Aleesha Farhana

UPDATE TERBARU 30 JULAI 2011 : Muhd Ashraf Hafiz atau dikenali ramai dengan Aleesha Farhana dilaporkan meninggal dunia di ICU akibat sakit jantung dan tekanan darah rendah.. Al fatihah.. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali..


Ini bukan Aleesha Farhana tapi entah siapa entah.. =)

Assalamualaikum.. Salam malam Khamis untuk semua.. Tadi sempat aku berblogwalking kejap sebelum mula selak buku.. Landing ke blog Si Tedi dan aku baca kisah tentang Aleesha Farhana..

Pertama sekali tertarik sebab kisah hangat ini berkisarkan tentang nama Farhana.. Eh!! Cahaya Yang Riang Gembira kot.. Jadi, aku ikutilah kisahnya dari awal sampai akhir di Berita Harian Online.. Aku petik satu perenggan dari sana..

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana.

Kalau Nabil Raja Lawak baca, mahu dia cakap Oh Em Jayyy!!! di Twitter.. Huh!! Beristighfar sekejap.. Aku percaya, keputusan yang akan dikeluarkan nanti, jika berpihak pada beliau, maka ianya akan membuka satu ruang dan dimensi baru di negara kita, dan pastinya ramai lagi yang seperti beliau akan BANGKIT dan JADI BERANI yang mana dah tentu-tentu bukan sesuatu yang bagus..

Bila hidup ini, agama yang kita pegang kita letak di tempat kedua, dan bukan lagi jadi paksi hidup kita, nafsu, keinginan diri yang negatif akan jadi raja.. Bila raja tak elok, apa akan jadi pada rakyat-rakyatnya? Sesuatu yang perlu kita fikir dan perlu untuk kita mulakan tindakan..

Aleesha Farhana? Aku bangga dengan nama Farhana itu, kerana itu nama yang emak dan abah berikan untukku.. Nur Farhana, aku bangga jadi diri aku.. Dan itu adalah Cahaya Yang Riang Gembira.. =)

Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Farhana oh Farhana.. Kau biarkan ku terseksa.. Menagih cintamu yang rahsia.. Memberi segalanya.. =p


Ulasan

Unknown berkata…
huh ?? hmmm . . ta tw nk komen ap tntg ni :(
Tanpa Nama berkata…
kalau dia berjaya memang akan jadi rujukan kes permohonan akan datang
farhana berkata…
Hemmm....td masa tgk berita, tau plak tutup muka dgn tudung...
Nasib baik, peguam yg nak bela dia tu non muslim. kalau x, xtau la apa nak jadi. Benda yang salah makin dipandang ringan.

Nama Farhana sweet kan? Se sweet pemilik nama =P
Ibu Ammar berkata…
Haihhh. tadi tengok buletin utama terkejut dgn berita ni.

tak taw nak kata. haish
Puteri Iqa Izyan berkata…
terengganu?? dush.
mcm2 la. semoga dia mndpt hidayah~
Amieynna berkata…
sedapnye nama tu..
tapi sayangnya bukan milik seorang gadis..
tapi nur farhana tetap dihati.. hehe
oranglidi berkata…
aih.. teruk btul la..

kcenderungan untuk jadi wanita. hadui.. dhla kt ganu. hehe
penaberkala berkata…
adoi, isu baru lagi?
macam-macam isu skang ni, klu bilang memang tak cukup jari tangan jari kaki

isu ni macam penyakit la, lepas satu, satu
klu kurang doktor, makin bertambah la penyakitnya
kalau ada doktor pun, kdg2 susah nak cari penawarnya
kan?

seribu isu untuk renungan bersama
http://penaberkala.blogspot.com/2011/05/seribu-isu-satu-dua-tiga-empat-lima-dan.html
adrinaqamarina berkata…
housie tengah cakap pasal alesha farhana ni, baru teringat, tadi tengok kat dashboard, ada update pasal alesya farhana. hehe.
Yd Disini berkata…
Dah popular nama farhana ni. tahun ni mungkin paling ramai yg namakan anak dgn nama farhana cause dah kuar paper ... he3
mr.syazwan berkata…
Farhana oh farhana

Kau cantik tapi berbisa

Indah rupa mu tak terkata

Dek renungan sinar mata


=_=
syanabel berkata…
adoi ade jugak eh org mcm ni. baru tahu kot kes ni. hari tu dgr gitu2 je kat TB
Hans Hanis berkata…
hahaha
nama farhana menjadi pilihan
:-)
black_mel berkata…
kalau x silap permohonan dia dah ditangguhkan...tgk kat tv pandai lak dia tutup muka...malu la tu..xD..

p/s:doc..nk mntk tlg lg...cite korea ape yang best skrng doc?xD

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?