OST / Soundtrack Drama Akasia : Duda Terlajak Laris Lakonan Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal | " Cahaya Yang Riang Gembira "


OST / Soundtrack Drama Akasia : Duda Terlajak Laris Lakonan Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Kah kah kah. Nampak tak lama aku tak buat entry yang tak berfaedah? Hahaha. Dulu-dulu selalulah update OST / soundtrack untuk telemovie, drama-drama, rancangan variety show Korea, tapi sekarang bila dah kurang masa nak layan benda alah tu semua, jadi entry pesen begini pun tak nampaklah batang hidungnya. Haha.

Trend sekarang, banyak sangat lambakan drama adaptasi novel, yang lagi best novel yang tajuk dia memang bagi orang kutuk, sumpah seranahlah. Haha. Macam biasa, rakyat Malaysia. Hmm. Aku pula jenis layan apa saja, tak kisahlah orang nak kutuk ke apa ke, kita tonton sesuatu cerita, kita ambil apa pengajaran yang boleh ambil, yang mengarut kita tolak tepi. Memang tajuk mungkin agak pelik-pelik dan bagi sesetengah orang mungkin kandungan novel cinta sekarang banyak tak membina, jadi kita kritik cara baik, jangan asyik nak condemn nak kutuk kan. Peace.


Okaylah, entry OST / soundtrack yang aku nak buat kali ini adalah untuk drama slot Akasia bertajuk Duda Terlajak Laris. Tajuk ala-ala Dato' Aliff Syukri gitu. Novel karya Aifa Batrisya ini diangkat menjadi drama bersiri dan menyaksikan gandingan buat pertama kali Idris Khan dan Zara Zya. Aku tergerak hati nak download dan layan pun sebab aku sukakan lakonan Zara Zya. Such a talented actress. Drama ini kalau ikutkan sebenarnya agak mendatar, plot dia tak berapa nak berkembang, balik-balik makan, makan dan makan, gosip, gosip dan gosip. Haha. That's why aku pernah tulis dulu, tak semua novel sesuai jadi drama adaptasi. Tapi masih boleh layan, sebab apa? Sebab Zara Zya. Kekeke.

Dan Wawa Zainal sangat cantik!!! Suka tengok dia.
:))



1) QANDA- CINTA YANG SEMPURNA




2) SUFIAN SUHAIMI - TERAKHIR




3) ISYANA SARASVATI - TETAP DALAM JIWA




4) NINE BALL - HINGGA AKHIR WAKTU




5) KERISPATIH - LAGU RINDU




6) YOVIE & NUNO - MENJAGA HATI





7) PAPINKA - DIMANA HATIMU




9) RONNIE - DIKOYAK WAKTU





10) FAIZAL TAHIR - KASIH TERCIPTA





11) PINKAN MAMBO - MERINDUNYA



0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.