The Planner | " Cahaya Yang Riang Gembira "


The Planner

8 comments
Assalamualaikum.. Hello dear readers.. Looks like Saturday is going to end very soon and here comes Sunday.. And the day after? Our daily routine will begin, as usual.. 

Agak-agak highway sesak tak esok? Ada yang dah mula kerja Rabu lepas, ada yang cuti seminggu macam orang yang di sini.. Haih.. Kalaulah kereta kita boleh dipandu hanya dengan menggunakan mind control.. Alangkah bahagia tak terkata rasanya.. Keh keh keh..

Budak-budak Maktab sini dah ramai yang pulang ke asrama masing-masing.. Nampaknya ramai yang tak sanggup nak tersekat dalam kesesakan.. Baguslah.. Aku sendiri, aku tak sanggup nak balik awal, nothing there in KL, cuba memaksimakan masa duduk di rumah.. Lagipun memikirkan Melaka dan Kuala Lumpur tak adalah jauh mana..

Tapi kan.. Kan kan.. Tahu tak?


1) 1hb Februari - Hari Wilayah Persekutuan

2) 5hb & 6hb Februari - Maulidur Rasul

3) 7hb Februari - Thaipusam

Maknanya? Cutilah.. Apa lagi.. Ewah.. Padahal 29hb dah balik KL, ada hati lagi eh nak balik Melaka semula dari 1hb sampai 7hb.. Haha.. Bukan apa, sekarang saja waktu yang ada untuk enjoy cuti sepuasnya.. Nanti-nanti, tak ada istilah cuti dah dalam hidup.. Takut-takut nanti, siang dengan malam pun tak tahu okay.. (Ops! Exaggerating pulak! =p)

Tapi duduk rumah pun, tak boleh nak cuti sakan, buku kena buka juga.. Hehe..


Lagipun aku ni jenis cuti-cuti pun, tak adalah keluar ke sana ke mari.. Aku lebih prefer waktu cuti duduk di rumah.. Rumahku syurgaku.. Lagipun asalkan dengan family, duduk rumah sendiri, apa pun best.. Tak kisahlah even kalau duduk terperap saja di rumah.. Hehe..

Sekarang sibuk menyusun jadual-jadual untuk cuti akan datang ini, jadual-jadual belajar dan segala macam jadual lagi untuk mempersiapkan diri.. Masa banyak free, jadi kena guna dengan sebaiknya.. Masa itu emas, masa itu ilmu, masa itu boleh jadi apa saja yang bermanfaat asalkan kita isi dengan benda yang bermanfaat.. Jadi, jangan buang begitu saja, nanti rugi.. Sekali sekala, tak apa.. Hehe.. =p


Okay.. Sampai sinilah ya.. Jom makan aiskrim.. Haha.. Lapar pula tengok gambar aiskrim atas ni.. Kalau dapat, memang aku mencekik "Patrick" dulu.. Kekeke..

Jaga diri semua.. Assalamualaikum..



8 Comments Here:

Adziim berkata...

Pesen nak melekat kat rumah le tu, tak puas cuti.

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

wah...best kan malaysia kaya dengan cuti..hehe

SyUhAdA berkata...

yeay! ada cuti lg..

AzwanRamli berkata...

hahaha.....gua masih b'cuti....

Puteri Biru berkata...

cuti maulud ni aku mesti balik kampung... !! tak kuasa duk umah bujang sampai 4 hari. haha

farhana berkata...

Sangat best okeh...banyak cuti. Heaven!

I pn kalau cuti suka duduk rmah je =)

azuan berkata...

datang nak wish besday...happy besday!

FarhanaDr berkata...

@azuan thanx..

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.