Persamaan Itu Similarities : Jom Makan
Assalamualaikum..
Hai readers sekalian.. Jumaat dah ya, dah nak berhujung minggu dah.. Dan sehari dua lagi akan pulang ke Kuala Lumpur.. Ahh! Tak merasa nak sambut hari lahir dengan keluarga tercinta tahun ini, nak meraikan jubli perak.. Tua dah aku rupanya.. =p
Semalam pergi shopping buku-buku, sempat juga aku ke supermarket, niat hati nak rembat aiskrim Wall's Selection Fruit Salad, sekadar nak mencuba perasa terbaru ni.. Ada juga niat nak makan aiskrim jagung dan aiskrim keladi.. Keduanya memang favourite.. Tapi, banyak pula nak dibeli.. Haha..
Kepulangan aku kali ini, aku baru dapat tahu, rupanya adik lelaki aku yang keempat punya minat dan kegilaan sama macam aku.. Dia sangat suka makan aiskrim yam a.k.a keladi.. Seriously, sebelum ini aku jarang jumpa orang muda suka makan aiskrim yam.. Dalam minda aku pun dah set, orang-orang veteran saja makan aiskrim yam ni.. Sebab dalam family aku, mak dengan aku saja yang gilakan aiskrim perisa ini.. Dan as usual, otak aku memang selalu set, yang aku ni memang dah tua pun, itulah sebab aku suka yam kot.. Keh keh keh..
Dan tak disangka, adik lelaki aku yang umur 15 tahun ini pun menyukainya.. Well, mak, aku dan adik lelaki aku ini terlalu banyak persamaan kalau nak diikutkan.. Pertama, aiskrim yam of course.. Dan kedua, sorry to say, tadi sebut pasal makan, kali ini sebut pasal tahi telinga.. Haaa!! Dalam family, kami bertiga saja yang bertahi telinga kering.. Yang lain semua basah.. Well, aku prefer korek telinga guna besi pengorek daripada guna cotton bud.. And yeah, aku rasa telinga kering lagi senang nak dihandle kot.. So, I go for tahi telinga kering.. Kah kah kah..
Ikutkan, banyak lagi persamaan yang ada.. Tapi aku dah malas nak menaip.. Boleh kan? Haha.. Jom keluar cari aiskrim yam.. Mengidam lak aih! =p
Till here.. Happy weekend.. Take care.. Assalamualaikum..
Picturs taken from HERE |
Credit picture to THIS SITE |
HEART SPEAKS
Aiskrim yam yang terpaling aku suka adalah yang di atas ni, yang dikepit dengan dua keping biskut.. Sedap woooo!!
Ulasan
Part tahi telinga tu sangat kelakar ok!!!! hahahahaha
Ayah tak bagi pakai pengorek telinga yang besi.