Ting Tong With Love

Assalamualaikum.. Ohh!! Lama sungguh rasanya tak cium bau blog.. Bau entry-entry, bau dunia maya yang warna-warni.. Ngee..

Minggu ini memang penuh dengan kepenatan jiwa dan emosi.. Mental didera dengan begitu teruk sekali, cuba bertahan dengan sisa kekuatan yang masih ada, walau kadang rasa macam dah nak berputus asa..Tapi putus asa sepatutnya tak ada buat masa ini, sebaliknya usaha sampai ke titik akhir, itu yang sebaiknya..



4 komponen sudah selesai dan hanya tinggal satu saja lagi penentu untuk jalan masa depan.. Jalan yang macam mana, aku sendiri pun masih belum pasti.. Pagi tadi selesai komponen keempat, iaitu klinikal kes panjang.. Seorang pesakit diberi, dan anda diberi masa 1 jam untuk bertanya soalan dan memeriksa pesakit, dan ada lagi 10 minit untuk sesi pembentangan kes anda.. 3 orang pemeriksa, aku rasa bertuah sangat sebab mereka semua sangat baik dan banyak membantu.. Pesakit yang aku dapat tadi menghidap penyakit kanser pundi kencing.. Adalah juga soalan yang tak dapat dijawab, tapi terima kasih sangat pada 3 orang pemeriksa tersebut, anda menenangkan hati saya.. =)

Dan sekarang, aku berserah untuk komponen ini.. Yang lepas biarkan lepas.. Apa jua yang dah tertulis, aku terima.. Hanya pasrah dan bertawakal moga yang terbaik saja.. Tinggal satu lagi komponen, terakhir, dan akan diselesaikan Khamis petang.. Terima kasih banyak ya atas doa kalian semua yang tak pernah putus.. Sayang semua..


Malam semalam, aku langsung tak dapat lelapkan mata, sudahlah paginya kepala terhantuk tiang besi, sampai sekarang benjol tak surut-surut.. Kepala pun pening-pening lalat sebab tak tidur.. Nasib sajalah tak tidur masa tengah tanya soalan dan periksa pesakit.. Haha..

Dan sekarang, saat ini, aku dah ting tong.. Mata berat, kepala berat, segalanya beratlah.. Jadi, masa untuk rehat.. Sampai jumpa lagi.. Doakan aku terus ya.. Doakan aku dapat sesuatu yang aku boleh jawab, doakan aku dapat pemeriksa yang baik-baik, dan doakan aku dan rakan-rakan semua akan baik-baik saja.. =)

Jaga diri semua.. Rindu semua.. Sangat!! Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Hoping "someone that come into my mind" will be happy always, smile always and sihat-sihat selalu.. =p

"If she's amazing, she won't be easy..
If she's easy, she won't be amazing..
If she's worth it, you won't give up..
If you give up, you're not worth it.."

- This time, I am the one who is not going to give up.. Aku tak mahu menyesal melepaskan apa yang tak patut aku lepaskan.. -


Ulasan

Ibu Ammar berkata…
alahai, sayang cam mana leh terhantuk sampai benjol?.. hati2 plez. doktor kena sihat selalu k.

wish u all the best dear, be strong. =)
Adziim berkata…
concussion...meh2 buat ct scan...:p
Faaein Himura berkata…
banyak2kan berehat.. semoga maju jaya yer dokter.. (^^,)
Pau Kacang Merah inti lebih berkata…
alahai ciannyer terhantuk erk. meh cni nak tuamkan ... :D



Moga dipermudahkan segala urusan oleh Nya. gudluk bebeh.
black_mel berkata…
gudluck...walaupun x paham apa itu komponen...hehe...tido nyenyak2 yer..kalau xleh tido kira bintang..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?