Raikanlah Cinta | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Raikanlah Cinta

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Woot woot. Dah Rabu dah oii. Cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar 2016 dah nak masuk separuh jalan dah pun. Adik aku pun dah mulakan kehidupan baru dengan status baru, hidup dah maju ke depan. Aku sajalah yang masih terkial-kial lagi menanti keputusan kerja, interview lagi, proses nak mula kerja lagi. Banyak sangat nak harung nak fikir. Ting tong jap kepala. Yang masih mengikat aku pada kewarasan cuma kepercayaan kedua orang tua aku dengan kesabaran yang aku pujuk untuk cambah dalam diri aku. Kalau ikutkan, sangat penat, memang penat.

Fasa nak mulakan kehidupan baru dengan status baru pun aku perhatikan banyak langkahnya, banyak juga dugaannya, kadang boleh buat orang rasa nak give up, macam-macam benda. Tapi seharusnya proses ini memudahkan, sebab kita pun nak bina masjid. Berpada-padalah dalam segalanya, rancang dulu sebelum mula dan ambil kira kemampuan. Sebab kita nak hidup bersama ini bukan sehari dua, tapi untuk selama-lamanya. Betul tak?

Walaupun aku sendiri tak ada calon, tapi aku dah buat siap-siap dah dalam buku nota segala perancangan yang perlu dibuat, kira-kira untuk sebuah majlis sederhana, itu dan ini, bukan apa, nak merasa sendiri susah ke sebenarnya nak buat majlis nikah semua ni. Catatan nota, kita simpan, mana tahu ada gunanya di masa depan, ya tak?

Bagi sesiapa yang berkesempatan dan berada di Kota Tinggi, ada masa jemputlah memeriahkan majlis. Nak datang jumpa aku saja pun boleh. Hahaha. Perasan kan? Carilah budak perempuan pakai baju kurung biru pink, tudung selebet, orang kalau nampak memang panggil makcik, dan paling montel, tembam sekali dekat situ, haaa, itulah aku. Heeee.

Aku doakan adik aku berbahagia bersama dengan suami tercinta sampai ke syurga. Mudah-mudahan. Dan untuk semua pengantin baru, semoga berbahagia selalu hendaknya.

Selamat malam. Assalamualaikum.
:)




0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.