Aleesha Farhana
UPDATE TERBARU 30 JULAI 2011 : Muhd Ashraf Hafiz atau dikenali ramai dengan Aleesha Farhana dilaporkan meninggal dunia di ICU akibat sakit jantung dan tekanan darah rendah.. Al fatihah.. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali..
Ini bukan Aleesha Farhana tapi entah siapa entah.. =)
Assalamualaikum.. Salam malam Khamis untuk semua.. Tadi sempat aku berblogwalking kejap sebelum mula selak buku.. Landing ke blog Si Tedi dan aku baca kisah tentang Aleesha Farhana..
Pertama sekali tertarik sebab kisah hangat ini berkisarkan tentang nama Farhana.. Eh!! Cahaya Yang Riang Gembira kot.. Jadi, aku ikutilah kisahnya dari awal sampai akhir di Berita Harian Online.. Aku petik satu perenggan dari sana..
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana.
Kalau Nabil Raja Lawak baca, mahu dia cakap Oh Em Jayyy!!! di Twitter.. Huh!! Beristighfar sekejap.. Aku percaya, keputusan yang akan dikeluarkan nanti, jika berpihak pada beliau, maka ianya akan membuka satu ruang dan dimensi baru di negara kita, dan pastinya ramai lagi yang seperti beliau akan BANGKIT dan JADI BERANI yang mana dah tentu-tentu bukan sesuatu yang bagus..
Bila hidup ini, agama yang kita pegang kita letak di tempat kedua, dan bukan lagi jadi paksi hidup kita, nafsu, keinginan diri yang negatif akan jadi raja.. Bila raja tak elok, apa akan jadi pada rakyat-rakyatnya? Sesuatu yang perlu kita fikir dan perlu untuk kita mulakan tindakan..
Aleesha Farhana? Aku bangga dengan nama Farhana itu, kerana itu nama yang emak dan abah berikan untukku.. Nur Farhana, aku bangga jadi diri aku.. Dan itu adalah Cahaya Yang Riang Gembira.. =)
Assalamualaikum..
HEART SPEAKS : Farhana oh Farhana.. Kau biarkan ku terseksa.. Menagih cintamu yang rahsia.. Memberi segalanya.. =p
Ulasan
Nasib baik, peguam yg nak bela dia tu non muslim. kalau x, xtau la apa nak jadi. Benda yang salah makin dipandang ringan.
Nama Farhana sweet kan? Se sweet pemilik nama =P
tak taw nak kata. haish
mcm2 la. semoga dia mndpt hidayah~
tapi sayangnya bukan milik seorang gadis..
tapi nur farhana tetap dihati.. hehe
kcenderungan untuk jadi wanita. hadui.. dhla kt ganu. hehe
macam-macam isu skang ni, klu bilang memang tak cukup jari tangan jari kaki
isu ni macam penyakit la, lepas satu, satu
klu kurang doktor, makin bertambah la penyakitnya
kalau ada doktor pun, kdg2 susah nak cari penawarnya
kan?
seribu isu untuk renungan bersama
http://penaberkala.blogspot.com/2011/05/seribu-isu-satu-dua-tiga-empat-lima-dan.html
Kau cantik tapi berbisa
Indah rupa mu tak terkata
Dek renungan sinar mata
=_=
nama farhana menjadi pilihan
:-)
p/s:doc..nk mntk tlg lg...cite korea ape yang best skrng doc?xD