyum je.. :)
@the GirL Kikiki.. Abang ipar ekkkk.. =)
@.alie. Hai alie dear!! Heeee.. Ohh!! Bz praktikum ke dia ni.. Huhu.. Anway, dah beli nnt enjoy reading k.. ;)
FatinNad berkata…
alamak. kenapa tulis pasal novel mase examweek nh ! haha. tergoda i tau ~ ish.... kene bersabar. ade sebulan lg sebelum exam abes. huhu

jom pg belog kite : CIK DIREKTOR!
farhana berkata…
Sy memang tengah carik novel sekarang ni..
da lama tak baca novel...
n that novel menarik minat la. Nak carikkk!

A for Ai (cinta) =D
ieda berkata…
ooooo ini kapten A .. dah tuu yg mana satu yg menambat ati farhana ??

rajin tul adik baca novel .. huhuh sib baik akak x suke , kalau akak suke kalah farhana agaknye ekekke :))
sarah mohamad berkata…
macam best je citer ni. saya pun dah lama tak layaaaan novel cintan cintun ni. terasa nak baca novel ni jugak lah. hiks
Faaein Himura berkata…
tertipu gue.. ingatkan cinta hati cik dokter tadi.. huhuhu.. ni yang buatkan eden nak baca novel plak pas ni.. nak bli juga buku ni nanti.. huhuhu..
Atok Jiwang berkata…
' A ' for Atuk Jiwang ... miahahaha



siapalah gerangannya ya. Tahniah. moga bahagia hingga ke hujung nyawa .. :P
mijae berkata…
WTF hahahahaha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?