Hidup Begini Hidup Begitu Tapi Tetap Everyday I Love You
Assalamualaikum.. Salam Selasa untuk anda.. Hari ini dah kurang sedikit keserabutan fikiran.. Sedang belajar "alah bisa tegal biasa", itu yang kena mula pegang sekarang, macam yang pernah aku kata pada Aimi dan Pakcik Hashim.. Dah 24 tahun menghirup udara di muka bumi ini, macam-macam kehidupan dah pernah dilalui.. Hidup yang begini, hidup yang begitu..
Sedari kecil lagi, mula usia cecah 4 tahun, dari bumi Johor Bharu aku berhijrah ke negeri Bumi Kenyalang.. 11 tahun kehidupan di Miri cukup lama untuk aku pahat seribu satu kenangan.. Saat itu masih kecil, umur setahun jagung, hingus pun meleleh tapi tak reti nak lap.. Saat awal-awal kehidupan di bumi orang, aku tak merasa janggal walau sedikit pun.. Aku ingat lagi berapa ramai kawan-kawan abah yang berasal dari Semenanjung juga turut berada di sana.. Tak terasa berada di bumi asing.. Perlahan-lahan, kanak-kanak kecil berusia 4 tahun itu mula menyesuaikan diri.. Mula mencari kawan walau ada dinding penghalang seperti bahasa dan budaya.. Aku sememangnya seorang anak kecil yang begitu petah berbicara, begitu nakal dan seorang yang tak boleh nak duduk diam..
Maka, 11 tahun aku di sana, dari usia 4 sehinggalah 15 tahun, dari SRJK Tukau aku ke SMJK Chung Hwa, macam-macam yang aku tempuh.. Komuniti yang hampir kesemuanya berbangsa Cina sedikitpun tak mematahkan semangat survival aku.. Malah, aku berani bangkit dan lawan.. Hampir semua pertandingan yang ada, aku masuk.. Lumba lari, bola keranjang, syarahan dan pidato, itu tak termasuk nyanyian dan tarian.. Bila dikenang kembali, aku boleh simpulkan, bahawa aku di kala itu adalah seorang fighter.. Aku tak hirau apa pun yang terjadi, aku main redah dan bantai saja..
Usia 15 tahun sampai ke usia 16 tahun, setahun aku di Bandar Baru Bangi.. Ketika awal perpindahan aku dari Sarawaka ke Semenanjung Malaysia, aku cukup gentar.. Seorang fighter mula jadi goyah.. Mana tidaknya, memikirkan nak duduk di persekitaran baru, belajar di sekolah baru yang mana semuanya adalah perempuan.. Ternyata itu satu cabaran yang hebat.. Syukur, fighter ini masih lagi teguh berdiri dan terus menjadi dirinya.. Ketika usia ini, mula berjinak-jinak dengan dunia puisi, sajak dan pantun..
Usia 16, sehinggalah tamat SPM, aku ke bumi Melaka.. Bertukar sekolah sekali lagi.. Tak adalah payah mana nak mengikut perubahan sebab dah banyak kali melaluinya.. Alah bisa tegal biasa.. Ya tak? Sepanjang dunia persekolahan, sekolah yang aku masuki semuanya sekolah harian.. Aku bukan budak asrama.. Hanya menikmati dunia asmara ketika berusia 18 tahun.. Itupun cuma setahun.. Merasalah hidup dengan seribu satu macam peraturan, itu tak boleh, ini tak boleh, wajib itu, wajib ini..
Usia 19 tahun, usia yang aku rasa sangat muda, di mana aku mula duduk menyewa beramai-ramai.. Keadaan aku ketika tahun pertama pengajian itu memang agak sukar dan sadis.. Dengan tak ada kenderaan nak ke kolej, rumah sewa dan kolej pula agak jauh dan untuk berjalan kaki adalah mustahil.. Tapi apa sangatlah boleh dibuat, usahakanlah sedikit cari rumah yang dekat, tumpang kereta senior-senior untuk ke kelas.. Semuanya untuk kelangsungan hidup.. Hampir setahun, akhirnya aku boleh menerima perubahan hidup tersebut.. Aku bangga sebab di usia muda aku dah duduk menyewa rumah bersama rakan-rakan..
Bagusnya rumah sewa, kita boleh buat apa kita suka, kita ada bilik sendiri dan privasi.. Hidup kita ikut apa aturan kita.. Tapi kini, di usia 24 tahun, aku kembali hidup dengan aturan peraturan.. Tiada kebebasan yang seperti dulu dan terikat dengan terlalu banyak peraturan.. Privasi tak perlu disebut, dah kalau duduk sebilik 6 orang, setiap satu orang ada macam-macam ragam, anda bolehlah bayangkan sendiri berapa banyak privasi anda ada sebagai seorang dewasa yang berusia 24 tahun..
Sukar.. Sebab dah 4 tahun duduk menyewa dan kini perlu kembali diikat dengan peraturan kehidupan asrama.. Tapi, dulu aku pernah laluinya kan.. Aku tahu aku boleh laluinya sekali lagi.. Mungkin perlu sedikit masa untuk aku menerima perubahan besar ini.. Alah bisa tegal biasa.. Ya tak?
Walau macam mana pun kehidupan yang dah aku lalui, sedang dan akan aku lalui, hidup begini hidup begitu.. Tapi tetap EVERYDAY I LOVE YOU.. =)
Assalamualaikum..
Ulasan
cakap sarawak sikit
=)