Aiskrim, Cuaca Panas Dan Big Bowl Ice Melaka | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Aiskrim, Cuaca Panas Dan Big Bowl Ice Melaka

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Cuaca panas dah hampir berbulan-bulan melanda Malaysia kan? Tiap kali kalau tidur malam, dah tentu katil kau basah macam baru lepas kena jirus air sebaldi. Panas dia mak datuk, buat kau rasa nak tinggal dalam peti sejuk. Maklumlah rumah tak ada aircond. Tsk tsk.

Tapi dalam 2 ke 3 hari kebelakangan ini Melaka dah hujan. Tapi bahang panas masih lagi terasa, cuma adalah sikit sejuk-sejuknya. Cerita aiskrim ini dah lama sebenarnya. Semuanya bermula gara-gara nak makan Ice Room dekat Nilai tapi masa pergi tempoh hari dah tutup. Sebabkan mengidam, aku google aiskrim yang sepesen macam Ice Room dekat Melaka. Dan akhirnya jumpa, tadaaa!!!

BIG BOWL ICE


Okay, pertama sekali Big Bowl Ice ini ada 3 cawangan kalau tak silap aku. Satu dekat bandar, satu lagi dia Kota Laksamana dan satu lagi yang aku pergi adalah di Batu Berendam. Benda yang kau perlu tahu bila nak jengukkan diri kau kat sini adalah timing yang sesuai. Sebabnya Big Bowl Ice dah menjadi sangat popular sebab ramai yang kongsikan pengalaman mereka makan di sini. Jadi ianya macam dah jadi tourist attraction. Waktu aku pergi, hari Ahad. Sampai kena beratur dekat luar nak tunggu meja kosong. Full house. Rata-rata yang datang kalau waktu hujung minggu dah tentu orang-orang dari luar Melaka.

Jadi untuk orang Melaka disarankan pergi waktu weekdays. Boleh makan dengan tenang. Haha. Resepi dia ada banyak variasi, lebih banyak dari Ice Room. Ada 2 jenis aiskrim, satu yang macam air batu campur, satu lagi snow ice yang macam Ice Room. Aku cuma pernah try snow ice dan aku suka. Lagi-lagi dengan buah mangga dan sos mangga. Perghhh!!! Terangkat. Portion serving dia teramatlah generous. Banyak juga, sampai naik kembung perutku memakannya. Haha.


Kalau nak cuba bolehlah ke sini. Memang banyak sangat variasi aiskrim yang ada. Memang rambang mata dan tekak nak pilih. Tapi tak silap aku best seller dia adalah mangga dan durian. Jadi pepandailah pilih ya perisa mana yang agak-agak berkenan. Adik aku order coklat. Dan aku tak berapa gemar sangat coklat dia. Maybe next time kalau datang lagi nak cuba snow ice Oreo dia pula. Tapi bilanya nak pergi tak tahulah kan. Malas nak drive. Haha.

Big Bowl Ice dekat Batu Berendam ini dekat saja dengan McDonalds Batu Berendam. Senang nak cari. Bagi yang nak tahu info lebih lanjut boleh ke facebook mereka okay.




Aku sebenarnya penggila buah mangga, jadi kau hidangkanlah mangga atas apa benda jua pun aku akan kata sedap. Hahaha. Tapi yang ini pun sedap. Dah nama pun aiskrim kan. Okaylah, tata titi tutu.

Assalamualaikum.


0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.