Belajar Goreng Telur
Assalamualaikum.
Amboi, dah tua bangka pun tak gheti goreng teluq ka cheq oii? Haa. Tu diaa! Orang Johor cakap utagha. Haha. Dulu masa zaman study, aku rapat dengan seorang kakak, orang utara. Jadi bila dengan dia, aku selalu akan tersasul cakap utara bila borak dengan dia. Kadang sampai orang keliru, aku orang utara ke. Haha.
Eh. Melencong kejap dari cerita telur kita. Sebenarnya bukanlah tak reti goreng telur, tapi selalunya kita goreng cikai cikai saja kan, maklumlah nak buat makan sendiri je pun. Sampailah satu hari aku tengok satu rancangan variety show, dia ajar cara goreng telur profesional punya. Putih telur dia bukan main cantik dan gebu, kuning telur dia pula memang jenis yang aku minat. Tak masak sangat, sedang-sedang saja. Bila cucuk, kuning dia mengalir keluar lagi. Itu yang terbaik!!!
Mungkin ramai yang dah expert dan arif dengan cara goreng telur seperti ini, tapi bagi aku memang first time aku tengok teknik begini. Haha. Memang jakun kejaplah. Cara dia pun senang sangat.
NOTE : Video ini ada 2 cara masak telur, teknik yang aku cerita adalah cara yang pertama dalam video ini.
Panaskan kuali sampai berasap. Letak sikit minyak. Perlahan-lahan pecahkan telur jangan sampai kuningnya hancur. Masak dengan api kecil selama 2 minit. Selepas itu curahkan sedikit air di keliling telur yang sedang digoreng tadi. Maknanya bubuh air sikit dalam pan tadi. Ambil penutup dan tutup pan tersebut. Dan biarkan putih telur dia sampai masak, lalu diangkat.
Tadaa!! Dan siap!! Memang senang sangat. Selalu orang masak telur cara begini dekat restauran yang suka deko-deko pinggan makan dan makanan. Haha. Jadinya, lain kali bila anda buat nasi goreng ke mee goreng ke di rumah, bolehlah cuba buat telur goreng dengan cara yang ini.
Selamat mencuba. Assalamualaikum.
Ulasan