Cinta Muka Buku

Assalamualaikum.

Salam 1 Rejab dan selamat hari pekerja. Menaip entry di petang hari dengan cuaca yang begitu terik, taip sepatah, berhenti, tala muka ke kipas kejap. Kalau ada aircond lagi nikmat. Haha. Semenjak dua menjak ini, kita mesti pernah baca tentang kisah penipuan cinta dan perkahwinan yang bermula dengan perkenalan melalui Facebook. 

Kalau bertuah, berbahagialah mereka seperti dalam kisah cinta yang ini. Tapi kalau tidak, jadilah seperti yang kita baca di muka-muka akhbar, ditipu dan tertipu. Beberapa hari lepas aku baca kisah tentang seorang lelaki yang ditipu wanita yang dikenalinya melalui facebook, bukan sikit-sikit duit yang dikebas. Kerana apa? Cinta. Ada juga yang ditipu melalui aplikasi social network service lain dan macam-macam lagilah kes yang ada. Berkenalan, jatuh cinta, bagi duit, dan tertipu.

Orang zaman sekarang, bila bab menipu, otak memang laju dan bijak. Cuba gunakan otak yang bijak dan tangkas tu untuk jalan yang lebih bagus, bukan ke lebih elok. Kasihanlah juga dekat mereka yang percaya pada cinta. Benda-benda beginilah salah satu sebab manusia susah nak percaya cinta.


Aku sendiri pernah lalui dan alami berkali-kali. Sejak dari zaman MySpace, Friendster, dan sampailah sekarang Facebook. Oleh sebab aku buat part time Shaklee, aku juga seorang blogger, aku memang akan approve kalau ada friend request di laman Facebook aku. Cumanya kalau orang itu dah mula berperangai pelik dan menghangatkan hati, aku akan tapis kandungan wall aku supaya tidak dapat dilihat.

Masa zaman MySpace, Friendster, adalah beberapa kerat manusia yang aku kenal. Minta nak jadi adik angkat aku dan sebagainya, lepas tu nak pinjam duit. Aku cuma WOW dengan keadaan dan ragam manusia ketika itu. Baru-baru ini aku approve seseorang di Facebook. Maybe just another blog reader, so aku approve. Sebabnya sebelum ini, aku dah approve ramai readers blog aku, yang mana rata-rata mereka adalah pelajar lepasan SPM atau matrikulasi yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang medik dan ada juga yang nak belajar bahasa Mandarin, jadi mereka add aku di Facebook untuk bertanyakan pendapat aku. Itu memang aku tak ada problem dan aku sangat welcoming those people.

Tapi kalau sampai dekat jenis kategori orang yang bila kita yang dah jadi FRIEND nak tengok Timeline Facebook dia, tapi terlalu sikit info yang ada untuk kita sebagai FRIEND nak kenal sedikit tentang dia, kira macam most of the things dekat Timeline dia dah disembunyikan untuk tatapan FRIENDS. So what is the point here?


Dan tiba-tiba, mesej dekat Facebook nak minta gambar kita. Kau rasa patut ke tak patut hati aku jadi hangat membara lalu mendidih? Haha. Ada orang akan kata aku sombong sangat, tapi itu semua untuk kebaikan diri. Nak kenal orang banyak proses nak kena lalui sebelum terlahirnya perasaan senang dengan kewujudan masing-masing. Contoh aku bagi macam aku dengan seorang pembaca misteri blog ini, Cik Retina yang kejap ada kejap hilang. Dia memang rajin singgah sini dulu, selalu komen, dan aku pun selalu balas komen-komen yang dia tinggalkan. Lama kelamaan, unknowingly, aku rasa senang dengan kehadiran pembaca misteri ini.

Pokoknya, berada dalam laman sosial, tak salah nak berkawan, kalau tersuka dan terjatuh cinta sekalipun, itu bukan satu dosa dan kesilapan bagi aku. Cumanya, cara kita, niat kita, kenalah betul. Ikhlas, dalam berkawan itu sangat penting.

Selamat menikmati cuti anda. Jaga diri. Assalamualaikum.

CREDIT TO THIS SITE

HEART SPEAKS : BFF aku tiba-tiba tanyakan tentang Encik PSDR. Ingat lagi, zaman study dulu, bila aku selalu sms dengan Encik PSDR, BFF aku pun akan ada sebelah dan ambil tahu. Masa nak pos biskut raya, kek raya dekat Encik PSDR dulu pun, dia yang aku heret pergi Pejabat Pos Taiping. Dia pun tak sangka, setelah sekian lama berkawan, aku akan tersuka dekat sahabat maya aku.

Aku cerita pada dia, aku buat kerja gila dan confess perasaan aku. Dan semenjak itu, aku dah tak dengar khabar tentang Encik PSDR. BFF aku kata, baru seminggu, selalu pun sampai berbulan-bulan tak sms. Aku gelak besar. Lalu terdiam bila BFF aku kata, mungkin ini petandanya aku kena mula belajar terima kehadiran orang lain dalam hidup aku. BFF aku kata lagi, aku mungkin rasa Encik PSDR sukakan aku tapi sebenarnya, dia mungkin anggap aku sebagai kawan yang dia sangat selesa untuk berborak.

Hmm. Nampaknya aku silap lagi dalam soal perasaan. Dan mungkin kena belajar perlahan-lahan buka hati, kenal orang lain.

Ulasan

Teena Tna berkata…
Saya kalau bab2 hati & perasaan ni memang zero. Tapi saya suka berkawan dengan stranger kat laman sosial, lebih2 lagi kalau dari negara lain. Sebab boleh improve english & dapat kenal budaya diorang.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T