"Si Supersetia" | " Cahaya Yang Riang Gembira "


"Si Supersetia"

Assalamualaikum.. Petang semua.. Cuaca terik, tapi mata mengantuk.. Bored, bored and bored!! Minggu depan cuti tahun baru Cina dah boleh balik Melaka.. Yippie!! Rindu semua orang di rumah.. Bila kali terakhir aku balik ya? Hurmmm.. Dua minggu lepas? Heee.. =)

Tiap kali balik, memang macam-macam ceritalah boleh aku kongsi dengan mak dengan abah.. Soal alam sekeliling, orang sekeliling dan sekelilinglah.. Hehe.. Teringat aku satu pesanan mak bila aku pulang tak lama dulu..

"Along, kalau nak kahwin ke apa ke, jangan cari suami orang.. Kawan biasa-biasa tak apa, itupun tak boleh rapat sangat.. Mak abah kalau boleh nak elak, elakkanlah.. Ingat satu benda aje, kasihan dekat isteri dia, dekat anak-anak dia.. Ingat pesan mak.."

Aku senyum saja.. Entah kenapa tiba-tiba pesanan itu timbul.. Mungkin sebab dah terlalu banyak kes begitu berlaku disekeliling.. Bukan kata nak menolak poligami ke ape ke, cumanya sifat kemanusiaan barangkali, kasihan.. Ya, entah kenapa aku kalau tengok kes-kes begini, kasihan pada isteri dan anak-anak.. Tambah lagi kalau bercerai, perceraian kan sesuatu yang menyedihkan dan memeritkan..

Kita selalu dengar orang kata, "Kalau hari ini kau sebabkan mereka bercerai, tak mustahil satu hari yang lain nanti, orang lain akan buat kau bercerai berai.. Kalau dia boleh buat begitu dekat isteri dia, tak mustahil satu hari nanti, dia akan buat begini lagi, tak ada jaminan.." Yep!! People tend to judge that way.. Tapi, who are we to judge kan? Tiap perkara yang jadi, ada baik ada buruk dia.. Every one of us, we lead a different pathway..



One thing to say, I love my Mak.. Heee.. Jangan risau mak, semoga ada si supersetia yang hadir untuk temani anak mak ini sampai bila-bila.. Mudah-mudahan.. =)

Till here peeps.. Assalamualaikum..

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.