"Itupun Kalau Boyfriend Awak Tak Marahlah!"

Assalamualaikum.. Salam petang Rabu semua.. Dah masanya nak pulang dari kerja, selamat pulang ke rumah dan selamat juga meredah kesesakan ya.. Pandu cermat jiwa selamat.. =)

Petang-petang, jadual aku memang agak free, in fact, semenjak dua menjak ini, hidup aku agak free.. Syukurlah.. Aku rasa selesa sekarang dengan keadaan hidup aku.. Makanya, masa free yang berlambak begini, memang aku habiskan dengan layan segala macam bentuk cerita yang ada.. Sebut saja, cerita omputih, cerita Hindustan, cerita Korea, cerita Filipina, cerita Melayu, dan maca-macam lagilah..

Salah satu yang aku mula layan dan terjebak adalah drama bersiri bertajuk Gemersik Kalbu yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia.. Oh no.. Not again.. This kind of addiction is damn difficult to cure.. Seriously! Dan dan dan.. Aku suka kot drama lakonan Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi dan Zain Saidin ni.. Walaupun aku cuma boleh layan online, dan itu pun sehari selepas tayangan, tapi itu sikit pun tak membantutkan perasaan aku.. Keh keh keh..


Pendek kata, setakat 2 episod yang aku tontotn ini, I think I'm in love with this.. Balik rumah tempoh hari, aku selongkar semula kotak-kotak novel aku, semata-mata sebab nak baca semula novel Gemersik Kalbu ni.. Tapi tak baca pun.. =.=

Dan episod kedua menyaksikan bunga-bunga cinta bercambah antara watak Raihana dan Wan Ariffin.. Gila kelakar aku tengok si Wan Ariffin.. Dan paling tak menahan, dan ayat cucuk jarum yang menggelikan ketiak dan menaikkan segala bulu roma aku adalah, "Kalau awak free, nak bawa awak minum-minum di pekan.. ITUPUN KALAU BOYFRIEND AWAK TAK MARAHLAH!!"

Derrr!! Geli kot.. GELI!!! Klasik gila.. Harap aku takkan dengar lagi ayat cucuk jarum pesen gini.. Haha.. Walau geli-geli pun, hati tengok terasa berbunga-bunga jugalah.. Aisey!!! Apalah aku ni.. Tambah-tambah si Wan Ariffin ni pergi petik bunga dan bagi pada si Ana.. Kah kah kah.. Rasa macam kembali ke era zaman filem dolu-dolu.. Lalu berkumandanglah lagu Cintamu dari Siti Nurhaliza.. Lagu favourite aku.. Lagu yang mengertikan makna cinta.. Heee.. =)

CINTAMU
Nota cinta lama
Ku jadikan lagu
Walau tidak seindah
Bisik kata yang kau beri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan

Belum pernah ada... getaran sebegini
Memang benar aku dilanda...
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi Ku patri setia
Seteguh kasihmu buatku

Kini ku temui
Insan ku sayangi
Sentisa di sisi
Bagai bintang yang berseri
Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan
Belum pernah ada... getaran sebegini
Memang benar aku dilanda...
Cinta kepadamu

Satu jawapan
Engkau berikan
Bisa ku rasa
Segala rahsia asmara
Kau pesona cinta yang membawa bahagia

Apa-apa pun, demam Gemersik Kalbu ini dijangka akan berlarutan sampai ke akhir selagi momentum drama ini diteruskan seperti sekarang.. Haha.. Bencinya bencinya! Addiction addiction! Okay, till here everyone, have a great weekdays ahead.. Take care.. Assalamualaikum..


*Kenapalah Wan Ariffin mati kan? Aku rasa dia dah cukup sepadan dah untuk Raihana.. Yeah.. What is not meant to be, is just not meant to be..*

Ulasan

Seimura berkata…
Wah3. Oh rupanya cerita tu adaptasi novel ek? Baru kutahu. hihi
Iman berkata…
haha me too! rasa nak g beli buku tu.keh3.and cik fana the ayat from wan arifin tu kan, so tak bleh blah. KALAU BF AWAK TAK MARAHLAH?

kalau ada BF tak yah la ajak terus
Azuan berkata…
adaptasi novel jugak ke citer ni?



soklan cam tengok aje kan..haha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T