Manusiakah Kita?

Assalamualaikum.

Phew!! Tarik nafas lega kejap. Sedar tak sedar dah 2 hari berlalu semenjak hari pernikahan adik aku. Mak aii, penatnya memang tak terkatalah. Kerja aku sebagai orang belakang, tukang cuci pinggan bertingkat-tingkat macam KLCC. Dengan ketinggian yang rendang 156 cm, aku pun terbongkok-bongkoklah cuci pinggan dari pukul 12 sampai ke pukul 4 lebih. Bila dah selesai, rasa macam nenek bongkok tiga, tak boleh dah nak tegakkan badan. Aaaa sudah. Jangan slipped disc makin teruk sudah. Jangan buat naya. Aku nak sambung housemanship balik tak lama lagi.
T_T

Oh ya, sambung cerita kita lain kali. Tujuan asal nak menulis entry ini sebabnya macam kita semua mungkin dah baca pagi tadi, satu penulisan yang telah jadi viral perihal kemalangan yang berlaku petang Ahad di lebuhraya PLUS berhampiran Alor Gajah / Simpang Ampat. Ya!! Betul!!

Kemalangan itu melibatkan 2 orang adik beradik yang accident sebab terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan, menyebabkan mereka tercampak ke tengah jalan. Lori di belakang mereka cuba mengelak dan akibatnya terbalik melintang di tengah jalan menutup laluan kanan dan laluan tengah. Jadi dah tentu yang boleh guna cumalah laluan kiri. Dengar ya, LALUAN KIRI!!! EMRGENCY LANE bukan laluan untuk anda ya. Itu kecemasan. Ulang balik, kecemasan.


Menurut cerita saksi tempat kejadian, segolongan spesis yang aku sendiri pun tak tahulah boleh ke digelar manusia, berbondong-bondong guna laluan kecemasan, tak sabar punya pasal dan tak boleh nak beratur. Akibat dari sikap "jual ikan" segelintir pemandu Malaysia, ambulans dan bomba yang sepatutnya tak ambil masa lama untuk sampai, sebaliknya makan masa sampai 1 jam. Ambulans kedua 2 jam lebih selepas itu baru berjaya sampai. Menurut berita, kedua-dua beradik itu mengalami kecederaan di kepala dan pendarahan, di hantar ke Hospital Seremban namun mereka menghembuskan nafas terakhir di hospital. Sedih sangat baca. Sangat sedih. 

Post yang viral di facebook itu sangat tepat tajuknya, orang yang lalu di laluan kecemasan, anda adalah pembunuh. Let the role reverse, then you'll know how it feels. Kita boleh nampak, boleh fikir pun, tapi kita tak ada perasaan, tak ada rasa ingin membantu. Sebaliknya kita cuma fikir diri kita, kita, kita. Layak ke kita digelar manusia? Layak ke? Malu aku, malu.


Tak cukuplah dengan yang lalu laluan kecemasan sampai ambulans lambat sampai, tambah pula dengan golongan yang "arrogant" siap hon mereka-mereka yang cuba tunaikan civil duty mereka dengan menghalang orang dari guna laluan kecemasan. To make matter worse, yang banyak berbondong-bondong ikut belakang ambulans. Manusia ke parasit eh? Lainlah kalau anda keluarga mangsa. To feed on other people usefulness for their own benefit, it's what parasite do right? 

Dari dulu lagi benda ini tak pernah berkesudahan, guna laluan kecemasan for own benefit. Orang lain susah payah beratur, ada orang lain pula susah payah selit menyelit nak masuk laluan kecemasan. Haih lah.

Takut nak hadapi dunia, sebab itu kadang prefer bersendirian, duduk dengan kucing lagi bagus. Sebab kita tak tahu, manusia itu, manusia kah dia? 

Selamat malam. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?