Bezanya Bila Kau Sangka Kau Tahu ; Kau Yakin Kau Tahu ; Kau Tahu Itu Fakta Yang Kau Kena Tahu | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Bezanya Bila Kau Sangka Kau Tahu ; Kau Yakin Kau Tahu ; Kau Tahu Itu Fakta Yang Kau Kena Tahu

2 comments
Assalamualaikum.

Aku baru lepas habis menulis. Alah. Menulis subtitle saja pun. Tak banyak sangatlah line, 1000+ saja. Sakit pinggang sikit, sakit kepala sikit sajalah. Haha. *sarcastic much tak?* Sebenarnya tangan asyik gatal nak menulis, itu sebab minggu ini macam menggila buat subtitle. Nak tulis dekat blog, tapi hati penuh rasa kebencian dan kemarahan tak boleh menulis entry, nanti penuh dengan aura negatif. Tak elok.

Subtitle kedua yang aku tulis ini untuk filem Jepun, live action untuk anime bertajuk Ore Monogatari a.k.a My Love Story. Ingat nak tulis subtitle sajalah, tapi terjatuh cinta pula dah. Menyampah okay asyik jatuh cinta dengan love story. Haha. Kalau ada sesiapa berminat nak tengok filemnya, boleh download dekat page TOPFILMZ. Dan kalau berminat nak tonton dengan subtitle Melayu, boleh pergi web MALAYSIA SUBBERS CREW okay. Support hasil karya orang kita. Peace!

* * *

Haaa! Nampak tak keluar 3 bintang dekat atas memisahkan dunia bebelan dengan dunia repekan. Haha. Atas sana aku membebel, bawah sini aku nak merepek sepuas hati aku. Alah. Tengok tajuk pun dah tahu merepek pun. Kan? Aku terasa macam nak tulis pasal tajuk di atas. Aku tak pastilah orang akan faham tak apa aku nak sampaikan, tapi konklusinya nanti macam tajuk dekat ataslah.

Jujurnya aku sendiri pun tak tahu apa beza ketiga-tiga situasi dekat atas. Dush dush. Tapi situasi dia begini, kau suka dekat seseorang, senyap-senyaplah. Tak sporting kalau confess, tak girly. *facepalm to myself* Obviously, rasa kau tak mungkin akan berbalaslah. Ibarat macam kau lapar, tapi kau duduk dalam kereta, dan pandang saja signboard KFC depan mata kau sebab dalam poket kau tak ada sekeping pun kertas warna warni. *telan air liur*

Kau suka dia, kau tak berani luah dekat dia, kau cuma mampu tumbuk dinding, dan duduk di hujung sudut berfikir dengan segala macam kemungkinan. Kau tak nak luahkan pun, sebab kau takut kena tolak. Kau tak nak luka berkali-kali. Alah. Macam dulu-dulu. Kau teruskan berkawan macam biasa dengan membiarkan diri kau menanam perasaan sehingga tumbuh pokok dan nak berbunga dah pun. Tapi orang yang sebelah sana tak ada apa pun. *gelak* Konon kau kata dekat diri sendiri, kau tak letak harapan, tapi kau belek mukabuku dia, kau tunggu whatsapp dia, dengan harapan dia ingat dekat kau. *mimpi*

Then, sejenis fikiran menjentik kau. Kau buatlah sangkkan, tanggapan, andaian, yang mungkin dia dah jumpa rakan sekerja yang sekepala, yang rapat, yang apa-apa sajalah, yang membuang kau dari equation yang dinamakan percintaan. Konon kau pasrah dan doakan semoga dia gembira. Walhal kau sendiri tak tahu betul ke andaian kau, anggapan kau, imaginasi kau. Sebab kau nak tanya, tapi selalu corner sana sini, kias itu ini, akhir sekali, kau tanya lain, jadi jawapan yang kau nak pun dah tentu lainlah kan.


Sejenis perangai datang, bila kau duduk belek muka buku si dia yang kau kata kau tak berharapkan sangat itu, lalu kau perasan macam ada bunga-bunga si dia yang kau suka senyap-senyap macam suka dekat orang lain. Sedih. Pedih. Konon kata tak berharap, tipulah. Tipu kan? *ya, aku tipu* But still, kau ulangi fasa atas, alah fasa imaginasi tinggi melangit kau. Lalu setelah beberapa lama kau tak ingatkan dia, kau macam konon dah nak lupalah dekat dia, kau belek sikit saja mukabuku dia. Kau terbaca perbualan manusia-manusia yang dekat dengan dia, kau nampak seolah-olah manusia-manusia itu cuba mengkenenkan si dia dengan kawan yang seorang lagi. Nampak macam ada kemajuan. Ada putik-putik rasa macam berkembang di situ. *flying sword to the heart pierce through the back*

*cabut sword dulu* Sakit kan? Ya memang sakit, perit. Sekali lagi kau tipu bila kata kau lupa. Kan? Kan? Kan? Situasi yang kau nampak itu tertulis besar perkataan FAKTA, yang kau kena tahu walaupun kau tak nak tahu. Kau dah kena lupakan kad raya kau, kad hari lahir, entry Selamat Hari Jadi Sayang kau, biskut raya kau, text yang kau simpan berkepuk-kepuk sejak dari zaman bila entah, kau patut lupa lama dah. Tapi kau masih degil tak nak lupa. Orang kata kau suka sangat fairytale, beginilah jadinya. Eh! Aku tak suka fairytale, aku suka K-drama okay. *sama saja*

Nampak tak, sebenarnya situasi di atas semua tak ada beza pun sebab kau kata nak give up, nak lose hope, nak forget, tapi kau asyik teringat, kau mengenang, kau berharap!!! Sebab itu, kau rasa perit itu setiap kali. Kau marah, kau benci. Kau tak nak dengar langsung nama dia. Kau hide dia dari timeline Facebook kau. Senang kata kau nak lupuskan dia dari muka bumilah. Walhal sebenarnya, kau benci atas apa yang kau dah buat pada diri kau. Buang masa. Buang rasa. Buang jiwa. Salah kau sendiri. Kau salah parking harapan kau. Kau letak harapan pada manusia, manusia yang satu saat begini satu saat begitu. Kenapa kau tak harap pada DIA? DIA yang tak pernah satu saat pun tinggalkan kau. Yang tak pernah berpaling bila kau sedih. Yang dengar keluh kesah kau. Kau lupa DIA. Tapi DIA tak lupa kau. Allah tak pernah lupa hamba DIA.

Sempat lagi kan manusia umur 29 tapi berlagak macam 20 ini dah berubah? Tak nak dah merasa yang lebih-lebih pada yang tak sepatutnya. Cukup. Cukuplah. Luka 2010 pun kau lupa untuk ambil pengajaran. Luka yang kau dapat dari orang yang beri harapan lalu mengambilnya semula dari kau. Luka yang kau patut ambil pengajaran. Tapi 2016 kau luka lagi? Apa cerita? Sudah-sudahlah. Sayangi diri. Jangan terus dibalut luka. Setiap kisah itu ada slotnya pada waktu yang dah ditentukan. Itu kerja DIA. Kita? Usaha, usaha juga. Tapi jangan over sangat dengan rasa. Sikit-sikit cukup. Nak rasa-rasa, bila dah termeterai janji pasti, suatu hari nanti. Okay??? Calit sikit. 

Tidur dulu. Mata dah kelabu asap, hidung asyik berair, dah lama tak demam, elok juga bila diuji sekali sekala. Rasa macam kena tampar sikit dari lamunan panjang. Hehe. Selamat malam semua. Jaga diri. Assalamualaikum.







2 Comments Here:

farhan berkata...

sabar ye u..jngn banyak pk sangat..
ape yg u tulis tu betul
take time sket
but trust me...u will be rewarded dengan hati yg lebih baik
gambate :)

FarhanaDr berkata...

@FARHAN

Haha. I'm okay. Just furious at myself dan rasa nak tulis dan tulis dan tulis. That's why keluar benda merepek ni semua. Anyway, thanx yeah. Semoga kita semua akan dapat bahagia yang kita nak. Insha Allah. :)

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.