Cinta Satu Anugerah

Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad dari aku untuk semua.. Eh!! Rasanya nak masuk tengahari dah.. Sambil-sambil lepak hari Ahad, aku nak kongsi sedikit cebisan perihal cinta dan anugerah.. Macam yang anda boleh lihat, betapa penulis ini sangat mencintai cinta, penulis ini juga acapkali bicara tentang cinta dan cinta dalam hidup penulis ada satu tempat khas yang teristimewa.. Biarpun cinta itu hanya sekadar cinta dan belum lagi menjadi milik siapa-siapa..

Pernah sekali ada sahabat blogger yang bertanyakan, macam mana aku yang telah melalui dugaan macam-macam kerana cinta, dikecewakan, namun tetap aku suka bicara tentang cinta, tak pernah terdetik untuk aku benci pada cinta, macam mana aku tak bosan dan tak pernah putus asa dengan cinta.. Ramai bertanya begitu pada aku..

Rasanya, tak pernah aku diduga dengan begitu hebat dalam perihal yang berkaitan dengan cinta dan perasaan.. Jujur aku akui, lukanya sampai kini masih lagi berbekas dan tak mungkin hilang.. Mana mungkin aku lupa dengan kata-kata manis, tingkah laku yang tampak begitu jujur dan meyakinkan, sampai ke tahap yang aku yakin aku boleh letak harapan untuk masa depan tapi in the end it turns out to be a lie.. Mak dengan abah aku sendiri merasakan kekecewaan yang sama aku rasai.. Ya, mak dan abah aku..

Tapi.. Aku tak pernah benci cinta, aku tak pernah salahkan perasaan yang lahir dari hati itu.. Bagi aku, cinta itu datang dari DIA, itu satu kurnia dan anugerah untuk kita manusia.. Cinta itu sesuatu yang tak ternilaikan.. Hidup tanpa cinta, macam minum teh tak ada gula.. Cinta ibarat gula.. Kurang tak manis, lebih bawa sakit, jadi biar sedang-sedang saja.. Biar cinta itu sederhana-sederhana saja, jangan terlalu taksub kerana cinta, dan jangan pula dalam hati langsung tak ada cinta.. Syukur kita pada DIA kerana menganugerahi rasa indah ini, cinta kerana DIA, pasti bawa bahagia..

Cinta tak pernah salah.. Yang salahnya kita manusia, kita yang lemah dan hina ini.. I do believe in love.. It's just that I still cannot believe in people.. Or should I say it this way, maybe I haven't find that one person whom I can give all my trust.. It's really difficult you know.. If I do feel it inside my heart that I can started to put my trust on someone, then it will just remains in my heart.. Unless.. Unless.. Unless..


Yep.. Unless.. Termeterainya satu ikatan yang menyatukan cinta dalam dua hati.. Then it will not remains in the heart anymore.. Haha.. True what, don't keep it, express it, say it out loud..

Selamat pengantin baru buat Abang Kifli dan Kak Yati merangkap teman serumah aku hampir 3 tahun lamanya.. Maaf sangat-sangat, adik anda ini tak dapat datang meraikan hari bahagia anda.. Rasa berdosa tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan.. I do hope kalian berdua akan berbahagia sampai ke akhir hayat, dapat anak ramai-ramai.. I mean, sangat ramai..

P/S : Okay, perkahwinan merpati dua sejoli ini bukti bahawa dalam cinta, usia tak bermakna apa-apa sangat.. Age? It's just a number..

Till here.. Jaga diri semua.. Selamat bersantai di hari Ahad.. Assalamualaikum.. =)






HEART SPEAKS : Ada orang ajak aku cari calon suami, kata dia umur nak masuk 25 dah tahun depan.. Orang lain dah ada, tinggal nak bersatu saja.. Yang tak ada? Haha.. Aku mampu gelak sajalah.. InsyaAllah, DIA ada perancangan hidup yang terbaik untuk setiap dari kita.. =)


Mak.. Along sayang mak..


Ulasan

Nur Hawa Mohd Zin berkata…
geram tgk pic kahwin :)
ch!natsu berkata…
insyaAllah.. =)
Adziim berkata…
nape ngan usia? laki tu lgi muda ke?
Tanpa Nama berkata…
rasa nak bercinta/kawen
black_mel berkata…
haha..xpa..ajal maut,jodoh pertemuan di tangan Allah...sabar dan berusaha xD
Faaein Talip Roy berkata…
sama jugak.. nak bercinta dan berkawen juga.. huhuhu.. erkk.. 25? aisey samalah kita... huhuhu.. makin bertambah usia.. [-__-]
Puteri Iqa Izyan berkata…
sakit macam mana sekali pun bila berhadapan dengan cinta, kite mmg xkn boleh lari dari alam cinta :)
farhana berkata…
Cinta itu indah dan sakit.
Tapi kalau cinta kerana Allah..pasti segalanya indah.

Nak carik jodoh? Nak join boleh? =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T