Musim Si Semut Semai Bernama Charlie Bermaharajalela

Assalamualaikum.

Salam pagi Rabu. Esok dah Khamis, dan esok adalah hari cuti! Yahoo! Dapatlah rehat sehari, okay apa. Petang semalam, sepanjang petang berjemur semata-mata nak belajar skill shoot time-lapse video, pening kepala dengan cuaca panas terik sampai sekarang masih terasa. Harapnya Melaka turunlah hujan secepat mungkin.

Dan dek kerana kepanasan cuaca yang melampau ini jugalah, ada entiti yang mula bermaharajalela di sekeliling kawasan rumahku dan makin hari makin banyak yang membuat lawatan ke dalam rumah.

Si kecil ini dipanggil SEMUT SEMAI, SEMUT KAYAP (kerana toksin yang dikeluarkan dari tubuhnya jika terkena kulit, radangnya kelihatan seperti kayap), TOMCAT, dan paling popular sekali dah tentulah dengan panggilan CHARLIE. Dulu masa aku belajar, aku selalu dengar kisah si Charlie dari kawan-kawan aku yang belajar di Matriks Penang, tapi sekalipun tak pernah ketemu dengan si kecil ini. 


Inilah dia makhluk kecil yang bermaharajalela ketika musim panas terik ini. Pergerakannya sangat cemas, dan jika dia berasa terancam, dia akan mengangkat ekornya seperti kala jengking dan melepaskan toksin dari badannya. Sepanjang pembacaan aku di Google, banyak yang menceritakan kisah si kecil ini tapi tak banyak cara bagaimana nak mengawal dan mengatasinya. Kalau ikut cara student Matriks Penang, ramai yang melekatkan si Charlie ini pada dinding dengan cellotape. Mereka kata ianya tidak boleh dibunuh, nanti makin banyak yang datang. Haha. Entah sejauh mana kebenarannya, aku pun tak pasti.

Ada yang kata ubat gegat dan belerang bagus untuk menjauhkan semut ini. Makanya aku belilah sebungkus ubat gegat dan diletak dalam bilik. Belerang pula aku tabur sedikit di sudut-sudut bilik. Pening kepala aku bila masuk bilik sendiri. Haha. Mak aku pula, gunakan cara yang lebih agresif, iaitu menggunakan racun anai-anai. Terpaksalah, sebab dah terlampau banyak dan mendatangkan kemudaratan pada penghuni rumah.


Sebab apa aku kata mudarat? Sebabnya aku dah kena dengan serangan berbisa si Charlie ini. Entahlah dari mana munculnya, samada di baju atau di katil, sedar-sedar saja leher aku dah terasa pedih dan gatal. Saat dan ketika itu tak pernah tahu lagi kewujudan haiwan ini, ingatkan kena gigit nyamuk di pagi hari. Tapi makin masuk tengahari ke petang, kesan gigitan di leher dah makin merebak besar, macam melepuh terbakar, kemerahan, dan menggelembung bernanah di dalamnya.

Sakit? Memang sakit. Perit sangat. Sampai tak boleh tidur sebab nak gerakkan leher memang sakit dan perit. Nak mandi kena air apatah lagi. Lepas mandi, terpaksa "dab" kulit perlahan-lahan dengan kain bersih untuk bersihkan nanahnya. Sebab dia dah merebak sampai ke hujung akar-akar rambut dan menyebabkan rambut melekat bila terkena nanah. Sepanjang beberapa hari aku kena, memang terasa nak shampoo hari-hari sebab geli dengan nanah yang melekit.


Makcik aku yang kebetulan ketika itu sedang mencuba satu produk kesihatan baru, beri aku cuba produk yang dia gunakan. Aku spray 5 - 7 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. Pedihlah mula-mula tapi kena kuatkan jugalah kalau nak baik. Mulanya aku tak yakin dengan produk ini, tapi tak sangka hari ketiga nak masuk keempat, nanah makin mengering dan seolah ada selapisan kulit baru yang timbul dengan kudis. Hari kelima dan keenam leher aku dah sembuh pun walaupun parut masih ada.

Mengikut pembacaan aku, jika terkena semburan Charlie, selalunya ambil masa seminggu lebih untuk sembuh, tapi syukur aku hanya memerlukan masa 5 hari saja. Tips yang aku dapat, jika syak anda telah disembur Charlie, cepat-cepat cuci dengan air dan sabun yang bersifat alkali. Pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan. Selalunya krim hydrocort atau betamethasone valerate cream (BVC) yang doktor akan bagi dan juga calamine lotion. Ada doktor yang berikan antibiotik. Walau apa pun, bila dah terkena toksin Charlie, segeralah ke klinik ya. Sebab percayalah, memang seksa dan sakit.


Keadaan kulit leher aku masa kena toksin Charlie lebih kurang macam gambar dua keping di atas. Nak letak gambar sendiri tak boleh, kita tepek gambar google aje ya. Apa pun, ambillah langkah berjaga-jaga untuk elak dari terkena toksin Charlie dan kalau dah kena, cepat-cepat cuci dengan air sabun. Dan, pergi klinik okay.

Sampai sini saja. Jaga diri semua. Selamat hari pekerja dan selamat bercuti esok hari. Assalamualaikum.

Ulasan

Time Traveller berkata…
Bahaya jugak.. eh bahaya sangat nie.. alhamdulillahtak ada dalam rumah akan si Charlie nie.. but langkah2 berjaga2 harus dipertingkatkan.. thanks kongsi info nie.. baru tahu akan bahaya si dia ..
Teena Tna berkata…
Masa saya study kat uitm penang memang banyak sangat charlie ni. Tapi saya tak pernah kena, alhamdulillah...
Tanpa Nama berkata…
Ya Allah..lindungilah hambaMu ini sehingga hambaMu in graduate dari uitm penang ini.. -degree student-
Unknown berkata…
saya belaja kat Uitm pulau pinang MIUI , skang lagi byk Charlie Kak oiii

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?