Ini Nur Farhana.. Bukan Nur Amina..
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu untuk semua.. Selamat pagi.. Moga ceria-ceria hendaknya ya.. Eh.. Entry ini nak cerita pasal Nur Farhana, bukan Nur Amina.. Nak dengar cerita Nur Amina, kenalah pergi pawagam yang berdekatan ya dan saksikanlah Nur Kasih The Movie.. Ekeke.. Aku dengar cerita tiket dah ditempah FULL sampai 25hb.. Perghhh!! Penangan Abang Aidil, Adam dan Nur Amina memang dahsyat juga ya.. Fenomena!!
Secara peribadinya, jujur aku kata, aku tak pernah layan Nur Kasih di televisyen secara lengkap, kadang-kadang bila ada masa saja aku tengok, lagipun dalam hati aku tak ada gesaan dan rontaan untuk mengikutinya setiap minggu walaupun Remy Ishak adalah peminat setia aku.. Ouch!! Gitu ayat!! Bolehlah dikatakan aku tonton drama Nur Kasih ini hanya 80% saja.. Tak sampai pun 100%..
Kebetulan teman-teman sebilik boleh dikatakan semuanya peminat drama bersiri Nur Kasih, dan bila mereka cadangkan untuk tonton Nur Kasih, aku tanpa banyak kata, setuju sajalah.. Daripada terperap duduk dalam bilik, baiklah keluar cuci-cuci mata.. 3 hari sebelumnya kami telah pun membuat keputusan untuk booking tiket.. Mulanya memilih GSC Tropicana City, One Utama, Alamanda Putrajaya, Mid Valley, tapi sayangnya semua FULLY BOOKED.. Dahsyat.. Akhirnya, kami memilih untuk menonton di Cathay Cineplex di E@Curve.. Mereng kejaplah nak memandu di Kuala Lumpur.. Haha..
Aku rasa ramai juga barangkali yang dah pergi tengok, mana tidaknya, dengar cerita ianya tidak akan ditayangkan langsung di Astro First, di televisyen, ataupun dijadikan DVD mahupun VCD.. Wayang petang semalam pun full house, dan anda boleh lihat ada ramai pakcik makcik di usia pertengahan mereka berpegangan tangan dan sama-sama menonton Nur Kasih.. Alahai.. Sweet okay..
IMPORTANT NOTES : Ini bukan review okay.. Ini adalah pandangan aku semata-mata selepas menonton filem ini.. =)
Basically, aku tak menangis sangat pun menonton filem ini.. Sedih sikit-sikit.. Bergenang saja adalah.. Itu pun masa dialog ibu Adam dengan Adam, tentang ibu dan anak.. Toching seh.. Terus aku teringat mak dekat rumah.. Sinopsis filem ini anda bolehlah google, aku cuma sekadar memberi pandangan sedikit saja mengenai filem ini.. Filem ini mulanya agak slow, tapi perlahan-lahan developed.. Aku yakin ramai dah tahu endingnya, begitu juga aku, sebelum masuk panggung, otak aku dah tahu siapa yang akan meninggal dunia, jadi aku dah prepare untuk mengalirkan air mata kesedihan.. Ekeke..
Setiap apa yang cuba ditonjolkan dalam filem ini ada signifikan masing-masing, penonton mungkin tertanya tapi akan dapat juga jawapan di akhirnya.. Most importantly, filem ini sangat cantik.. Sangat sangat cantik!! Sejuk mata aku tengok.. Anda akan menjangkakan perjalanan cerita akan jadi begini, tapi lain pula yang jadi.. Pada aku, susah juga nak predict sebenarnya jalan cerita filem ini.. Which for me, it is GOOD.. Walaupun pengakhirannya seperti yang dijangka, salah seorang dari mereka, ada yang akan pergi dulu, dan ada pula yang dapat sakit Alzheimer (i think), tapi aku tetap gembira menontonnya.. Perasaan seakan menonton sebuah kisah HAPPY ENDING..
This is life and love all about.. Realistiknya kehidupan begitulah rupanya.. Itu yang aku nampak dari filem ini.. Ianya mengingatkan kita, pertemuan, perpisahan, kelahiran, kematian, jodoh semuanya di tangan Tuhan.. Satu hari tetap akan berlaku dan bila masa itu tiba, kita perlu redha.. Persediaan perlu ada, bersedia tiap masa.. It does not mean, when someone you love dies, your love towards them will vanish as well.. Love will always be there.. Macam kisah Aidil, Nur Amina dan Adam..
Kesimpulannya, perasaan aku ketika menonton filem ini adalah seperti aku membaca coretan bertajuk Selamat Hari Jadi Sayang.. Feeling yang aku rasakan, sikit lebih kurang macam feeling ketika aku mencoret kisah Terima Kasih Sayang.. My view towards life and love, yang aku abadikan dalam kisah itu, itulah juga yang aku dapat ketika menonton Nur Kasih The Movie..
Bagi yang akan menonton, selamat menonton.. Remember.. Do cherish all the moments in life.. Appreciate love.. You won't regret.. Take care semua.. Assalamualaikum.. =)
BINTANG : Aku bagi 3.8/5..
P/S : Aku nak pesan pada yang belum tengok dan nak pergi tengok, masa di akhir cerita, kalian tengoklah bahagian kredit.. Senarai nama pelakon-pelakon.. Anda akan dapat lihat pelakon ini di usia ini, pelakon yang ini pula di usia berapa.. Ianya membantu anda untuk memahami TIME FRAME kisah ini.. Watak ini meninggal di usia berapa, watak ini pula dapat Alzheimer, dah tua sangat ke dia.. Dan begitulah selebihnya.. Ngee.. =)
HEART SPEAKS
Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya
Ulasan
rasa nak pergi tengok lah..
rugi nnt
Bila seseorang yg kita sayangi pergi, yup, ianya bukan meragut selurh kasih sayang kita terhadapnya. Bersyukur kerana kita punya perasaan dan ingtan. Gunakan ia bila diperlukan. Tapi jangan pula jadi insan yg terlalu susah untuk melepasakn, keran kita semua makhluk Allah, esok lusa pasti pergi jua.