Paranoia Ganda Dua
Assalamualaikum. Ya ya! Benar benar! Entry ini tidak lain tidak bukan adalah kesinambungan dari entry PARANOIA DAN PHOBIA yang lalu. Lalu dinamakannya PARANOIA GANDA DUA. Semenjak dua menjak, tidur tak pernah lelap sepenuhnya. Mimpi manisnya jarang, mimpi ngeri dan buruknya selalulah. Ini mesti kes tak basuh kaki tangan, tak baca doa. "Eh! Basuhlah! Bacalah!" Dah dua tiga kali mengalami mimpi yang sama, aku syak dek kerana terlalu paranoia dengan keadaan sekeliling, maka secara tak langsung ianya terbawa-bawa sampai ke alam mimpi. Entah macam mana aku dengan tak sengaja terlibat dalam satu kumpulan yang terdiri dari 12 orang yang menjadi target pembunuh upahan. Hidup dalam mimpi, memang tak usah katalah, jenuh aku berjalan, penat lagi berlari, semata-mata nak melarikan diri dari pembunuh upahan. Aku sepatutnya adalah individu ke dua belas yang menjadi sasaran mereka. Dan aku dah saksikan dengan mata kepala aku sendiri, macam mana 11 orang sebelum aku mat...