Kau Teruna. Rangkai Nyawa. Lagu Hati Beta. Mestikah Pergi Jauh Kembara. Ku Terbayang Jua. | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Kau Teruna. Rangkai Nyawa. Lagu Hati Beta. Mestikah Pergi Jauh Kembara. Ku Terbayang Jua.

6 comments
Assalamualaikum..
=)


Kepala serabut sekali lagi. Satu-satu datang tak terduga. Blog, bila pandang pun aku tertanya, apa nak tulis. Aku fikir dan terus fikir tapi akhirnya satu apa pun aku tak tertulis. Aku kalau serabut, kalau hati tak seronok, kepala tak center, aku lebih suka buat-buat gembira, happy, seronok gila, cakap dengan banyak-banyak, malah membuat kerja extra yang memang berlebih-lebihan. Kerja yang berlebihan aku nak buat pada malam ini adalah mengembara ke masa silam sambil menulis entry di tengah malam. I was inspired to write this entry after been listening to a song over and over again.

Masa aku kecil-kecil dulu, selalu tengok emak kumpul banyak kaset itu ini. Semuanya dapat dari abah sebabnya abah adalah seorang Guru Kaunseling di maktab, antara tugasan yang selalu abah berikan pada anak muridnya adalah merekod sesi kaunseling antara cikgu dan anak murid. Kaset yang telah abah dengar akan abah simpan dalam kotak. Makanya kaset kosong adalah terlalu banyak di rumah aku. Sampaikan aku dan adik boleh ambil seorang satu dan main tarik-tarik pitanya, lalu pusing untuk memasukkannya semula. Kadang pula tariklah sampai putus. *Bak kata Jambu, ADA AKU KESAH?*

Kaset yang telah abah simpan itu semua, mak akan korek balik dan mak gunakan. Mak masukkan dalam radio untuk tujuan merekod lagu kesukaannya bila mana ianya diputarkan di radio. Bila dah selalu tengok mak buat, aku pun dah jadi expert dan pandai. Tiap malam, aku buka Radio Muzik slot Pilihan Bersama, aku akan rekod mana-mana saja lagu yang menangkap di telinga aku. Salah satu lagu yang popular di zaman kanak-kanak aku adalah lagu nyanyian 2 By 2 dan Siti Nurhaliza bertajuk Kau Mawarku.

Kanak-kanak, biasalah cepat bosan dengan sesuatu perkara. Bila aku dah bosan dengan kerja merekod lagu, aku cari hobi baru. Merekod juga cuma kali ini lain pula yang direkodnya. Selalunya aku akan duduk depan radio, talakan mulut ke arah speaker, dan aku pun akan mula menyanyi. Lagu 2 By 2 dan Dato' Siti itu jugalah sering jadi lagu nyanyian aku dan aku rekodkan. Bila tiba bahagian lelaki, aku kasarkan suara, bila Siti menyanyi aku mula sengaukan mana yang patut. Maklumlah, dulu Siti Nurhaliza sengau sikit apa.

Berpuluh-puluh kaset dah aku guna untuk rekod lagu dan suara sendiri. Kadang-kadang akan dengar balik nyanyian diri sendiri sambil menekup telinga. Belum kedengaran lagi suara aku di radio aku dah tekup telinga. Sedia maklumlah barangkali suara tak berapa nak sedap. Walaupun tahi lalat Siti Nurhaliza ada tapi suara Siti itu yang aku tak ada. Haha.

Aku kuat berangan. Semua orang kata itu. Maka jadi beginilah diri aku, penuh dengan imaginasi dan sangat jiwang. Zaman kanak-kanak aku pun aku dah berangan punyalah banyak sampai aku tak ingat dah apa yang aku angankan. Bila dah besar tua bangka begini, lagilah banyak yang aku angankan. Angan-angan, tak salah sebab boleh jadi impian dan cita-cita. Tapi jangan berlebih-lebih.

Salam Ahad untuk semua. Jaga diri elok-elok. Sayang semua. Assalamualaikum.



:: HEART SPEAKS ::

Kau Teruna. Rangkai Nyawa.
Lagu Hati Beta.
Mestikah Pergi Jauh Kembara.
Ku Terbayang Jua.
Bila Engkau Hilang Di Mata.
Tidur Nyenyak Ku Tak Bisa.


6 Comments Here:

Aimi dan Pakcik Hashim berkata...

ah samalah
rakam lagu radio
lagu first SEJATI drdp wings. ko igt tahun berapa lagu tu femes kat radio? haha

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

heheh...sama la..awe pernah rakam guna kaset jua

FarhanaDr berkata...

@Aimi dan Pakcik Hashim Haha. 80an? Takpe, ko tetap muda kapten. ;)

FarhanaDr berkata...

@Nur Hawa Mohd Zin Rakam suara sendiri lagi best dari rakam lagu. Haha.

Yg Disini berkata...

mai antar satu tape. nak dengaq sedap ke x sedap sore tu. Kot2 bleh buat ubat tidor. x bleh tidor ar ... he he he

FarhanaDr berkata...

@Yg DisiniOf course sedap. Orang kate macam Ella tau. Haha. Mana boleh dengaq free, kena bayaq. Haha. =p

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.