Immature

Assalamualaikum.

Aku terasa nak menulis sangat tentang ini, bukan apa sangat pun, cuma bebelan dari hati. Haha. Aku perasan ada juga beberapa orang pembaca blog aku yang rajin belek-belek entry-entry lama aku. Sejak dari 2016, patah balik baca sampailah tahun aku mula menulis, iaitu tahun 2009.

Tak sangka ada yang mampu bertahan membaca entry-entry kanak-kanak ribena ini. Haha. Aku mula menulis pada 2009, ketika itu usia aku 22 tahun. Muda, muda sangat-sangat. Pemikiran memang tak matang. Memang tak matanglah senang cerita. Entry aku dulu-dulu penuh warna. Setiap perenggan aku akan guna warna yang berbeza. Setiap entry aku juga kadang guna font yang berbeza. Tapi selalunya font skema dan gabak besar. Sekali imbas, kau akan ingat ini penulisan budak sekolah rendah. Haha. That's me. I love colorful things. My mind was so free that I would think about almost about everything and sometimes I twist about it a little bit.

Tajuk entry aku dulu-dulu catchy gila, panjang gila, dan mungkin merapu gila. Haha. Tapi dulu readers ramai yang sebaya, jadi senang nak ngam dan click. Bila makin bertambah usia, penulisan jadi deep, dark dan nerdy. Tajuk entry kadang satu perkataan, tak macam dulu yang kadang cecah 10 perkataan, cuma untuk tajuk sahaja. Hahaha. Apa yang tak berubah, mungkin bicara cinta. Aku suka tulis pasal cinta. Maybe that's why I always failed on that portion in my life. Haha.

Funny how age, surrounding, could affect a lot on your thinking process, writing method. That's why taking care of a child, surrounding is one thing to consider. Herm. Aku fascinate dengan orang yang boleh baca entry aku secara reverse, dari sekarang sampai ke zaman dedulu. Even aku sendiri nak baca pun aku rasa cringeworthy. Haha. Sampaikan ada certain entry yang aku terpaksa delete sebab aku pun tak mampu nak handle rasa awkward bila baca entry tersebut. Haha.

Today I'm going to a bookstore. Searching for something to soothe my mind. Till then. Jaga diri semua. Assalamualaikum.



Ulasan

adrinaqamarina berkata…
Rina pun kalau baca balik entry lelama rasa nak sembunyi je muka bawah bantal. Huhu zaman tak berapa matang lagi
AJ berkata…
Lamanya aku tak blogging... akhirnya baca semula blog korang.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?