Queen Of Asgard | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Queen Of Asgard

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Semalam 9 Mei merupakan satu lagi tarikh yang patut diingat dalam lipatan sejarah hidup seorang Cahaya Yang Riang Gembira. Haha. Selama 8 tahun aku memegang lesen memandu, semalam adalah kali kedua aku terlibat dalam kemalangan. Tapi kali ini cuma kemalangan kecil kalau nak dibandingkan dengan kemalangan di lebuhraya PLUS tahun 2007 @ 2008 barangkali.

Walaupun kemalangan kecil tapi cukup buat aku terasa sekali kesakitan yang dialami kesayangan aku, yang aku beri nama Queen of Asgard. Haha. Sedap tak nama cinta hati aku? Sejak dari pagi lagi aku dah berasa tidak sedap hati tambah pula malam itu aku bermimpi aku mengalami kemalangan di mana kereta aku berlanggar dengan traktor. Cermin depan kereta aku retak.

Tak sangka pula tengahari itu, betul-betul aku alaminya. Jalan tersebut merupakan jalan sehala dan merupakan jalan keluar dari IPGKPM. Maknanya itu merupakan jalan aku. Tapi tak semena-mena, ada van memasuki lorong kecil itu. Aku cuba mengelakkan van tersebut tapi tercium pula dengan tembok batu di situ.


Makanya tercalarlah kereta aku di sebelah kiri dari pintu depan sampai ke pintu belakang. Benda jadi memang cepat, nak undur balik pun dah tak boleh. Benda dah pun jadi. Akhirnya, Queen of Asgard mengalami calar dan kesan seperti dikelar yang amat dalam ditambah dengan kekemekan di bahagian pintu belakang.

Sedih memang sedih sebab selama ini aku bawa memang cermat sebab aku sayang sangat dia. Tapi nak buat macam mana ya tak. Makanya petang itu aku pergi ke IPD Melaka Tengah cawangan trafik dan buat laporan polis untuk claim insurans. Aku tak ada masalah sangat dalam hal-hal buat report sebab aku pernah ada pengalaman sekali dulu.

\
Tapi aku memang berterima kasih sangat dengan pegawai yang bertugas, sangat berlembut dan manis sekali. Ops!! Terpuji lebih pula. Haha. Terima kasih Konstabel Farhan Zainal. Dan juga buat Sarjan Yaakob yang sporting habis. Report aku selesai dalam setengah jam saja. Effisien tak polis kita? Kalau ikut kata Konstabel Farhan, boleh buat report polis di mana-mana saja, even pondok polis, tak perlu datang ke ibu pejabat pun tak apa.

Dan esok pula Queen of Asgard akan ke Proton dan mungkin akan masuk "hospital" untuk beberapa hari. Harap cinta hatiku cepat sembuh dan kembali dalam dakapanku. Haha. Pengajarannya, selama ini kalau dah cermat, tingkatkan lagi, biar lagi cermat. Mungkin kadang kita tak boleh nak elak, salah orang tapi kita yang kena. Tapi apa pun, prevention is better than cure. Kan?


Sayu sangat tengok dia jadi begini. Sarjan Yaakob pun cakap teruk juga si merah ini. Hmm. Tak apalah. Esok kita masuk hospital ya sayang. Semoga cepat sembuh.

Salam hujung minggu semua. Jaga diri elok-elok. Kalau memandu, hati-hatilah ya. Ingatlah orang tersayang dan jangan lupa tiap kali naik kenderaan, jangan lupa baca doa naik kenderaan. Okay. Have a great weekend people. Assalamualaikum.

0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.