Throw A Tantrum | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Throw A Tantrum

1 comment
Assalamualaikum..

The desire to write came all of a sudden.. So, here am I, typing words by words.. Surprisingly, the desire didn't come together with an idea, so, again, randomly typing.. Hurm..

A tantrum.. Does a 25 years old girl loves throwing tantrum? Well, what's wrong with that.. After all, it just happens occasionally.. Haha..  


Gadis berusia 25 tahun ini sebenarnya sangat senang terasa hati, terkecil hati, termerajuk, termarah, ter-irritate, ter-annoyed, tercemberu dan ter- yang seangkatan dengannya.. Tapi semua ini hanya ditunjukkan di depan insan-insan terpilih saja.. They are classified under "special people".. Orang-orang yang rapat dan "mengenali"nya saja.. Keh keh keh.. (Nak rasa kasihan ke bertuah eh special people ni semua?)

Truth is, in front of strangers atau orang yang baru-baru kenal, aku tunjuk lagak gaya anak sulung habis, gagah perkasa, tough dan cekang.. Tapi depan orang-orang yang aku rapat, memang aku tunjuk hati lembut, hati tisu, hati manja dan macam-macam pesen hati.. Haha.. Ngada kan! =p

Aku coret tentang ini bukan apa pun, sebab lately aku sedang dan senang terasa hati.. Haih.. Biasalah.. Sensitif, nama pun hati seorang wanita kan? (Eh! Wanitalah!) =p

Ingat lagi aku setahun lepas barangkali, aku merajuk dan terasa hati dengan orang.. Jenis aku, kalau merajuk, tak tunjuk pun dekat orang yang aku terasa hati tu, tapi aku suka luahkan dalam bentuk penulisan, kadang blog, kadang Facebook.. Ngada kan! Masa aku merajuk time tu, aku tulis satu entry.. Pagi esoknya, terus aku dapat SMS, ada orang tanya, "Kau terasa hati dengan aku ke?" Lebih kurang begitulah bunyi dia.. Haha.. (I love the straightforwardness, which I find it difficult to look for in a person nowadays, cause people tend to assume rather than directly asking.. LIKE ME!) =)

Tahu aku jawab apa? Seingat ingatan aku, aku jawab, "TAK ADALAH, MANA ADA..".. Dang!! Ngada kan! Padahal sebelum tu, bukan main pung pang pung pang, kata terasa hatilah, merajuklah, tak nak balas sebarang SMS dah, tak nak baca dah blog orang tu.. Tapi, last-last?

Aku ingat lagi, sahabat baik aku Faizah Fuad ada sebelah aku ketika itu, bila aku balas begitu, dia pun cakap, "Cakap ajelah, ya, merajuk dengan kau! Eh lupa.. Macam mana nak balas, kata tak nak dah balas SMS.. Kan kan kan?" Oh! Nada perli di situ.. =.=


Haha.. Umur dah pertengahan 20, tapi perangai macam little princess yang suka throw tantrum.. Mesti orang pening dengan perangai aku yang ini kan.. Haih.. Who on earth can tolerate this side of me? Hurm..

Now, again, terasa hati dengan orang.. Ewah.. Merajuk aje! Tapi kali ini tak adalah "Kau merajuk dengan aku ke?".. Cuma adalah komunikasi 2 hala berlaku, dan sekali lagi, aku tak boleh nak merajuk lama-lama, membatu, dan tak ada respon.. Sebab, akhirnya, aku respon juga.. Haih! Lembutnya hati seorang wanita.. Ops!!! =p

Untuk orang yang berkenaan, ya, setahun yang lalu tu, memang aku merajuk dengan kau.. Terasa hati.. Tapi, kau faham-faham sendirilah, terasa hati aku tak lama mana pun.. Haha.. (_ _!)

Kita ni, boleh nak merajuk, boleh nak terasa hati, kita pun manusia biasa.. Kan? Tapi merajuk tak payah lama, terasa hati sikit-sikit pun cukup.. Tambah lagi kalau tak ada orang nak pujuk.. Kekeke.. Kalau rasa tak boleh simpan, luah.. Just say it, "Aku terasa hati dengan kau.." Jangan jadi macam aku.. Haha.. Lagipun kita hidup dalam dunia ni, bukan seorang diri.. Semuanya soal toleransi, saling memahami, dan yang penting saling memaafi..

I'm sorry.. Merajuk aje kerja aku.. Heee.. =)

Till here.. It's time for me to sleep.. Take care.. Assalamualaikum..


ALL PICTURES TAKEN FROM GOOGLE


1 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.